Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ra.na] | کران

Definisi : kata hubung yg menerangkan punca atau sebab berlakunya sesuatu keadaan atau kejadian; oleh sebab: Mereka menjadi kaya ~ mereka rajin dan berusaha. ~ apa oleh sebab apa; mengapa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kerana (kata tugas)
Bersinonim dengan lantaran, oleh sebab, sebab, fasal, dek, demi, akibat, bahawa, untuk, tujuan, maksud, bahana, tegal, baktan, saking, asal mula.,

Puisi
 

Kucing kurus menghembus api,
     Sudah hembus padam menyala;
Kurus kering kerana susah hati,
     Kerana telinga tak mendengar kata.


Lihat selanjutnya...(167)
Peribahasa

Kuat ikan kerana radai,
     kuat burung kerana sayap,
kuat ketam kerana sepit.

Bermaksud :

Merasa kuat (berkuasa) kerana ada kelebihannya; tiap-tiap orang sedikit banyak ada kuasanya. (Peribahasa lain yang sama makna: Kuat burung kerana sayap; kuat ikan kerana radai).

 

Lihat selanjutnya...(326)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
dwarf galaxygalaksi kerdilMatematikTiadaGalaksi yang amat kabur kerana saiznya amat kecil ataupun kerana kecerahan permukaannya sangat rendah atau kerana kedua-duanya sekali.
late penalty chargecaj denda lewatEkonomiEkonomi IslamCaj kerana kelewatan membayar hutang. Kadar yang dikenakan kerana kelewatan membayar margin ialah peratusan tertentu daripada jumlah yang tertunggak dan tidak boleh diakumulasikan. Sementara kadar yang dikenakan kerana kelewatan membayar pokok adalah berdasarkan kadar pulangan di pasaran wang Islam antara bank dan tidak boleh diakumulasikan. Lihat juga ta‘wid.
asymmetric flightpenerbangan tak simetriAeroangkasaTiadaKeadaan penerbangan yang tidak seimbang kerana berlakunya kerosakan enjin atau sebagainya.,Aliran udara yang terbias kerana arus aliran dari propeler.,Keadaan penerbangan yang tidak seimbang kerana berlakunya kerosakan enjin atau sebagainya.
bad faithniat jahatUndang-undangTiada1. Mengelirukan atau menipu.,2. Cuai atau enggan memenuhi sesuatu kewajipan atau obligasi kontrak, bukan kerana kesilapan tetapi kerana kepentingan atau niat buruk.
gamblingmaisirEkonomiEkonomi IslamUnsur perjudian dan pertaruhan yang terdapat dalam sesuatu akad atau kegiatan. Maisir terdapat dalam akad insurans kerana pembeli polisi dan pengendali insurans menerima pampasan dan keuntungan masing-masing berdasarkan nasib. Hal ini kerana pembeli polisi mencarum untuk mendapat pampasan yang tidak pasti. Syarikat pengendali insurans pula menanggung risiko dalam pembayaran pampasan tersebut. Maisir pula tidak wujud dalam akad takaful kerana peserta dan syarikat pengendali takaful tidak terlibat dengan unsur nasib. Hal ini kerana peserta takaful mencarum untuk tujuan tabaruk dan tidak mengharapkan pulangan yang tidak pasti. Syarikat pengendali takaful juga tidak menanggung risiko kerugian akibat ketidakpastian pembayaran pampasan kerana pampasan tersebut dibayar daripada kumpulan wang takaful.
epidermolysisepidermolisisPerubatanTiadaPelonggaran epidermis kerana pembentukan lepuh, yang berlaku secara spontan atau kerana kecederaan.
win by retirementmenang kerana lawan undur diri (Tinju)SukanTiadaKeputusan yang diambil oleh pengadil dengan menetapkan seorang pemenang kerana pihak lawan dengan secara sukarela mengundurkan diri, pada waktu pertandingan sedang berlangsung, pada sukan tinju.
spontaneous fissionpembelahan spontanFizikAtom dan NuklearPembelahan nukleus yang berlaku kerana ketidakstabilan isotop dan bukan kerana zarah atau foton luar memasuki nukleus tersebut. Contoh seperti yang berlaku kepada isotop uranium-238 yang mempunyai masa separuh hayat 1016 tahun.
habituation to denturepembiasaan pada denturPerubatanTiadaKeadaan penggunaan dentur oleh seseorang, kerana keperluan fisikal dan tabiatnya dan tidak kerana fungsi dentur itu.
heat exhaustionkelesuan habaPerubatanTiadaSatu bentuk kelesuan dan kolaps kerana tekanan dan volum darah yang rendah, akibat kehilangan cecair dan garam badan kerana pendedahan yang berterusan kepada panas.
12345678910...

Kembali ke atas