Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ra.cu.nan] | کراچونن

Definisi : kena racun, termakan racun; ~ makanan termakan makanan yg mengan­dungi unsur atau bahan beracun, mengidap penyakit atau berasa kesakitan kerana telah memakan makanan yg mengandungi unsur-unsur beracun atau bahan yg menyebabkan penyakit; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
racun (kata nama)
Bersinonim dengan bisa, ipuh, tuba, toksin, santau, upas, sengat, arsenik, sianida, paraquat, racun herba, racun perosak, racun serangga;,
Kata Terbitan : beracun, meracuni, keracunan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
alcohol poisoningkeracunan alkoholKimiaForensikKeracunan akibat sama ada pengingesan, penyedutan, atau penyerapan melalui kulit alkohol metanol (metil alkohol), etanol (etil alkohol), atau 2-metilpropanol (isopropil alkohol). Lihat juga keracunan metanol, keracunan etanol, keracunan 2-metilpropanol.
antidoteantidotFarmasiFarmakologiBahan yang digunakan untuk mengatasi atau menawar sesuatu keracunan. Sesetengah keracunan mempunyai antidot. Contohnya, N-asetilsisteina ialah antidot untuk keracunan parasetamol. Walau bagaimanapun, terdapat juga sesetengah keracunan yang tidak mempunyai antidot. Contohnya, keracunan akonitina.
2-methylpropanol poisoningkeracunan 2-metilpropanolKimiaForensikkeracunan akonit keracunan akonitina dua kali lebih beracun berbanding alkohol. Misalnya, lebih kurang 200 cm3 boleh menyebabkan kegagalan pernafasan atau kerosakan jantung. Dos maut adalah 400 ppm. Penemuan patologi termasuk trakeobronkitis berdarah, bronkopneumonia, dan edema pulmonari berdarah. Kerosakan sistem pernafasan mungkin berlaku disebabkan perkumuhan pulmonari 2-metilpropanol. Tanda utama keracunan ialah depresi sistem saraf pusat. Gejalanya ialah loya, muntah, sakit perut, hematemesis, narkosis refraktori, arefleksia, sesak nafas, dan oliguria diikuti dengan diuresis.
intoxicationkeracunan; kemabukanPerubatanTiada1. Keracunan: Keadaan keracunan, akibat pengambilan sebarang bahan toksik.,2. Kemabukan: Keadan yang berlaku akibat pengambilan larutan tertentu, seperti alkohol, secara berlebihan.
poisoningkeracunanPerubatanTiadaKeadaan apabila berlaku perubahan kepada fisiologi badan yang disebabkan oleh racun atau bahan toksik. Keracunan boleh berlaku secara akut seperti keracunan makanan atau secara kronik seperti keracunan plumbum. Diagnosis keracunan dapat diketahui melalui riwayat pesakit, pemeriksaan fizikal dan penyiasatan cecair badan di makmal tertentu. Gejala dan rawatan keracunan berbeza mengikut jenis racun.
sodium carbonate poisoningkeracunan natrium karbonatKimiaForensikKeracunan akibat pengingesan atau penyentuhan kulit dengan natrium karbonat (formula kimia, Na2CO3). Tanda utama keracunan ialah kakisan. Keracunan akut akibat pengingesan menyebabkan sakit yang teramat, muntah, cirit-birit, dan pengsan. Muntah mengandungi darah, dan lapisan mukosa terdeskuamat. Jika pesakit tidak mati dalam masa 24 jam pertama, keadaannya mungkin bertambah baik selama 2- 4 hari tetapi kemudian mengalami sakit abdomen yang teramat yang bermula secara tiba-tiba, tegang abdomen, dan tekanan darah menurun dengan cepat yang menandakan tembusan gaster atau esofagus yang tertangguh. Dos maut yang dianggarkan untuk orang dewasa ialah 30 g. Kesan korosif ialah pemusnahan superfisial pada kulit atau membran mukus. Keracunan kronik akibat penyentuhan kulit mungkin menyebabkan dermatitis kronik.
sulfonamide poisoningkeracunan sulfonamidaKimiaForensikKeracunan akibat penggunaan sulfonamida, iaitu satu daripada kumpulan besar ubat sintetik yang berkesan untuk merawat jangkitan, contohnya sulfamethizole, sulfapiridine dan sulfisoxazole. Tanda utama keracunan ialah hematuria. Keracunan akut akibat pengingesan atau penyuntikan menyebabkan kerengsaan gastrousus, letusan kulit eritematus makulopapular, demam, gangguan mental dan penglihatan, tindak balas pemekaan, urtikaria, hematuria, sakit semasa kencing, oliguria atau anuria dengan azotemia, agranulositosis, anemia hemolitik, trolllbositopenia, purpura, penyuntikan konjunktiva, lubang bula kulit, petekia, demam kuning, dan peningkatan eritema atau kecederaan dari cahaya matahari yang bermula beberapa hari atau beberapa minggu selepas memulakan terapi. Keracunan kronik menyebabkan gejala yang sama dengan keracunan akut. Penemuan patologi ialah endapan berhablur dalam tubul buah pinggang, kaliks, dan ureter. Dalam kes kematian, lubang nekrotik atau lubang radang mungkin ditemui dalam hati , jantung, buah pinggang, sumsum tulang atau organ lain. Kepekatan toksik dalam darah ialah 0.1 mg/mL.
aminopyrine poisoningkeracunan aminopirinaKimiaForensikKeracunan akibat pengingesan atau pemasukan melalui rektum aminopirina. Tanda utama keracunan ialah gangguan mental dan leukopenia. Keracunan akut menyebabkan pening, gangguan mental, sianosis, loya dan muntah, sakit epigastrik, tinitus, kesukaran mendengar, dan koma berserta kekejangan dan nadi lemah. Keracunan kronik mengakibatkan agranulositosis. Gejalanya ialah demam, sakit tekak, ulser pada membran mukus dan tersangat lesu. Penemuan patologi dalam kes maut akibat keracunan akut termasuk kemerosotan buah pinggang, hati dan otak. Lihat juga aminopirina.
naphthol poisoningkeracunan naftolKimiaForensikKeracunan akibat terdedah kepada naftol (formula kimia, C10H8O). Dos parah ialah 5g. Tanda utama keracunan ialah muntah, pengsan, dan koma. Keracunan akut akibat pengingesan atau penggunaan pada kulit atau membran mukus menyebabkan pelecuran tanpa sakit atau eritema. Kakisan mungkin terjadi. Gejala keracunan ialah berpeluh dengan banyak, dahaga yang teramat, loya dan muntah, cirit-birit, sianosis ekoran daripada methemoglobinemia, hiperaktiviti, stupor, tekanan darah turun, hiperpnea, sakit abdomen, hemolisis, konvulsi, koma dan edema pulmonari diikuti dengan pneumonia. Jika kematian daripada kegagalan pernafasan tidak berlaku dengan segera, demam kuning dan oliguria atau anuria' mungkin berlaku. Keracunan kronik menunjukkan gejala yang sama dengan keracunan akut. Penyentuhan kulit yang berterusan kepada ?-naftol mungkin menyebabkan tumor pundi, anemia hemal isis, dan kelegapan kanta mata. Penemuan patologi ialah nekrosis membran mukus, edema serebrum, dan perubahan kerosakan hati dan buah pinggang. Nekrosis pundi mungkin juga terjadi.
nitrogen dioxide poisoningkeracunan nitrogen dioksidaKimiaForensikKeracunan akibat pendedahan kepada gas nitrogen dioksida (formula kimia, NO2) yang berwarna perang. Had pendedahan industri ialah 3 ppm. Tanda utama keracunan ialah dispnea. Keracunan akut akibat penyedutan menyebabkan keadaan semakin lemah, dispnea, batuk dan sianosis yang bermula 1-3 minggu selepas pendedahan pada kepekatan 50 ppm - 300 ppm. Pada kepekatan melebihi 300 ppm, keracunan ini menyebabkan edema pulmonari yang teruk secara tiba-tiba atau bronkopneumonia yang bermula selepas beberapa jam atau hari. Penemuan patologi menunjukkan kesan pada paru-paru, iaitu termasuk perdarahan, stromata berserat menggantikan bronkus terminal, duktus alveolar dan sak, pembentukan membran hialin, dan penghialinan membran dasar.
12345678910...

Kembali ke atas