Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.pu.te.ra.an] | کڤوتراءن

Definisi : 1. darjat sbg putera raja: dia menjaga ~ raja Thai; 2. kelahiran; hari ~ hari kelahiran; ulang tahun ~ ulang tahun kelahiran. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.pu.te.ra.an] | کڤوتراءن

Definisi : hal diputerakan; kelahiran: hari ~ hari seseorang dilahirkan; hari jadi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
putera (kata nama)
Bersinonim dengan anak raja lelaki, anak lelaki;,
Kata Terbitan : berputera, keputeraan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
berikan maksud Hari Keputeraan Baginda dan maksud diputerakan?1. Maksud Hari Keputeraan Baginda ialah hari ulang tahun kelahiran dan 2. maksud diputerakan pula ialah dilahirkan (anak): Contoh ayat: baginda ~ di Istana Anak Bukit pd 28 November 1927;Lain-lain28.07.2010
Saya ingin memohon semakan bagi ucapan hari kelahiran Kebawah Duli Yang Maha Mulia SULTANAH Kedah. Adakah penggunaan ucapan "Selamat Menyambut Hari Keputeraan" sesuai digunakan kepada SULTANAH atau "Selamat Ulangtahun Kelahiran"? Terima kasih.Berdasarkan carian kami di Internet menemukan ucapan hari keputeraan buat Raja Permaisuri Agong dan Raja Permaisuri Johor, namun tidak menemukan ucapan hari keputeraan buat Sultanah Kedah. Berdasarkan contoh yang ada ungkapan yang betul ialah "Selamat Menyambut Hari Keputeraan".Lain-lain13.04.2022
kami akan mengadakan konsert untuk meraikan keputeraan tuanku raja perlis. di sini, kami ingin meminta pandangan pihak tuan/puan berhubung nama untuk konsert ini. nama yang dipilih adalah " KONSERT DIRGAHAYU MUSTIKA TARI" @ "KONSERT PERDANA MUSTIKA TARI". mohon pandangan pihak tuan. terima kasihKOnsert Perdana Mustika Tari lebih sesuai. Perkataan dirgahayu digunakan untuk ucapan sempena keputeraan.  Tatabahasa25.03.2008
Baginda mencemar duli ke majils itu untuk menyampaikan ucapan sempena ulang tahun keputeraan baginda. Munsyi, apakah bahasa istana untuk menggantikan ucapan dalam ayat ini. TKBahasa diraja yang bermaksud menyampaikan ucapan ialah bertitah.Tatabahasa04.07.2012
Apakah perbezaan “Ratusan penduduk” dan “ Beratus-ratus penduduk”. _________________sedang berarak di jalanan bagi menyambut ulang tahun keputeraan baginda. Apakah jawapan yang paling sesuai untuk dipilih melengkapkan ayat yang di atas? (ATAU KEDUA-KEDUA “Ratusan penduduk” dan “ Beratus-ratus penduduk”. boleh dilengkapkan ayat di atas?) Terima kasih.
  • Maksud ratusan ialah bilangan-bilangan besar dicampur, satuan dikumpulkan dengan satuan dan ratusan dengan ratusan, manakala beratus-ratus bermaksud beberapa ratus.
  • Maka, kedua-dua perkataan tersebut boleh digunakan dalam konteks ayat yang diberikan kerana mempunyai maksud yang sama.
  • Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 1830 dan laman web https://prpm.dbp.gov.my/

Tatabahasa22.01.2024
1)Luas pengalaman yang diperolehnya kerana merantau bertahun-tahun.(Betulkah perkataan "pengalaman"digunakan dalam ayat ini?)2)Kotak yang berat itu terangkat oleh saya.3)Sebelum adat istiadat penganugerahan pingat bermula,baginda bersemayam di atas mahligai sempena hari keputeraan baginda yang ke-65 tahun.(Tolong betuklan ayat (2) dan (3) jika ada salah.Terima kasih.)1. Luas pengalaman yang diperolehnya kerana merantau bertahun-tahun. Penggunaan perkataan pengalaman dalam ayat tersebut betul.
2. Kotak yang berat itu terangkat oleh saya.
3. Sebelum adat istiadat penganugerahan pingat  sempena hari keputeraan baginda yang ke-65 bermula, baginda bersemayam di atas mahligai.
Tatabahasa11.09.2012
Selamat sejahtera. Minta tuan/puan menyemak sama ada ayat-ayat di bawah betul atau salah. Jika salah, minta tuan membetulkannya. Terima kasih. 1. Sultan Ammar Muhaimin berkenan untuk mengurniakan tokoh pemimpin yang berwibawa itu pingat darjah kebesaran sempena sambutan majlis keputeraan baginda yang ke-63. 2. Setelah lebih sebulan terbaring sakit, kini barulah Pak Siham cekap berdiri tanpa bantuan isterinya. 3. Pergerakan tangan Ahmad yang cekap menyukarkan pihak lawan untuk menangkis serangannya. 4. Kamisan menyimpan dendam terhadap peniaga yang bersikap cekap darah itu. 5. Anak yatim yang kami jumpa semalam menceritakan semula peristiwa yang meragut nyawa kedua-dua orang tuanya. 6. En. Jefridin bersetuju memperisterikan anaknya dengan jejaka idaman pilihan anak emasnya itu.

Ayat yang betul ialah:

1. Sultan Ammar Muhaimin berkenan untuk mengurniakan pingat darjah kebesaran kepada tokoh pemimpin yang berwibawa itu bersempena dengan sambutan majlis keputeraan baginda yang ke-63.

2. Setelah lebih sebulan terbaring sakit, kini barulah Pak Siham cekap berdiri tanpa bantuan isterinya

3. Pergerakan tangan Ahmad yang cekap menyukarkan pihak lawan untuk menangkis serangannya.

4. Kamsian menyimpan dendam terhadap peniaga yang bersikap cekik darah itu.

5. Encik Jefridin bersetuju mengahwinkan anaknya dengan jejaka idaman pilihan anak emasnya itu.
Tatabahasa03.05.2022
tolong terangkan kesalahan dalam ayat ini - 1. Begitu juga dengan pelancong dari dalam dan luar negeri yang sentiasa membanjiri kawasan Putrajaya tanpa mengira waktu. 2. Berikut ialah nama murid yang akan menyertai lawatan ke Langkawi. 3.Semoga hasratnya tercapai untuk melanjutkan pelajaran di menara gading. 4. Mi segeralah kita makan pada malam ini. 5. Terima kasih kerana memberikan peluang kepada saya untuk menyampaikan sepatah dua kata dalam majlis yang mulia ini. 6. Baginda akan mengurniai rakyat yang banyak berjasa sempena Hari Keputeraan baginda esok.1. Luar negeri sepatutnya luar negara. 2. Ayat ini betul. 3. Melanjutkan pelajaran ke menara gading bukan di menara gading. 4. Dialog ini betul. 5. dalam majlis sepatutnya pada majlis. 6. Ayat sepatutnya Baginda mengurniakan pingat kepada rakyat yang banyak berjasa.Tatabahasa14.04.2010

Kembali ke atas