Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ra.na] | کران

Definisi : kata hubung yg menerangkan punca atau sebab berlakunya sesuatu keadaan atau kejadian; oleh sebab: Mereka menjadi kaya ~ mereka rajin dan berusaha. ~ apa oleh sebab apa; mengapa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kerana (kata tugas)
Bersinonim dengan lantaran, oleh sebab, sebab, fasal, dek, demi, akibat, bahawa, untuk, tujuan, maksud, bahana, tegal, baktan, saking, asal mula.,

Puisi
 

Kucing kurus menghembus api,
     Sudah hembus padam menyala;
Kurus kering kerana susah hati,
     Kerana telinga tak mendengar kata.


Lihat selanjutnya...(167)
Peribahasa

Kuat ikan kerana radai,
     kuat burung kerana sayap,
kuat ketam kerana sepit.

Bermaksud :

Merasa kuat (berkuasa) kerana ada kelebihannya; tiap-tiap orang sedikit banyak ada kuasanya. (Peribahasa lain yang sama makna: Kuat burung kerana sayap; kuat ikan kerana radai).

 

Lihat selanjutnya...(326)


Glosari Matematik Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
pendapatanincomeWang yang diterima kerana melakukan pekerjaan termasuk gaji dan elaun. Lihat ContohSekolah Rendah
gajisalaryUpah yang diterima kerana kerja yang dilakukan. Lihat ContohSekolah Rendah
sewarentWang yang perlu dibayar kerana memakai atau menggunakan sesuatu yang bukan milik sendiri seperti pakaian, kereta, rumah, kedai, atau pejabat.Sekolah Rendah
rugilossNilai wang yang terkurang kerana harga kos lebih tinggi daripada harga jual. Lihat ContohSekolah Rendah
rawakrandomPerihal memperoleh sesuatu tanpa dapat diramal kerana kebarangkalian untuk semua hasil yang mungkin adalah sama.Menengah Atas
rawakrandomPerihal memilih sesuatu antara semua yang mungkin tanpa dapat diramal kerana kebarangkalian untuk semua pilihan adalah sama.Menengah Rendah
nombor segi tigatriangular numberNombor 1, 3, 6, 10, … merupakan nombor segi tiga kerana nombor-nombor tersebut merujuk kepada bilangan titik-titik yang disusun untuk membentuk segi tiga. Lihat rajahMenengah Atas
kuasa tiga sempurnaperfect cubeNombor yang bersamaan dengan kuasa tiga bagi suatu nombor bulat. Contohnya, 27 ialah kuasa tiga sempurna kerana 27 = 3³.Menengah Rendah
kuasa dua sempurnaperfect squareNombor yang bersamaan dengan kuasa dua bagi suatu nombor bulat. Contohnya, 25 ialah kuasa dua sempurna kerana 25 = 5².Menengah Rendah
ujian kebolehbahagiandivisibility testUjian untuk mengetahui sama ada satu nombor boleh dibahagikan secara tepat dengan nombor lain. Contohnya, 336 boleh dibahagi dengan 3 kerana 3 + 3 + 6 =12 dan 12 boleh dibahagi dengan 3, maka 336 boleh dibahagi dengan 3.Menengah Atas
12

Kembali ke atas