Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ra.na] | کران

Definisi : kata hubung yg menerangkan punca atau sebab berlakunya sesuatu keadaan atau kejadian; oleh sebab: Mereka menjadi kaya ~ mereka rajin dan berusaha. ~ apa oleh sebab apa; mengapa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kerana (kata tugas)
Bersinonim dengan lantaran, oleh sebab, sebab, fasal, dek, demi, akibat, bahawa, untuk, tujuan, maksud, bahana, tegal, baktan, saking, asal mula.,

Puisi
 

Kucing kurus menghembus api,
     Sudah hembus padam menyala;
Kurus kering kerana susah hati,
     Kerana telinga tak mendengar kata.


Lihat selanjutnya...(167)
Peribahasa

Kuat ikan kerana radai,
     kuat burung kerana sayap,
kuat ketam kerana sepit.

Bermaksud :

Merasa kuat (berkuasa) kerana ada kelebihannya; tiap-tiap orang sedikit banyak ada kuasanya. (Peribahasa lain yang sama makna: Kuat burung kerana sayap; kuat ikan kerana radai).

 

Lihat selanjutnya...(326)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, Perbilangan "Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat" . Bagaimanakah perbilangan ini dikaitkan dengan kehidupan masyarakat yang harmoni dan saling bermuafakat?Peribahasa yang tepat ialah "Bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat" bermaksud kata sepakat tercapai dengan mesyuarat atau perbincangan. Melalui perundingan, perbincangan dan kata sepakat dalam satu kelompok masyarakat akan dapat membentuk kehidupan yang harmoni.Sastera23.01.2024
Oleh hal yang demikian Oleh hal yang demikian kerana Oleh hal sedemikian Hal ini dikatakan demikian kerana Hal ini kerana Oleh yang demikian Adakah semua penanda wacana di atas betul ?Betul:
1. Oleh hal yang demikian, 
2. Oleh hal sedemikian, 
3. Hal ini dikatakan demikian kerana
4. Oleh yang demikian, 


Salah:
1. Oleh hal yang demikian kerana   
2. Hal ini kerana 
Lain-lain28.09.2020
Mengapa penggunaan hal ini kerana dalam dewan bahasa dan pustaka menunjukan salah dan bagi hal dikatakan demikian kerana adalah betul

Frasa “hal ini kerana” tidak betul kerana “hal ini” merupakan subjek, manakala “kerana” ialah kata hubung. Subjek tidak boleh digabungkan dengan kata hubung, tetapi mesti digabungkan dengan predikat untuk membentuk ayat yang betul.

"Hal ini dikatakan demikian" merupakan frasa yang betul. “Hal ini” ialah subjek, manakala “dikatakan demikian” ialah predikat dan membentuk frasa yang betul, iaitu “hal ini dikatakan demikian.”

Lain-lain09.08.2022
boleh terangkan mengapa hal ini kerana salah dalam dbp dan penggunakan yang betul adalah hal ini disebabkan kerana

Penggunaannya “hal ini kerana” salah kerana “hal ini” merupakan subjek manakala “kerana” kata hubung.  Subjek tidak boleh digabungkan dengan kata hubung.  Subjek mesti dengan predikat untuk membentuk satu ayat yang betul. Oleh itu, penggunaan yang betul ialah “hal ini disebabkan”.

Tatabahasa09.08.2022
Air Sungai Dong itu menjadi cetek kerana musim kemarau yang berpanjangan. (kerana, apabila)Betulkah penggunaan kerana di dalam ayat tersebut?Menurut data kami, kedua-dua ayat di atas betul.Tatabahasa11.05.2020
“Oleh hal yang demikian ” “Oleh hal yang demikian kerana “ “Oleh hal sedemikian” “Hal ini dikatakan demikian kerana” “Hal ini kerana” “Oleh yang demikian”.Adakah semua penanda wacana di atas betul ?
Oleh hal yang demikian, oleh  yang demikian, dengan demikian, oleh itu merupakan penanda wacana penghubung musabab.
Tatabahasa03.10.2020
salam, Saya keliru dengan penggunaan 'oleh sebab' dan 'oleh kerana'. Dalam bahagian Khidmat Nasihat, penggunaan 'oleh kerana' adalah salah. Tetapi mengapa dalam bahagian Kamus Melayu, dinyatakan definisi bagi 'oleh kerana'? Mohon pencerahan. Terima kasih.Bentuk “oleh kerana” tidak pernah diterima oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sebagai bentuk yang gramatis. Jawapan yang betul ialah “oleh sebab”. Perkataan “oleh kerana”  dirakamkan di dalam Kamus Dewan kerana bersesuaian dengan fungsi Kamus Dewan yang berperanan merakam semua kata masukan yang digunakan oleh masyarakat. Namun begitu, tidak semua perkataan yang dimasukkan dalam Kamus Dewan diterima sebagai baku dan boleh digunakan untuk tujuan rasmi.  DBP menjadikan Tatabahasa Dewan sebagai pegangan berkaitan nahu bahasa Melayu. Sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 284 untuk mendapatkan maklumat lengkap berkenaan perkara ini.Tatabahasa20.01.2022
Salam, frasa "oleh kerana" dikatakan tidak gramatis. Adakah alternatif lain? Terima kasih
Penggunaan "oleh" yang diikuti dengan "kerana" dalam ungkapan "oleh kerana" untuk menunjukkan hubungan yang membawa maksud sebab merupakan penggunaan yang salah. Sepatutnya bentuk yang betul ialah "oleh sebab". Ini disebabkan "oleh" merupakan kata sendi nama yang mesti diikuti oleh kata nama atau frasa nama, sedangkan "kerana" bukan kata nama tetapi kata hubung keterangan. Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut, sila rujuk Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 284
Makna07.08.2023
" Hal ini kerana " atau " Hal in demikian kerana" , yang mana satu betul atau dua dua pun betul?
"Kerana" ialah kata keterangan yang berfungsi untuk menghubungkan klausa yang menjadi keterangan pada klausa utama. Untuk makluman, klausa ialah anak ayat yang mempunyai subjek dan predikatnya. "Hal ini" tidak boleh menjadi klausa dan apabila ditambah "demikian" barulah terhasil klausa yang terdiri daripada subjeknya (hal ini) dan predikatnya (demikian). Oleh itu, klausa yang lengkap ialah "hal ini demikian kerana" bukan "hal ini kerana"atau "hal ini demikian"
Tatabahasa30.09.2020
Selamat sejahtera tuan/puan,saya ingin bertanya tentang pengunaaan klausa dalam ayat adakah wajib bagi sesuatu perkataaan contohnya"ini kerana" atau " hal ini kerana".Adakah kedua-duanya boleh digunakan dlam penulisan?Frasa yang betul ialah "Hal ini kerana".Tatabahasa10.08.2022
12345678910...

Kembali ke atas