Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ra/] | کرق

Definisi : lapisan atau selaput yg keras dan kering (yg melekat pd sesuatu benda); ~ bumi (tanah) lapisan bumi yg terjadi drpd kepundan (lava) yg telah kering; ~ nasi lapisan nasi yg keras (kadangkala hangus) yg melekat pd dasar atau bahagian bawah periuk; ~ roti lapisan roti yg keras (di sekeliling baha­giannya yg lembut); air yg keruh-keruh ~ (alamat buaya di hulunya) prb perkataan seseorang itu memba­yangkan niat jahatnya; jangan diajar orang tua makan ~ prb tak usah diajar orang yg sudah tahu; membesarkan ~ nasi prb me­nambahkan perbelanjaan yg membazir; su-dah biasa makan ~ prb sudah biasa menga­lami kesukaran hidup; sudah kenyang makan ~ prb sudah banyak pengalaman; berkerak 1. ada keraknya; 2. ki sangat kotor, diselaputi kotoran: ~ bajunya kulihat; terkerak jejak (sampai) ke dasarnya, habis­-habisan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ra/] | کرق

Definisi : ; ~-kerik = ~-keruk bunyi spt bunyi mengeruk-ngeruk periuk (kuali dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ra/] | کرق

Definisi : ; ~ nasi sj tumbuhan (herba); a) sandar malam, siku dangan (dengan), sundal malam, Polianthes tuberosa; b) = ~ merah rumput sisik naga, terutup batu, Torenia polygonoides; c) Desmodium capitatum; d) Oldenlandia diffusa; ~ nasi paya sj tumbuhan (herba), bayam pasir (tanah), daun serapati, kelama hijau, keremak, ketung pulut, rumput kutang pulut, rumput loh, Alternanthera triandra. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ra/] | کرق

Definisi : lapisan yg keras dan kering yg melekat pd sesuatu. ~ bumi lapisan bumi yg keras yg terdiri drpd batu hablur. ~ nasi nasi yg keras yg melekat di bahagian dasar periuk. berkerak ada keraknya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kerak (kata nama)
1. Bersinonim dengan lapisan keras: selaput kering

2. Bersinonim dengan sisa: kotoran, karat, daki,

Kata Terbitan : berkerak,

Puisi
 

Telur murai di atas geta,
     Benang kerak disimpul pulih;
Orang duduk bertindih riba,
     Jangan diharap katakan boleh.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Ada kerak,
     ada nasi.

Bermaksud :

Tiap-tiap suatu kejadian itu tentu ada bekasnya.

 

Lihat selanjutnya...(11)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
'Kerak ialah lapisan yang paling nipis.' Adakah 'yang' mesti digunakan dalam ayat ini?Penggunaan kata yang dalam ayat tersebut tidak semestinya digunakan. Yang ialah kata penghubung utk menyatakan bahawa kata keterangan berikutnya dipentingkan atau menunjukkan kelainan.Lain-lain22.06.2010
Salam sejahtera, Adakah huruf besar diperlukan utk frasa yg berikut:- 1) suhu bumi @ suhu Bumi 2) permukaan bumi @ permukaan Bumi 3) keadaan bumi yang panas @ keadaan Bumi yang panas 4) kerak bumi @ kerak Bumi 5) lapisan bumi @ lapisan Bumi Apakah terjemahan yang gramatis bagi virtual learning environment (VLE)? Sekian, terime kasih.Dalam konteks yang diberikan, perkataan "bumi" dieja dengan huruf kecil.  1) suhu bumi 2) permukaan bumi 3) keadaan bumi yang panas  4) kerak bumi  5) lapisan bumi. 
Padanan bahasa Melayu untuk "virtual learning environment (VLE)" ialah persekitaran pembelajaran maya. 

Ejaan23.02.2016
segala yang berkaitan dengan buaya, maksud, peribahasa, pantun, istilah, dan lain-lain....juga kearamatAntara peribahasa yang berkaitan dengan buaya ialah; Adakah buaya menolak bangkai? Seorang jahat tentu akan berbuat jahat, kalau ada kesempatan. 2 . Air yang keruh-keruh kerak, alamat buaya di hulunya. Daripada perkataan dapat dimaklumi niat di dalam hati. keruh-keruh kerak = tiada jernih. 3 . Air yang tenang, jangan disangka tiada berbuaya. Orang yang diam jangan disangka pengecut. 4 . Asal selamat ke seberang, biar bergantung di ekor buaya. Sangat perlu akan pertolongan, betapa pun jua pertolongan itu akan diterimanya. 5 . Bergalah ke hilir tertawa buaya, bersuluh di bulan terang tertawa harimau. Membuat pekerjaan yang sia-sia. 6 . Besar berudu di kubangan, besar buaya di lautan. Tiap-tiap orang mulia dan besar pada tempatnya masing-masing. Sila rujuk Kamus Istimewa Peribahasa Melayu dan Kurik KUndi Merah Saga terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka untuk rujukan himpunan pantun-pantun Melayu. Harap maklum.Lain-lain27.11.2007
Salam, saya ingin dapatkan terjemahan paling tepat untuk 'pizza crust'. Terima kasih.Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan untuk "pizza crust" ialah kerak piza.Istilah01.11.2016
Salam satu Malaysia, Apakah terjemahan yang sesuai bagi "descale"? Terdapat banyak terjemahan bagi "scale" tapi tidak untuk "descale". Maksud "descale" : untuk membuang sisa kerak yang dihasilkan oleh kimia dalam air dari (cerek, paip, dsb). Sumber: http://www.thefreedictionary.com/descale Mohon bantuan terjemahan daripada pihak DBP. Terima kasih.Untuk makluman, dalam pangkalan data kami terdapat istilah "descaling" yang padanan bahasa Melayunya ialah penyahkerakan. Oleh itu, terjemahan bahasa Melayu yang dicadangkan untuk "descale" ialah nyahkerak.Istilah23.11.2013

Kembali ke atas