Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ra.mat] | کرامت

Definisi : 1. kemuliaan (iaitu anugerah Allah kpd hamba-Nya yg dikasihi); 2. suci dan berkat drpd kemuliaan seseorang sehingga menyebabkan doanya diperkenankan Allah (spt penyembuhan penyakit dan perlindungan Allah): makam Habib Noh di Singapura diziarahi orang kerana dianggap makam yg ~; 3. tempat atau sesuatu yg suci dan (diper­cayai) dapat mendatangkan hikmat: banyak orang yg pergi ke ~ utk meminta sesuatu dan bernazar; minta ~ minta berkat (restu) dr tempat yg keramat; 4. orang yg sangat warak, orang yg benar-benar soleh: jikalau sungguh mati Chau Pandan, sungguhlah tuan ~; ~ hidup orang yg berperangai baik, ikhlas, dan jujur serta tidak suka melakukan sesuatu yg menyakiti hati orang; mengkeramatkan menjadikan (mengang­gap) spt keramat, meletakkan pd kedudukan yg amat disanjung; kekeramatan sifat keramat, kesucian dan keberkatan: Pawang Kri masih percaya kpd ~ manteranya utk menewaskan buaya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ra.mat] | کرامت

Definisi : 1 suci (bkn manusia) dan berkat kesuciannya ia dpt melakukan sesuatu yg ajaib, spt dpt menyembuhkan penyakit. 2 tempat atau sesuatu yg dianggap suci (dan dipercayai dpt mengadakan sesuatu yg ajaib). ~ hidup orang yg berperangai baik, ikhlas dan jujur serta tidak suka melakukan sesuatu yg menyakiti hati orang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata keramat

Puisi
 

Mengail bawah keramat,
     Dapat seekor ikan kerayu;
Abang belayar biar selamat,
     Tinggallah bunga atas kelambu.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Merajuk kepada yang kasih.

     Manja kepada yang sayang,
berkaul kepada yang keramat.

Bermaksud :

Berbuat sesuatu hendaklah sesuai dengan tempat dan keadaannya, supaya perbuatan itu berhasil dengan baik. (Peribahasa lain yang sama makna: Berkaul kepada [= ke tempat] keramat).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Keramat di Afrika SelatanJabatan Muzium dan AntikuitiTiada2006 
Keramat di Afrika Selatan = Muslim shrines in South AfricaJabatan Muzium dan AntikuitiTiada2006 
Kuda keramatSinaran Bros LimitedTiada[19??] 
Amanat keramat buat sahabatPustaka Dewan PuisiTiada2000983-99136-5-4
Jejak Keramat : nilai sebuah perjuanganJuz' ArtTiada1999 
Masjid KeramatDewan Bahasa dan PustakaTiada  
Tradisi lisan keramat Tunku Syarif Kedah di Pulau LabuanDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada20069789675224348
Tradisi lisan keramat Tunku Syarif Kedah di Pulau Labuan Tiada2014978-967-5224-34-8
Kota tanjung keramatUni-Text DistributorsTiada1980 
Tradisi lisan keramat Tunku Syarif Kedah di Pulau LabuanUniversiti Malaysia SabahTiada2010978-967-5224-34-8
1234

Kembali ke atas