Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ra.na] | کران

Definisi : kata hubung yg menerangkan punca atau sebab berlakunya sesuatu keadaan atau kejadian; oleh sebab: Mereka menjadi kaya ~ mereka rajin dan berusaha. ~ apa oleh sebab apa; mengapa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kerana (kata tugas)
Bersinonim dengan lantaran, oleh sebab, sebab, fasal, dek, demi, akibat, bahawa, untuk, tujuan, maksud, bahana, tegal, baktan, saking, asal mula.,

Puisi
 

Kucing kurus menghembus api,
     Sudah hembus padam menyala;
Kurus kering kerana susah hati,
     Kerana telinga tak mendengar kata.


Lihat selanjutnya...(167)
Peribahasa

Kuat ikan kerana radai,
     kuat burung kerana sayap,
kuat ketam kerana sepit.

Bermaksud :

Merasa kuat (berkuasa) kerana ada kelebihannya; tiap-tiap orang sedikit banyak ada kuasanya. (Peribahasa lain yang sama makna: Kuat burung kerana sayap; kuat ikan kerana radai).

 

Lihat selanjutnya...(326)


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
habaheatBentuk tenaga yang dipindahkan kerana terdapat perbezaan suhu. Contohnya, makanan panas yang terdedah akan menjadi sejuk selepas beberapa ketika kerana haba daripada makanan akan berpindah ke udara di sekelilingnya.Sekolah Rendah
hidrotropismehydrotropismPergerakan yang berlaku pada sebahagian tumbuhan sebagai gerak balas terhadap kehadiran air atau lembapan. Contohnya, akar menunjukkan hidrotropisme positif kerana tumbuh ke arah kawasan lembap atau berair, manakala hipokotilnya menunjukkan hidrotropisme negatif kerana tumbuh menjauhi air.Menengah Atas
anemiaanaemiaPenyakit yang terjadi kerana kekurangan sel darah merah atau kekurangan hemoglobin dalam sel darah merah. Keadaan ini menyebabkan darah kurang berupaya mengangkut oksigen yang secukupnya untuk keperluan badan.Menengah Rendah
sembelitconstipationKesukaran membuang air besar kerana kekurangan air dan serat dalam diet.Menengah Rendah
kemaraudroughtKeadaan kering kontang dan tidak berair kerana tiada hujan. Lihat RajahSekolah Rendah
organ deriasensory organOrgan yang dapat mengesan rangsangan kerana kehadiran sel-sel saraf. Contohnya, mata, telinga, lidah, hidung dan kulit.Menengah Rendah
daunleafBahagian tumbuhan yang terlibat dalam proses fotosintesis kerana ia mengandungi klorofil.Menengah Rendah
pneumoniapneumoniaRadang paru-paru yang menyebabkan kesukaran bernafas kerana sebahagian daripada paru-paru berisi cecair.Menengah Atas
tompok mataharisunspotBahagian atau kawasan gelap pada permukaan matahari kerana ia lebih sejuk. Tompok matahari disebabkan oleh gangguan magnetik pada permukaan matahari.Menengah Rendah
tercemarcontaminatedKeadaan bahan yang tidak selamat digunakan atau dimakan kerana dicemari oleh mikroorganisma atau bahan yang beracun. Contohnya, makanan yang telah rosak.Sekolah Rendah
123

Kembali ke atas