Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (kérang); ~-keroh a) = ~-kerut erang-erot, kepang-kepot; b) sangat curang, suka menipu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : sj tiram; jenis-jenis: ~ batu; ~ bulu; ~ kera; ~ lumpur dll; ~ busuk ki (sering kali) tersengih-sengih (tertawa) dgn tidak menentu; kerang-kerangan berbagai-bagai jenis bi­natang yg berkulit kapur (spt siput, lokan, tiram, dll): mereka mencari ~ di pantai; berkerang mencari kerang; pe(r)kerangan 1. longgokan (timbunan) kerang, bukit drpd kerang-kerangan; 2. ber­bagai-bagai jenis kerang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ark; batu ~ batu karang; pinggan ~ pinggan kasar; kerang-kerangan batu yg disusun (dibaris­kan) menjadi titian (pd tempat yg lecak atau berlumpur); ®karang I. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : Kl keras, menjadi keras (bkn buah). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : sj tiram yg berkulit keras: ~ batu. ~ lumpur Arca granosa. ~ busuk ki tersengih-sengih atau tertawa dgn tidak menentu. kerang-kerangan berbagai-bagai jenis binatang yg berkulit kapur (spt siput, lokan). berkerang mencari kerang (di pantai). perkerangan 1 bermacam-macam jenis kerang. 2 timbunan atau longgokan kerang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kerang

Puisi
 

Kulit kerang asalnya kapur,
     Anak Batak pandai menari;
Letak apa belanga ke dapur,
     Kalau masak angkat ke mari.


Lihat selanjutnya...(13)

Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
batakan Rgperhiasan pada pakaian tradisi wanita Rungus berupa gelang tangan diperbuat daripada kulit kerang (kima).Batakan - sejenis gelang yang diperbuat daripada kulit kerang (kimoh), diletakkan di bahagian lengan, di sebelah menyebelah tangan.Tarian-tarian Tradisional Negeri SabahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
kinumoi Rgsejenis gelang tangan.Kinumoi juga daripada kerang (kimoh) dan juga digunakan di lengan.Tarian-tarian Tradisional Negeri SabahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
buri Ibkulit siput.Jengkuan meneruskan perjalanannya dan sampai ke sebuah sungai karangan batu pirak tempat kapar tulang berselerak. Dia memandang ke hilir ke karangan rangki dan kelihatan bertaburan kulit siput buri dan kerang.JubangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
bilak buai Bj Spcincin belah rotan.Di bahagian tangan dan kaki penari-penari wanita, juga dihiasi dengan perhiasan-perhiasan tertentu iaitu di bahagian tangan dihiasi dengan gelang sulau yang diperbuat daripada kulit-kulit kerang atau siput-siput laut, cincin emas bentuk bilak buai dan di jari-jari pula dihiasi dengan selingkuku, iaitu sejenis sarung kuku yang diperbuat daripada logam jenis suasa.Tarian-tarian Tradisional Negeri SabahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
rangki Ibkulit siput laut yang kecil.Jengkuan meneruskan perjalanannya dan sampai ke sebuah sungai karangan batu pirak tempat kapar tulang berselerak. Dia memandang ke hilir ke karangan rangki dan kelihatan bertaburan kulit siput buri dan kerang. Dia lalu berjalan melalui jalan tepian.JubangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas