Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ra.ja.an] | کراجاءن

Definisi : 1. negeri atau negara yg dikepalai oleh raja: ~ Malaysia; ~ Arab Saudi; 2. pe­me­rintahan, negara: ~ Indonesia berpar­limen; 3. martabat (kedudukan) raja: setelah nenda hilang, ayahanda Badanul meng­gantikan nenda di atas ~; 4. tanda-tanda alat kebesaran raja: pakaian ~; payung ~; takhta ~; 5. sifat sbg raja: jika tiada diketahui­nya tujuh perkara, tiada layak ia naik raja dan tiada sempurna ~nya; 6. sl naik takhta, menjadi raja: jika ia ~, tiada akan sempurna negeri ini; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ra.ja.an] | کراجاءن

Definisi : 1 negeri atau negara yg mempunyai raja sbg kepala pemerintahannya: ~ Arab Saudi. 2 pemerintahan atau pemerintah sesebuah negara: ~ Thailand. 3 naik takhta; menjadi raja: Jika ia ~, tiada akan sempurna negeri ini. ~ campuran pemerintahan yg anggota kabinetnya terdiri drpd berbagai-bagai parti (bukan drpd satu parti politik). ~ pusat pemerintahan yg bersifat kebangsaan (iaitu seluruhnya, bukan kerajaan negeri atau bahagian). ~ tempatan 1 pemerintahan (pentadbiran) di peringkat daerah spt pekan, bandar. 2 sistem kerajaan yg meletakkan pentadbiran hal ehwal kerajaan pd pihak berkuasa setempat, mis majlis perbandaran dan majlis daerah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
raja (kata nama)
1. Rujuk perintah pemerintah

2. Dalam konteks gelaran
bersinonim dengan tuanku, tunku, tengku, ungku, pangeran, syed, sheikh,

Kata Terbitan : meraja, merajai, merajakan, kerajaan, berkerajaan,


Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
data dengan teruk. Aktiviti ini difikirkan boleh menarik perhatian masyarakat terhadap pendapat dan pandangan ahli godam yang mungkin kerap kali tidak diendahkan dan dipedulikan oleh sesebuah organisasi, industri atau badan kerajaan. alat pengesahan (Ig. authentication tool; Br. alat pengesahsahihan; Id. perkakas pengesahan) Perisian atau perkakasan yang digunakan untuk mengesahkan identiti atau menentusahkan kelayakan suatu stesen, penghantar atau individu. alat pentadbir keselamatan Id. cip Clipper) Alat penyulitan dalam bentuk litar bersepadu yang bertujuan melindungi komunikasi suara dan data. Alat ini membolehkan sesiapa sahaja melindungi komunikasi tetapi pada masa yang sama membenarkan agensi kerajaan memperoleh kekunci penyulitan daripada suatu agensi eskrow kekunci sekiranya siasatan perlu dijalankan. Alat ini boleh dibenamkan pada peranti komputer seperti papan ibu, kad antara muka rangkaian, modem dan pencetak. ciri

Kembali ke atas