Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (kérang); ~-keroh a) = ~-kerut erang-erot, kepang-kepot; b) sangat curang, suka menipu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : sj tiram; jenis-jenis: ~ batu; ~ bulu; ~ kera; ~ lumpur dll; ~ busuk ki (sering kali) tersengih-sengih (tertawa) dgn tidak menentu; kerang-kerangan berbagai-bagai jenis bi­natang yg berkulit kapur (spt siput, lokan, tiram, dll): mereka mencari ~ di pantai; berkerang mencari kerang; pe(r)kerangan 1. longgokan (timbunan) kerang, bukit drpd kerang-kerangan; 2. ber­bagai-bagai jenis kerang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ark; batu ~ batu karang; pinggan ~ pinggan kasar; kerang-kerangan batu yg disusun (dibaris­kan) menjadi titian (pd tempat yg lecak atau berlumpur); ®karang I. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : Kl keras, menjadi keras (bkn buah). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : sj tiram yg berkulit keras: ~ batu. ~ lumpur Arca granosa. ~ busuk ki tersengih-sengih atau tertawa dgn tidak menentu. kerang-kerangan berbagai-bagai jenis binatang yg berkulit kapur (spt siput, lokan). berkerang mencari kerang (di pantai). perkerangan 1 bermacam-macam jenis kerang. 2 timbunan atau longgokan kerang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kerang

Puisi
 

Kulit kerang asalnya kapur,
     Anak Batak pandai menari;
Letak apa belanga ke dapur,
     Kalau masak angkat ke mari.


Lihat selanjutnya...(13)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah penjodoh bilangan bagi satu kerang? Seekor kerang? Sebiji kerang? Sebuah kerang? Sebutir kerang?Tiada penjodoh bilangan khusus bagi kerang. Kerang biasanya diukur melalui bekas untuk meletakkannya seperti semangkuk kerang atau sekilo kerang.Tatabahasa05.07.2009
penjodoh bg kerang - semangkuk kerang. kalau satu je kerang, adakah seekor,atau sebiji, seketul..

Jawapan yang betul ialah seekor kerang.

Lain-lain08.07.2010
Apakah penjodoh bilangan bagi kerang?Tiada penjodoh bilangan khusus bagi kerang. Sebaliknya kerang diukur mengikut bekasnya seperti semangkuk kerang atau unit tertentu seperti satu kilogram kerang.Tatabahasa14.07.2014
Apakah penjodoh bilangan untuk kepah, siput, remis?Tiada penjodoh bilangan khusus bagi kerang, kepah, siput dan sebagainya. Kerang biasanya diukur melalui bekas untuk meletakkannya seperti sepinggan kerang, semangkuk kerang, atau sekilo kerang.Tatabahasa28.08.2012
Apakah penjodoh bilangan untuk kerang?

Saudara Nurina,

Bukan semua benda ada penjodoh bilangannya. Kerang boleh diberi penjodoh bilangan mengikut cara kerang tersebut dikumpulkan atau mengikut berat, contohnya semangkuk kerang atau sekilo kerang

 

Tatabahasa10.03.2010
APAKAH PENJODOH BILANGAN BAGI PERKATAAN KERANG"Tidak semua benda mempunyai penjodoh bilangan. Begitu juga dengan kerang. Kebiasaan kerang yang dibeli atau dimakan dinyatakan dalam kilo, kati atau semangkuk.Tatabahasa11.03.2009
Buku text Tadika 3Q dengan gambar Kerang yang belum terbuka yang di letak dalam bakul, di gelar CENGKERANG Saya berdebat dengan guru tadika, bahawa itu Kerang, bukan Cengkerang, kalau Cengkerang, itu seharusnya kerang atau siput yang dah mati cuma tinggal cengkerang Harap pihad DBPM memberi nasihatUntuk makluman, ejaan yang betul ialah cangkerang. Ia membawa maksud kulit luar yg keras (pd kerang, siput babi dll). Ini bermakna, cangkerang bukannya mewakili kerang atau siput yang telah mati sahaja, tetapi untuk yang masih hidup juga. Untuk lebih jelas boleh rujuk di sini.Lain-lain03.08.2015
1.Mencungkil pintu rumah yang terkunci atau mengumpil pintu rumah yang terkunci.Mana yang betul. 2.dua ekor kerang atau dua biji kerang. 3.Ayah memboncengkan atau menunggangkan adik dengan motosikal ke sekolah. Terima kasih.

1. Mengumpil pintu rumah yang terkunci. - Mengumpil bermaksud menanggalkan, mencabut dan sebagainya sesuatu yang terlekat atau tertutup rapat dgn tuil dan sebagainya.

2. Dua ekor kerang. - Dalam kamus Dewan, penjodoh bilangan untuk binatang ialah ekor, manakala biji - penjodoh bilangan untuk benda kecil

3. Adik membonceng motosikal ayah ke sekolah.

Tatabahasa30.05.2009
Saya ingin merujuk semula pertanyaan berkaitan dengan penjodoh bilangan bagai "kerang". Terima kasih di atas jawapan yang diberikan. Saya puas hati dengan jawapan yang diberikan. Tetapi saya masih ingin memndapat kepastian lagi, misalnya ada 2 kerang terjatuh atas lantai. Saya akan mengutip "kerang" itu. Jadi apakah penjodoh bilangan yang akan saya kenakan kepada dua.....kerang itu? Terima kasih tuan.Dalam konteks ini, saudara boleh gunakan penjodoh bilangan ekor kerana kerang merupakan sejenis haiwan.Lain-lain09.07.2009
Apakah penjodoh bilangan bagi satu kerang, kepah dan siput sedut ? (Biji, ketul atau ekor) Adakah SEMUA haiwan penjodoh bilangannya 'ekor'?Tiada penjodoh bilangan khusus bagi kerang, kepah, siput dan sebagainya. Kerang biasanya diukur melalui bekas untuk meletakkannya seperti sepinggan kerang, semangkuk kerang, atau sekilo kerang.Tatabahasa28.04.2010
123

Kembali ke atas