Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ra.mat] | کرامت

Definisi : 1. kemuliaan (iaitu anugerah Allah kpd hamba-Nya yg dikasihi); 2. suci dan berkat drpd kemuliaan seseorang sehingga menyebabkan doanya diperkenankan Allah (spt penyembuhan penyakit dan perlindungan Allah): makam Habib Noh di Singapura diziarahi orang kerana dianggap makam yg ~; 3. tempat atau sesuatu yg suci dan (diper­cayai) dapat mendatangkan hikmat: banyak orang yg pergi ke ~ utk meminta sesuatu dan bernazar; minta ~ minta berkat (restu) dr tempat yg keramat; 4. orang yg sangat warak, orang yg benar-benar soleh: jikalau sungguh mati Chau Pandan, sungguhlah tuan ~; ~ hidup orang yg berperangai baik, ikhlas, dan jujur serta tidak suka melakukan sesuatu yg menyakiti hati orang; mengkeramatkan menjadikan (mengang­gap) spt keramat, meletakkan pd kedudukan yg amat disanjung; kekeramatan sifat keramat, kesucian dan keberkatan: Pawang Kri masih percaya kpd ~ manteranya utk menewaskan buaya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ra.mat] | کرامت

Definisi : 1 suci (bkn manusia) dan berkat kesuciannya ia dpt melakukan sesuatu yg ajaib, spt dpt menyembuhkan penyakit. 2 tempat atau sesuatu yg dianggap suci (dan dipercayai dpt mengadakan sesuatu yg ajaib). ~ hidup orang yg berperangai baik, ikhlas dan jujur serta tidak suka melakukan sesuatu yg menyakiti hati orang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata keramat

Puisi
 

Mengail bawah keramat,
     Dapat seekor ikan kerayu;
Abang belayar biar selamat,
     Tinggallah bunga atas kelambu.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Merajuk kepada yang kasih.

     Manja kepada yang sayang,
berkaul kepada yang keramat.

Bermaksud :

Berbuat sesuatu hendaklah sesuai dengan tempat dan keadaannya, supaya perbuatan itu berhasil dengan baik. (Peribahasa lain yang sama makna: Berkaul kepada [= ke tempat] keramat).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera tuan/puan, Minta khidmat nasihat daripada pihak tuan/puan tentang persoalan berikut: 1. Perang Dunia Kedua @ Perang Dunia II (yang mana satu betul?) 2. 10 tahun kemudian..... @ Sepuluh tahun kemudian.... (yang mana satu betul?) 3. Padanan bahasa Melayu bagi perkataan 'shrine' dalam Kamus Dewan ialah tempat suci/keramat/tokong/topekong...apakah padanan ini sesuai untuk 'Yasukuni Shrine' di Jepun? Terima kasih.Berikut merupakan jawapan bagi tiga (3) pertanyaan yang dikemukakan:
1. Perang Dunia Kedua
2. Selepas 10 tahun
3. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, tempat keramat merupakan tempat yang suci dan (dipercayai) dapat mendatangkan hikmat; banyak orang yang pergi ke tempat keramat untuk meminta sesuatu dan bernazar; minta keramat sama dengan minta berkat (restu) dari tempat yang keramat.
Lain-lain16.06.2019
bagaimana penggunaan huruf besar untuk 'pasar raya keramat"Ejaan yang tepat ialah Pasar Raya Keramat.Lain-lain30.10.2010
Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera.. Saya Masni Meriamin mewakili Koperasi Tanjong Keramat Kota Kinabalu Berhad mohon dapatkan maklum balas dari pihak Tuan. Pejabat kami hendak memohon Lesen perniagaan di Pejabat Daerah Putatan. Soalan saya, selain contoh papan tanda dokumen apa lagi yang perlu kami bawa ke pejabat tuan untuk mendapat chop pengesahan? terima kasihWassalam,

Untuk makluman, semakan iklan melalui kunjungan hanya perlu membawa contoh visual iklan (papan tanda) tersebut dan mengisi borang maklumat pelanggan yang boleh didapati di kaunter.
Lain-lain10.08.2018
guru besar atau Guru Besar.. yang mana betul cara penulisannya..Guru besar ialah kata nama am, sekiranya dikuti dengan nama khas sekolah contohnya SK Keramat akan menjadi ialah kata nama khas dan mesti ditulis dengan huruf besar pada pangkal perkataan; Guru Besar SK Keramat.Tatabahasa24.03.2014
Salam, saya memerukan penerangan bagi maksud dan contoh setiap perkara di bawah: a. Tagline b. Motto c. SloganTagline ialah slogan, iaitu kata-kata keramat yang dijadikan pegangan atau disebut juga cogan kata. Moto ialah cogan kata. Ini bermakna tagline dalam bahasa Melasyu ialah slogan atau cogan kata atau moto.Makna22.11.2012
ADAKAH PERLU KITA MELETAKKAN TANDA PEMBUKA KATA = ' ' UNTUK NAMA PROGRAM. CONTOHNYA 'PROGRAM CELIK WANG'. ADAKAH PERLU? TERIMA KASIHBoleh dibubuh tanda petik (" ") bagi nama program, seperti Persatuan Penduduk Taman Keramat akan menganjurkan program "CELIK AL-QURAN" pada minggu hadapan.Tatabahasa09.05.2016
Bilakah guru besar dieja huruf besar atau huruf kecil dan mengapa? Terima kasih.
Perkataan guru besar merupakan kata nama am yang ditulis dengan huruf kecil. Tetapi ditulis dengan huruf besar apabila kata khas. Contohnya; Guru Besar SK Keramat ialah kata nama khas.
Tatabahasa05.12.2012
Ejaan yang betul 1.Guru Besar atau Guru besar Ayah saya seorang Guru Besar atau Ayah saya seorang Guru besarAyat yang betul ialah Ayah saya seorang guru besar. Guru besar ialah kata nama am, Guru Besar SK Keramat ialah kata nama khas.Tatabahasa18.01.2012
"Sebagai pemimpin di sekolah, peranan Guru Besar dan guru-guru adalah sebagai pemimpin kurikulum." adakah perkataan Guru Besar di dalam ayat ini perlu ditulis huruf besar?Ayat yang betul ialah peranan guru besar. Guru besar ialah kata nama am, Guru Besar SK Keramat ialah kata nama khas.Tokoh08.06.2015
apakah perkataan lain bagi ikon dalam bahasa malaysia?Ikon bermaksud 1. gambar, lukisan, imej, gambaran: puisi Sutardji wujud dlm konteks ritual dan kepercayaan berserta ~ yg seiring bagi dunia magis Melayu-Indonesia yg primitif; 2. lukisan atau gambar yg dianggap sbg keramat (orang yg mulia); 3. (Komp) simbol grafik pd skrin digunakan dlm sistem komputer interaktif bagi menyediakan cara mudah mengenal pasti fungsi. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Empat.Lain-lain17.06.2010
12

Kembali ke atas