Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
kerana (kata tugas)
Bersinonim dengan lantaran, oleh sebab, sebab, fasal, dek, demi, akibat, bahawa, untuk, tujuan, maksud, bahana, tegal, baktan, saking, asal mula.,

Peribahasa

Kerana mulut badan binasa.

Bermaksud :

Mendapat kecelakaan kerana perkataannya.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
xerostomiaxerostomiaGerontologiTiadaKekeringan mulut kerana kekurangan rembesan air liur.
singeddilayur; disiutPentadbiran PerniagaanTiada1. Dilayur: Proses memerangkan daging atau sayuran di atas api kuat untuk seketika sahaja kira-kira 3 hingga 5 saat. 2.,Disiut: Disedut atau ditarik nafas dengan mulut kerana kepedasan, kesakitan dan lain-lain.
epigramepigramKesusasteraanTiadaPuisi pendek yang bernas serta mengandungi fikiran yang bijak dan menyindir. Bahasa yang digunakan dalam epigram biasanya puitis dan pendek tetapi mengandungi buah fikiran yang baik, halus, menari dan mendalam maknanya. Epigram berfungsi sebagai panduan atau petunjuk kepada manusia dalam menjalani kehidupan seharian. Sesetengah epigram dijadikan kata-kata hikmat yang sering diingat dan dihafal sebagai panduan. Ada kalanya, bahasa puitis dalam epigram mempunyai nada yang menyindir, khususnya pada golongan manusia tertentu. Mulai abad ke-16, karya berbentuk epigram menjadi salah satu genre kesusasteraan penting di England. Antara tokoh penting dan berwibawa dalam bidang ini ialah Jonson, Drummond, Dryden dan Swift. Kini, epigram digunakan semula oleh pengarang dalam karya moden untuk menyampaikan amanat tertentu. Kesusasteraan Melayu tradisional kaya dengan unsur-unsur epigram yang boleh ditemui dalam pelbagai ungkapan, bidalan, pepatah, perumpamaan dan peribahasa. Unsur epigram merupakan salah satu bahan pengajaran dan pendidikan yang penting kepada masyarakat. Hal ini demikian kerana dalam karya epigram, terdapat unsur-unsur yang memperlihatkan ketinggian dan kehalusan pemikiran dan budi bahasa masyarakat Melayu zaman silam. Epigram berasal daripada perkataan Yunani epigramma yang bermaksud �unsur pengajaran, didaktik, dan nasihat�. Contoh epigram Melayu dalam bentuk peribahasa adalah seperti yang berikut: Sesal dahulu pendapatan, Sesal kemudian tidak berguna. Kerana pulut santan binasa, Kerana mulut badan binasa. Bulat air kerana pembetung, Bulat manusia kerana muafakat.
salivaair liurSains ForensikTiadaCampuran bahan rembesan dari kelenjar liur dan membran mukus di mulut. Pengujian DNA pada air liur boleh dilakukan kerana air liur mengandungi sel yang tertanggal daripada permukaan dalam mulut. Maklumat seperti jenis kumpulan darah atau jenis dadah yang digunakan oleh seseorang boleh dikenal pasti melalui ujian serologi forensik terhadap sampel air liur yang ditinggalkan.
tetanytetaniBiologiMikrobiologiPerihal kepekaan yang tinggi pada neurootot akibat kekurangan kalsium serum. Keadaan ini dicirikan dengan gejala kebas dan menggigil pada tangan, kaki, dan mulut, dan bertindak liar kerana kehilangan akal.
open apexapeks terbukaPergigianTiadaHujung akar gigi yang belum tertutup kerana pembentukan akarnya belum sempurna. Biasanya apeks akan tertutup setelah tiga hingga enam bulan gigi erupt di dalam mulut. Sekiranya pulpa gigi apeks terbuka ini terdedah disebabkan karies atau trauma, rawatan penutupan hujung akar perlu dilakukan bagi memastikan gigi kekal dalam mulut.
eructationsendawaVeterinarTiadaProses mengeluarkan gas yang berada di dalam rumen secara antiperistalsis melalui mulut. Dalam ruminan, proses ini sangat penting kerana gas-gas yang dihasilkan dalam proses fermentasi, iaitu metana dan karbon dioksida perlu dikeluarkan supaya tekanan gas di dalam rumen dapat dikawal. Pengumpulan gas yang banyak yang berlaku kerana proses sendawa yang tidak berfungsi boleh menyebabkan kembung pada haiwan yang mengalami gangguan makanan atau kesilapan pemakanan.
moussemusMakanan dan PemakananTeknologi MakananPencuci mulut yang diperbuat daripada krim putar dindin, gula, perisa serta campuran aiskrim atau gelatin. Ia bertekstur ringan dan lembut kerana pembentukan buih, dan biasanya disimpan sejuk.
oral administrationpemberian oralFarmasiFarmakologiPemberian sesuatu drug atau ubat melalui mulut sama ada dengan cara makan, minum atau telan. Pemberian drug secara oral merupakan kaedah yang paling biasa digunakan kerana ia lebih mudah dan murah.
balancing contactsentuhan pengimbangPergigianTiadaGigi atau gigi dentur yang bersentuhan dengan gigi yang setentang di bahagian pengimbang. Sentuhan ini penting kerana ia memberi kestabilan kepada dentur apabila dentur bergerak ke sisi. Jika tidak, dentur akan tertanggal dari mulut disebabkan tiada penyokong di bahagian tak kerja. Sentuhan di kawasan ini perlu dibuang kerana ia menyebabkan gangguan oklusi tetapi sentuhan di bahagian pengimbang memberi kestabilan kepada dentur.
12

Kembali ke atas