Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ra.bat] | قرابة

Definisi : Ar 1. sanak saudara, saudara-mara, keluarga: ia menjadi tabib bagi ~ diraja; kaum ~ saudara-mara; 2. dekat (rapat) dlm perhubungan kekeluargaan; ~ diraja bd keluarga diraja; berkerabat ada hubungan kekeluargaan, ber­saudara: aku memang sedia menolong orang yg ~ dgn aku; kekerabatan yg berkaitan dgn kerabat, antara anggota-anggota dlm sesuatu kerabat, kekeluargaan: jelaslah kpd kita bahawa sesuatu masyarakat itu tersusun drpd hubungan dan ikatan ~; perkerabatan perhubungan (pertalian) ke­keluargaan, persaudaraan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ra.bat] | قرابة

Definisi : Kl, Kd, Tr panjat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ra.bat] | قرابة

Definisi : , = kaum ~ saudara-mara; kaum keluarga. berkerabat ada hubungan keluarga; bersaudara-mara; berkeluarga. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kerabat (kata nama)
Bersinonim dengan sanak saudara, kadim, saudara-mara, keluarga terdekat, kaum, famili;,
Kata Terbitan : berkerabat, perkerabatan, sekerabat,

Peribahasa

Tebas buluh serumpun.

Bermaksud :

Merosakkan kaum kerabat kerana perbuatan yang tidak baik.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
boleh tak beritahu saya format surat rasmi ke kerabat dirajaFormat surat rasmi kepada kerabat diraja adalah sama sebagaimana format surat rasmi yang biasa. Dalam menyediakan surat rasmi kepada kerabat diraja, penulis hendaklah menggunakan kata-kata bahasa istana, beretika, dan santun. Sila rujuk pihak istana bagi mendapatkan maklumat lanjut.Lain-lain29.02.2008
Mohon pencerahan, adakah semua Tengku, Ku, Engku, Syed dikira sebagai kerabat diraja? atau mereka perlu mendaftar sebagai ahli persatuan dan mendapat kad keahlian bagi mendapatkan taraf kerabat diraja?Merujuk Kamus Dewan, Yang Mulia rujukan kehormat untuk mereka yang bergelar Tengku, Raja, Syed, Engku (Ungku); dan Ku ialah kependekan kepada Tengku. Maka, semua gelaran tersebut ialah kerabat diraja.Tatabahasa26.02.2014
Di dalam bahasa Raja/Kesultanan apa kah makna KERABAT dan WARIS?Khas bagi negeri Perak Darul Ridzuan.Menurut kamus Dewan, perkataan kerabat bermaksud  kaum, kaum keluarga atau saudara mara, manakala berkerabat bermaksud ada hubungan keluarga; bersaudara-mara; atau berkeluarga. Waris pula bermaksud orang yang berhak menerima pusaka orang yang telah meninggal, penjaga atau wali (kanak-kanak). Saudara hendaklah merujuk kerajaan negeri Perak untuk mengetahui makna waris dan kerabat bagi kerajaan negeri Perak.Makna01.06.2010
Salam Sejahtera. Bagaimana kerabat diraja mengelar adik-beradik mereka? Adakah frasa seperti "kanda andak" dan "dinda long" betul?Panggilan sapaan bagi kerabat diraja yang sebaya dengan abang, kakak atau adik ialah kakanda (kekanda/kanda) dan adinda (dinda). Penggunaan frasa "kanda andak" dan "dinda long" tidak ditemui dalam teks klasik bahasa diraja, khususnya dalam pangkalan data Malay Concordance Project (MCP)Kata yang selalu dikolokasikan dengan kanda dan dinda adalah seperti Kanda Tengku Embung, Kanda Seri Indera, adinda baginda tuan puteri, Adinda Asma Penglibur, adinda baginda Maharaja/Raja/Pangeran dan sebagainya. Kesimpulannya, kata kanda dan adinda digunakan secara kata nama tunggal atau frasa nama dengan gabungan yang tertentu dan khusus sifatnya (dengan kata nama khas).

Namun, tidak dinafikan adanya pengguna kata kanda dan dinda dalam panggilan orang bangsawan yang dilakonkan dalam drama kepahlawanan, kependekaran dan sebagainya.

Mohon rujuk buku Bahasa Diraja Edisi Baharu (Asmah Haji Omar. DBP, 2016) untuk penjelasan lanjut. Untuk carian makna kata yang terkini, sila dapatkan Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020).
Lain-lain24.07.2023
Jelaskan penggunaan 'ibni' dalam ejaan nama kerabat diraja. Siapakah yang wajar menggunakan 'ibni' dan bukan bin?Penggunaan "ibni" dalam ejaan nama kerabat diraja merujuk "bin". Penggunaannya amat terhadap kepada Sultan, Tengku Mahkota,  dan Raja Muda.Makna09.09.2014
Selamat sejahtera tuan/puan. Menurut Soalan Khidmat nasihat DBP pada 15/1/2008, 22/8/2014 dan 4/8/2016, "beta" boleh digunakan oleh raja dan kerabat diraja apabila bertitah kepada rakyat. Manakala, pada 30/11/2014, pihak tuan/puan menjawab soalan lain dengan jawapan "beta" hanya digunakan oleh Raja/Sultan sahaja, tidak termasuk keluarga diraja. Pada 7/7/2015, pihak tuan/puan cadankan putera atau puteri boleh gunakan "beta". Jadi, saya ingin memastikan lagi, adakah "beta" boleh digunakan oleh permaisuri, puteri, puteri atau kerabat diraja? Kalau tidak, apa kata ganti nama diri pertama yang sesuai untuk permaisuri/puteri/puteri/kerabat diraja apabila bercakap dengan orang yang berpangkat lebih rendah/ orang bawahan/rakyat/?

Berdasarkan Kamus Dewan Perdana, beta merupakan kata ganti nama diri pertama untuk raja, permaisuri atau anak raja apabila bercakap dengan orang awam. Oleh itu, kata ganti nama diri ‘beta’ sesuai digunakan untuk permaisuri, puteri dan kerabat diraja apabila bercakap dengan orang yang berpangkat lebih rendah, orang bawahan atau rakyat.

Tatabahasa26.10.2022
Tuan, Bolehkah beta digunakan oleh kerabat diraja selain daripada Sultan/Raja sebagai kata ganti nama diri? Jika tidak, apakah kata ganti nama diri yang betul apabila misalanya 1. perbualan antara puteri dengan Sultan 2. perbualan antara puteri dengan puteri 3. perbualan antara puteri dengan rakyat jelata Terima kasih.Selamat petang

    Dalam bahasa diraja, bentuk-bentuk dengan –nda/anda tetap utuh. Dalam sesuatu keluarga diraja, sapaan anakanda, ayahanda, bonda, kanda, dinda dan ninda merupakan bentuk hormatan yang digunakan. Penggunaan bentuk-bentuk hormatan ini menjadi kelaziman dalam pembahasaan antara ahli-ahli satu keluarga diraja dengan ahli-ahli keluarga diraja yang lain. Contohnya, seorang putera akan merujuk diri sendiri sebagai “kekanda”, dan dengan itu puteri yang seorang lagi akan dirujuk sebagai “adinda” dan sebaliknya menurut pangkat umur.

    Kata ganti nama diri pertama antaranya ialah aku, beta, daku, hamba. Kata ganti nama pertama 'aku' merujuk kepada diri sendiri apabila bercakap dengan kenalan yang sangat rapat atau mesra dan dengan Tuhan. Manakala 'beta' pula digunakan oleh raja, sultan atau kerabat diraja apabila bertitah kepada rakyat.

    Kata ganti nama kedua antaranya ialah anda, awak, dikau, engkau. 'Anda' digunakan untuk diri orang kedua apabila tidak berhadapan dengan kita, misalnya dalam surat-menyurat, atau dengan orang yang sebaya. Manakala 'awak' pula digunakan untuk orang kedua yang sangat rapat hubungannya dengan kita.

    Kata ganti nama ketiga ialah baginda, beliau, dia, ia, mereka. 'Baginda digunakan untuk raja, sultan atau kerabat diraja. Untuk keterangan lanjut atau contoh sila rujuk Tatabahasa Dewan.

Sekian, terima kasih.

Tatabahasa04.08.2016
Gelaran hormat bagi kerabat Diraja contohnyaRaja Nor Zabedah Raja Ahmad, adalah Yang Mulia. Adakah gelaran Yang Mulia ini yang perlu digunakan dalam surat rasmi kepada beliau atau ada gelaran lain sperti tuan, ppuan atu sebaginya yang boleh digunakan. Contohnya : Adalah dengan hormatnya Yang Mulia Raja dijemput untuk merasmikan majlis tersebut.Sapaan yang betul ialah Yang Mulia(YM). Ayat yang betul ialah 'Dengan hormatnya Yang Mulia/YM dijemput untuk merasmikan majlis tersebut'.Tatabahasa09.07.2009
apakah yang dimaksudkan dengan organisasi kekerabatan?Organisasi bermaksud kesatuan (susunan dsb) yg terdiri drpd bahagian-bahagian (orang dll) dlm sesuatu pertubuhan (perkumpulan, perbadanan, dll) utk tujuan-tujuan tertentu (kepentingan bersama dsb), pertubuhan. Kekerabatan bermaksud yg berkaitan dgn kerabat, antara anggota-anggota dlm sesuatu kerabat, kekeluargaan. Organisasi kekerabatan boleh dikatakan sebagai pertubuhan kekeluargaan.Makna01.03.2007
salam... sisipan pada perkataan ''kerabat'' akan menjadi ''kabat'',betol atau tidak??apa pula makna ''kabat'' jika ia betol?Tidak ada maklumat tentang kata "kabat" dalam pangkalan data kami. Contoh sisipan "er" yang betul ialah kuping - keruping, gigi - gerigi dan suling - seruling.Tatabahasa02.08.2011
12345

Kembali ke atas