Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
kerana (kata tugas)
Bersinonim dengan lantaran, oleh sebab, sebab, fasal, dek, demi, akibat, bahawa, untuk, tujuan, maksud, bahana, tegal, baktan, saking, asal mula.,

Peribahasa

Kerana mulut badan binasa.

Bermaksud :

Mendapat kecelakaan kerana perkataannya.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
terkereseng; mulut ~ mulut menyeringai (mengerising, tersengih), mulut yg terbuka kerana bibir sumbing.Kamus Dewan Edisi Keempat
kotor1. tidak bersih, tidak jernih, cemar: mencuci pakaian ~; longkang yg ~ airnya; (mendapat) kain ~ datang haid; ~ bolor sangat kotor; 2. ki lucah (bkn perkataan), keji, tidak baik (bkn perkataan, perbuatan), tidak senonoh: alangkah ~nya kata-kata yg dikeluarkannya; ~ mulut = mulut ~ mulut lucah (suka bercakap perkara-perkara yg tidak senonoh); ~ namanya cemar namanya; penyakit ~ penyakit perempuan, sifilis; perbuatan ~ perbuatan jahat (tidak baik); 3. Id kasar, tidak bersih, bruto: pendapatan (keuntungan dll) ~; ~ dicuci, berabu dicentik (dijentik) prb segala yg tidak baik hendaklah dilupakan; mengotori menyebabkan kotor pd: bekas kasut yg ~ lantai; mengotorkan 1. menyebabkan menjadi kotor (tidak bersih), membuat menjadi kotor: dia dimarahi kerana ~ rumah; 2. mencemar­kan (nama baik), menodai, memburukkan: dunia sebenarnya suci tetapi manusia yg mengisi seluruhnyalah yg ~nya; engkau bukan mendatangkan nama baik tetapi ~ nama baik keluargamu; terkotori telah dikotori: tubuh tidak ~ oleh nafsu syahwat badani; kotoran barang apa yg kotor (spt najis, sampah, dll), benda kotor, sesuatu (spt tanda dsb) yg kotor yg melekat pd pakaian dll: air yg mengandungi habuk dan ~ hendaklah dimasak; apa-apa ~ yg ada pd luka itu hendaklah dibersihkan dahulu; kekotoran perihal kotor (tidak bersih), ke­burukan, kecemaran, kekejian: ~ udara boleh menyebabkan penyakit; buku tersebut mengandungi peristiwa-peristiwa yg menggambarkan ~ moral; pengotoran perihal mengotori atau mengotor­kan; pengotor (orang yg) tidak menghiraukan kebersihan.Kamus Dewan Edisi Keempat
kereseng(keréséng) pecah kulitnya, rekah, terbuka sedikit hingga kelihatan isinya; terkereseng; mulut ~ mulut menyeringai (mengerising, tersengih), mulut yg terbuka kerana bibir sumbing.Kamus Dewan Edisi Keempat
mulut terkeresengmulut menyeringai (mengerising, tersengih), mulut yg terbuka kerana bibir sumbing.Kamus Dewan Edisi Keempat
melopongternganga mulut kerana tercengang atau kehairanan: Dia ~ mendengar orang itu bercerita.Kamus Pelajar Edisi Kedua
melongoterbuka mulut (kerana hairan dll), ternganga, tercengang: ibu ~, bapa berdiri sambil mengerutkan keningnya, kami semua bingung.Kamus Dewan Edisi Keempat
terngap-ngapterbuka mulut kerana bernafas dgn kencang (setelah penat berlari dll); tercungap-cungap.Kamus Pelajar Edisi Kedua
lopong; melopong ternganga mulut kerana tercengang atau kehairanan: Dia ~ mendengar orang itu bercerita. terlopong dlm keadaan melopong.Kamus Pelajar Edisi Kedua
bersememehber­selekeh mulut (kerana terpalit kuih dll), cemuas, comot: solekan ~ apabila kita berpeluh.Kamus Dewan Edisi Keempat
ngap; terngap-ngap terbuka mulut kerana bernafas dgn kencang (setelah penat berlari dll); tercungap-cungap.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12345678910...

Kembali ke atas