Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ra.ja.an] | کراجاءن

Definisi : 1. negeri atau negara yg dikepalai oleh raja: ~ Malaysia; ~ Arab Saudi; 2. pe­me­rintahan, negara: ~ Indonesia berpar­limen; 3. martabat (kedudukan) raja: setelah nenda hilang, ayahanda Badanul meng­gantikan nenda di atas ~; 4. tanda-tanda alat kebesaran raja: pakaian ~; payung ~; takhta ~; 5. sifat sbg raja: jika tiada diketahui­nya tujuh perkara, tiada layak ia naik raja dan tiada sempurna ~nya; 6. sl naik takhta, menjadi raja: jika ia ~, tiada akan sempurna negeri ini; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ra.ja.an] | کراجاءن

Definisi : 1 negeri atau negara yg mempunyai raja sbg kepala pemerintahannya: ~ Arab Saudi. 2 pemerintahan atau pemerintah sesebuah negara: ~ Thailand. 3 naik takhta; menjadi raja: Jika ia ~, tiada akan sempurna negeri ini. ~ campuran pemerintahan yg anggota kabinetnya terdiri drpd berbagai-bagai parti (bukan drpd satu parti politik). ~ pusat pemerintahan yg bersifat kebangsaan (iaitu seluruhnya, bukan kerajaan negeri atau bahagian). ~ tempatan 1 pemerintahan (pentadbiran) di peringkat daerah spt pekan, bandar. 2 sistem kerajaan yg meletakkan pentadbiran hal ehwal kerajaan pd pihak berkuasa setempat, mis majlis perbandaran dan majlis daerah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
raja (kata nama)
1. Rujuk perintah pemerintah

2. Dalam konteks gelaran
bersinonim dengan tuanku, tunku, tengku, ungku, pangeran, syed, sheikh,

Kata Terbitan : meraja, merajai, merajakan, kerajaan, berkerajaan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
adakah huruf "k" dalam Kerajaan Bani Umaiyah, Kerajaan Byzantine, Kerajaan Siam, Kerajaan Melaka, Kerajaan Srivijaya perlu dibesarkan? mohon penjelasan, terima kasihKerajaan perlu dieja dengan huruf kecil kerana kerana tergolong dalam kata nama am, walaupun diikuti dengan kata nama khas.Ejaan02.12.2016
Adakah perkataan 'kerajaan' perlu dieja Kerajaan apabila perkataan tersebut merujuk kepada Kerajaan Malaysia? Contoh: Agensi-agensi Kerajaan, peruntukan kewangan daripada Kerajaan, dasar-dasar Kerajaan.Pada umumnya kerajaan dieja dengan huruf kecil, kecuali jika merujuk/mewakili kerajaan Malaysia; contohnya dalam ayat pertama disebut Kerajaan Malaysia tetapi dalam ayat seterusnya hanya ditulis Kerajaan sahaja.Ejaan13.04.2008
perlukan dieja perkataan berikut dengan huruf besar 1) Kerajaan 2)Kerajaan Negeri 3) Bajet 2010 4) Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) adakah diterima pakai perkataan "konsumpsi" apakah yang dimaksudkan dengan perkataan diremitkanUntuk penggunaan secara umum, perkataan kerajaan, kerajaan negeri, cukai barangan dan perkhidmatan ditulis dengan huruf kecil, namun jika merujuk konteks khusus dan sebagai nama khas, perlu ditulis dengan huruf besar. Contohnya Kerajan Malaysia, Kerajaan Negeri Perak dll.  Istilah bajet, konsumpsi dan diremitkan (remit)  tidak diterima pakai dalam bahasa Melayu. Yang betul bagi padanan perkataan-perkataan tersebut dalam bahasa Melayu ialah belanjawan, penggunaan dan mengirimkan/meringankan/bidang kuasa.Istilah05.05.2010
Tuan, Terdapat penggunaan perkataan "kerajaan" yang dieja "Kerajaan" termasuk dalam surat pekeliling kerajaan. Adakah perlu dieja sebegitu atau dieja dengan huruf kecil sahaja iaitu "kerajaan"? Terima kasih.Pada umumnya kerajaan dieja dengan huruf kecil, kecuali jika merujuk/mewakili Kerajaan Malaysia; contohnya dalam ayat pertama disebut Kerajaan Malaysia tetapi dalam ayat seterusnya hanya ditulis Kerajaan sahaja.Ejaan21.09.2012
Apakah perbezaan kerajaan pusat dan kerajaan persekutuan? Ada perbezaankah?Kerajaan pusat dan kerajaan persekutuan adalah sama, iaitu peme­rin­tahan yang bersifat kebangsaan (seluruhnya, bukan kerajaan negeri atau bahagian).Lain-lain25.08.2021
Saya mohon pengesahan DBP samada huruf pertama bagi perkataan berikut dibesarkan atau tidak: i) Kerajaan Negeri atau kerajaan negeri ii) Kerajaan Negeri Kedah atau Kerajaan negeri Kedah iii) Ringgit atau ringgit Satu perkara lagi, bagi sesuatu tajuk bolehkah terus diletakkan singkatan. Sekiranya boleh bagaimana cara yang sepatutnya.Contoh, Kadar Pertukaran Mata Wang Asing Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) Nota: JANM hanyalah singkatan bagi Jabatan Akauntan Negara Malaysia bagi tajuk di atas. Sekian, terima kasih.i. Kerajaan Negeri jika merujuk pada nama khas, kerajaan negeri jika umum. ii. Kerajaan Negeri Kedah sebab ia nama khas. iii. Ringgit jika diawal ayat (huruf awal huruf besar). Tajuk hendaklah ditulis penuh dan singkatannya boleh ditulis selepas itu dalam kurungan.Tatabahasa21.08.2007
1.kenapa bahasa melayu dipilih sebagai bahasa bahasa kebangsaan? 2.apakah fungsi bahasa kebangsaan? 3.konsep bahasa baku?1. bahasa Melayu dipilih sebagai bahasa kebangsaan kerana sejak dari sejarah awal penubuhan kerajaan-kerajaan Melayu di Semenanjung Tanah Melayu seperti Kerajaan Bruas,  Kesultanan Melayu Melaka, Johor Riau - Lingga dan lain-lain merupakan kerajaan Melayu yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pentadbiran, perdagangan, istitusi pendidikan dan hubungan luar. Pada zaman penjajahan British, Belanda dan Jepun, bahasa Melayu  digunakan sebagai bahasa komunikasi masyarakat, termasuklah juga orang bukan Melayu. Perjuangan politik penduduk Tanah Melayu pada masa penjajahan adalah berlandaskan bahasa Melayu sehinggalah tercapainya kemerdekaan daripada British. Selepas merdeka, Artikel 152 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu menyebut bahawa bahasa kebangsaan negara ini adalah bahasa Melayu. Bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi, bahasa pentadbiran, bahasa perhubungan umum dan bahasa pengantar serta bahasa ilmiah. 1. bahasa baku ialah variasi bahasa yang dipilih dan diterima oleh anggota masayarakat untuk digunakan dalam suasana rasmi. Bahasa ini telah mengalami proses pengekodan. Makna27.03.2008
nyatakan sistem pemerintahan dan pentadbiran kerajaan agraria dan maritim? nyatakan ciri-ciri kerajaan agraria dan maritim? bandingkan ciri-ciri kerajaan agraria dan mariti. nyatakan pelabuhan kerajaan funan. nyatakan dua contoh kerajaan agraria. nyatakan dua contoh kerajaan maritim. terangkan mengenai kerajaan srivijaya.Soalan yang dikemukakan tidak berkaitan dengan permasalahan bahasa. Sila rujuk buku-buku bidang Sejarah berkenaan dengan Sejarah Awal AsiaTenggara.Lain-lain25.03.2008
Saya ingin dapatkan satu senarai nama-nama negeri seluruh malaysia dan juga nama Pihak Berkuasa Tempatan yang telah diwartakan. contoh. kerajaan negeri atau Kerajaan Negeri kerajaan negeri Pulau Pulau Pinang atau Kerajaan Negeri Pulau Pinang pihak berkuasa tempatan atau Pihak Berkuasa Tempatan. negeri Pulau Pinang atau Negeri Pulau Pinang. Setahu saya semua nama khas yang telah diwartakan hendaklah ditulis dengan huruf besar. Mohon dapat pihak tuan dapat membekalkan senarai penuh. terima kasih.Senarai yang tuan perlukan tidak ada dalam pangkalan data kami. Sila hubungi Jabatan Kerajaan Tempatan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan atau layari laman web jabatan http://jkt.kpkt.gov.my/bm/main.php dan klik portal SUK & PBT. Betul seperti yang dimaklumi, setiap nama khas ditulis dengan huruf besar.Lain-lain02.02.2012
Saya ingin dapatkan satu senarai nama-nama negeri seluruh malaysia dan juga nama Pihak Berkuasa Tempatan yang telah diwartakan. contoh. kerajaan negeri atau Kerajaan Negeri kerajaan negeri Pulau Pulau Pinang atau Kerajaan Negeri Pulau Pinang pihak berkuasa tempatan atau Pihak Berkuasa Tempatan. negeri Pulau Pinang atau Negeri Pulau Pinang. Setahu saya semua naga khas yang telah diwartakan hendaklah ditulis dengan huruf besar. Mohon dapat pihak tuan dapat membekalkan senarai penuh. terima kasih.Senarai yang tuan perlukan tidak ada dalam pangkalan data kami. Sila hubungi Jabatan Kerajaan Tempatan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan laman web jabatan http://jkt.kpkt.gov.my/bm/main.php dan klik portal SUK & PBT.Lain-lain02.02.2012
12345678910...

Kembali ke atas