Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ra] | کرا

Definisi : 1. sj monyet (biasanya berekor panjang), Macacus cynomolgus; 2. (digunakan ketika menyatakan nama) berbagai-bagai jenis monyet: ~ jambul dll; genggam (cengkam) ~ genggam (cengkam) yg sangat kuat; sekangkang ~ sangat sempit, tidak luas; ~ dapat (diberi) bunga = bagai ~ diberi kaca prb mendapat (diberi) sesuatu yg tidak tahu (tidak dapat) dipergunakannya; ~ lotong (terlalu) makan, tupai di julai timpa perasaan prb orang besar-besar yg bersuka ria, orang kecil-kecil menepilah dgn irinya; ~ menegurkan tahinya prb orang yg melakukan sesuatu kesalahan itulah yg pertama sekali memperkatakannya; ~ menjadi monyet prb serupa sahaja (tiada bezanya); bagai ~ dapat canggung prb perihal orang yg telah ditolong mendampingkan dirinya kpd orang yg menolongnya; memberi barang kpd tangan ~ prb mempertanggungjawabkan sesuatu pekerjaan kpd orang yg tidak dapat menger­jakannya (mempercayai orang yg tidak patut dipercayai); (spt) ~ kena belacan prb sangat gelisah (resah), tidak senang diam (terlari­lari, terloncat-loncat, dll); (spt) ~ sumbang prb orang yg takut (tidak gemar) mencampuri orang ramai. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ra] | کرا

Definisi : ; burung ~ sj burung, burung sanuk, Rhopodytes tristis longicaudatus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ra] | کرا

Definisi : nama sj binatang spt monyet yg biasanya berekor panjang, Macacus cynomolgus. ~ sumbang ki orang yg hidup dgn mengasingkan diri atau tidak mencampuri orang lain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kera

Puisi
 

Buah jambu dimakan kera,
     Dipetik Rukiah lari ke hutan;
Ilmu itu bertiang tiga,
     Dialah cahaya penyuluh jalan.


Lihat selanjutnya...(13)
Peribahasa

Kera menjadi monyet.

Bermaksud :

Tiada bezanya.

 

Lihat selanjutnya...(25)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Selamat sejahtera, Menurut kamus dewan edisi keempat, 'sekangkang kera' bermaksud (tanah, kawasan, tapak, dsb) yg tidak luas. Jadi, 'sekangkang kera' itu digunakan untuk keluasan menurut maksudnya Namun, bolehkah 'sekangkang kera' digunakan untuk konteks jarak? Ayat contoh: Jarak yang dahulunya dirasakan amat jauh kini hanyalah sekangkang kera. Sekian, terima kasih.Sekangkang kera dikiaskan kepada Tanah atau kawasan yang tidak luas. Sekangkang kera tidak sesuai digunakan bagi menyatakan maksud jarak.Tatabahasa20.05.2015
Sri Shan Balaraman 8.49 PAGI Smlt pg... mohon pencerahan ttg peribahasa... bagai kera mendapat bunga/seperti kera mendapat bunga... yg mana satu betul penggunaannya? TqUntuk makluman tuan, dalam data rujukan kami peribahasa yang betul ialah bagai kera mendapat bunga.Tatabahasa23.05.2017
Selamat Pagi, Apa beza antara kera dengan monyet? Terima KasihDalam data kami, kera dan monyet mempunyai makna yang hampir sama. Tuan boleh merujuk Jabatan Veterinar untuk perbezaan dari segi fizikal kera dan monyet.Tatabahasa12.02.2014
SEJENIS KERA YANG PANJANG TANGANNYA TETAPI TIDAK BEREKORKhidmat Nasihat Bahasa tidak menyediakan sebarang perkhidmatan yang berkaitan dengan peraduan teka silangkata atau kuiz. Sila rujuk kamus untuk mendapatkan jawapan yang tersebut.Lain-lain27.04.2010
Adakah perkataan 'merujuk' dan 'melawat' kata kerja trasitif atau kata kera tak transitif?

Encik Mohd Paiz, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.

Encik, kedua-dua perkataan yang diberikan saya pasti ada ayat seterusnya. Jadi jika itulah ceritanya sudah pastilah merujuk dan melawat boleh dikatakan sebagai kata kerja transitif. Lihat makna yang diberikan berikut berhubung dengan kata kerja transitif. Kata kerja transitif memerlukan objek atau penyambut selepas kata kerja. Mengikut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 487,ada lagi segolongan ayat aktif transitif yang boleh digugurkan objeknya jika objeknya terdiri daripada orang pertama, sama ada berbentuk tunggal atau majmuk. Ayat yang demikian mengandungi kata kerja transitif yang memperoleh ciri adjektif, iaitu kata kerja itu boleh menerima kata penguat. Lazimnya kata dasar bagi kata kerja ini ialah kata adjektif. 

8. 
Tatabahasa25.03.2009
Salam dan selamat pagi. Apakah padanan yang bersesuaian bagi kedua-dua istilah Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris untuk gred durian iaitu 'musang king'? Adakah seperti berikut: - Durian Musang King (BM) - Durian of Mousang King (English) Terima kasih.

Musang king merupakan nama yang merujuk kod dan jenis durian. Maka, ejaan bagi nama durian tersebut perlu dikekalkan dengan menggunakan huruf kecil (kecuali pada permulaan ayat) seperti tumbuhan lain. Contohnya, durian belanda, lidah buaya dan periuk kera.

Ejaan10.02.2020
Isu kesantunan bahasa yang digunakan masa kini, adakah bahasa yang digunakan tidak melambangkan bahasa melayu yang baik, contohnya sidang parlimen sekarang yang tidak mencerminkan budaya dan bahasa melayu yang sebenar?

Dalam konteks rasmi pengguna disarankan menggunakan bahasa tinggi sesuai dengan taraf bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, lebih-lebih lagi di dewan yang mulia dan penghuninya terdiri daripada kalangan Ahli-ahli Yang Berhormat sewajarnyalah menggunakan bahasa tinggi. Bahasa Melayu lengkap dengan kosa kata yang elok dan baik untuk penggunanya dan terserah kepada penuturnya untuk membuat pilihan dan kerana kera itulah banyak disebut orang Bahasa Menunjukkan Bangsa. Terima kasih.

Lain-lain31.12.2008
Asalamualaikum. 1.Perkataan ORANG UTAN -apakah maksud UTAN?Adakah UTAN itu bermaksud HUTAN. Kenapa dalam Kamus Dewan tidak ada perkataan UTAN KenDapa perkataan ORANG tidak dihuraikan pengertian ORANG UTAN dalam Kamus Dewan. 2. Seolah-olah satu trend pada masa ini, kebanyakan premis perniagaan menggunakan kata D seperti Kafe Santai D Saga, D Intim Tomyam, Spa D Indah dan sebagainya.Soalannya bolehkah kata tersebut diterima pakai dalam Bahasa Melayu. Rasionalnya. terima kasih. ISMAIL HASHIM BALINGUtan meruapakn varian dan sama makna dengan hutan. Istilah orang utan memang tidak dimasukkan dalam Kamus Dewan tetapi di bawah entri orang ada oran hutan iaitu  makna keduanya sejenis kera besar, mawas.Istilah28.05.2009
Saya mohon bantuan untuk DBP komen /perbetulkan ayat di bawah: Pemberian ini diberikan oleh Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri untuk membantu perbelanjaan mengurus dan pembangunan agensi lain seperti Badan Berkanun, Pihak berkuasa Tempatan, Koperasi dan Badan-Bandan Bukan Kerajaan mengikut undang-undang dan aturan dan peraturan kewangan yang lain atau keputusan Majlis Kewangan Negara atau Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri/Kabinet Negeri. Nota: 'aturan dan peraturan' adalah merupakan satu perkara.aturan 1. cara mengatur, susunan: ~ buku dlm perpustakaan ini, menurut cara Dewey; 2. segala yg telah ditentukan atau ditetapkan utk diturut, peraturan: membuat sesuatu itu biarlah menurut ~nya; 3. adat sopan santun, ketertiban: tidak tahu ~ tidak tahu adat; 4. = ~nya Id sebetulnya, sebenarnya: ~(nya) harus diberitahukan terlebih dahulu; peraturan 1. segala yg telah ditentukan (ditetapkan dsb) dan harus diturut atau dipatuhi: setiap pekerja hendaklah mematuhi ~ pejabat; ~ lalu lintas; ~ mesyuarat; ~ kera jaan peraturan (ketentuan, garis panduan, dsb) yg dibuat oleh kerajaan; 2. sl hubungan keluarga (kpd);Makna16.08.2007

Kembali ke atas