Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ra] | کرا

Definisi : 1. sj monyet (biasanya berekor panjang), Macacus cynomolgus; 2. (digunakan ketika menyatakan nama) berbagai-bagai jenis monyet: ~ jambul dll; genggam (cengkam) ~ genggam (cengkam) yg sangat kuat; sekangkang ~ sangat sempit, tidak luas; ~ dapat (diberi) bunga = bagai ~ diberi kaca prb mendapat (diberi) sesuatu yg tidak tahu (tidak dapat) dipergunakannya; ~ lotong (terlalu) makan, tupai di julai timpa perasaan prb orang besar-besar yg bersuka ria, orang kecil-kecil menepilah dgn irinya; ~ menegurkan tahinya prb orang yg melakukan sesuatu kesalahan itulah yg pertama sekali memperkatakannya; ~ menjadi monyet prb serupa sahaja (tiada bezanya); bagai ~ dapat canggung prb perihal orang yg telah ditolong mendampingkan dirinya kpd orang yg menolongnya; memberi barang kpd tangan ~ prb mempertanggungjawabkan sesuatu pekerjaan kpd orang yg tidak dapat menger­jakannya (mempercayai orang yg tidak patut dipercayai); (spt) ~ kena belacan prb sangat gelisah (resah), tidak senang diam (terlari­lari, terloncat-loncat, dll); (spt) ~ sumbang prb orang yg takut (tidak gemar) mencampuri orang ramai. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ra] | کرا

Definisi : ; burung ~ sj burung, burung sanuk, Rhopodytes tristis longicaudatus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ra] | کرا

Definisi : nama sj binatang spt monyet yg biasanya berekor panjang, Macacus cynomolgus. ~ sumbang ki orang yg hidup dgn mengasingkan diri atau tidak mencampuri orang lain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kera

Puisi
 

Buah jambu dimakan kera,
     Dipetik Rukiah lari ke hutan;
Ilmu itu bertiang tiga,
     Dialah cahaya penyuluh jalan.


Lihat selanjutnya...(13)
Peribahasa

Kera menjadi monyet.

Bermaksud :

Tiada bezanya.

 

Lihat selanjutnya...(25)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
merbau keramerbau keraPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai bagi kayu Crudia. daripada famili Leguminosae. Nama tempatannya di Semenanjung ialah babi kurus dan jering tupai, dan di Sabah ialah angar-angar. Spesies utamanya termasuk Crudia curtisii, C. reticulata dan scortechinii. Gubal kayu merbau kera berwarna coklat kekuningan, dan sukar dibezakan daripada teras kayunya yang berwarna coklat tua. Tekstur kayunya agak halus dan tidak sekata, kerana mengandungi terlalu banyak tisu parenkima. Iranya bersimpul atau beralun. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 930 hingga 1120 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang sangat keras dan berat. Kayu ini sukar dikerjakan dan mempunyai ketahanan semula jadi yang rendah. Kayu merbau kera sesuai digunakan untuk hulu alat pemotong, kerja binaan berat, bingkai tingkap, dan lantai.
kera jangkitkera jangkitKesenianTiadaMotif ukiran berunsur haiwan berbentuk siamang bergayutan.
nongom kera(Du.)nongom kera(Du.)KesenianTiadaIkatan cengkam pada bingkai lazimnya seraung yang dibentuk dengan dua lilitan dan dua simpul mati.
ikat genggam keraikat genggam keraKesenianTiadaIkatan cengkam pada bingkai lazimnya seraung yang dibentuk dengan dua lilitan dan dua simpul mati.
nonggom kera(Du., Kdz.)nonggom kera(Du., Kdz.)KesenianTiadaCorak anyaman berunsur haiwan berbentuk genggaman kera.
australopithecusaustralopithecusArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiAustralopithecus bermaksud kera dari selatan. Nama ini diberikan oleh Raymond Dart pada tahun 1924 pada tengkorak yang ditemui di Taung, Afrika Selatan kerana tengkorak tersebut mempunyai ciri kera yang hampir dengan ciri manusia. Australopithecus mempunyai saiz otak yang lebih besar daripada saiz otak cimpanzi walaupun saiz tempurung otaknya sama dengan saiz tempurung cimpanzi. Gigi taring dan gerahamnya hampir sama dengan ciri milik manusia kerana cara mengunyah dari kiri ke kanan dan bukan dari depan ke belakang seperti kera, dan mempunyai susunan gigi yang mendatar seperti gigi manusia. Berdasarkan penemuan di Olduvai, Tanzania, dipercayai Australopithecus telah menghasilkan artifak pebel. Terdapat pelbagai spesies Australopithecus, iaitu A, boisei, A.africanus dan A. robustus. Penemuan tertua di Omo Valley, Ethiopia berusia sekitar tiga juta tahun.
misfitkera sumbangSejarahTiadaTiada
pitcher plantperiuk keraVeterinarTiadaTiada
crab-eating macaquekera ketamVeterinarTiadaTiada
Keris HanumanKeris HanumanKerisTiadaKeris Jenis Jawa yang mempunyai bentuk seperti kepala kera.
12

Kembali ke atas