salam sejahtera, mohon semakan tatabahasa untuk cadangan tajuk berikut: KERANGKA PROGRAM PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL BERTERUSAN (BERORIENTASIKAN PEMBANGUNAN LESTARI) | Cadangan pembetulan : 1. Kerangka Program Pendidikan Teknik dan Vokasional yang Berterusan(Berorientasikan Pembangunan Lestari) 2. Kerangka Program Berterusan bagi Pendidikan Teknik dan Vokasional (Berorientasikan Pembangunan Lestari) | Tatabahasa | 11.03.2008 |
Apakah maksud perkataan learnability dalam Bahasa Melayu. Apakah perbezaan kerangka kerja dan rangka kerja ? Jika dalam bidang IT, apakah perkataan yang sesuai digunakan, kerangka kerja atau rangka kerja bagi istilah framework. | Untuk makluman, istilah learnability tidak ada dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, istilah yang dicadangkan ialah kebolehan belajar. Istilah bahasa Melayu untuk framework ialah rangka kerja (bukan kerangka kerja). Istilah rangka kerja digunakan dalam bidang Teknologi Maklumat dan juga bidang yang lain. | Istilah | 03.10.2012 |
Salam sejahtera, Mohon pihak tuan mengesahkan tajuk yang sesuai daripada pilihan berikut: (i) Kerangka Rekabentuk Program Pendidikan Berterusan (berorientasikan teknikal) yang Lestari (ii) Kerangka Rekabentuk Program Teknikal yang Lestari untuk Pendidikan Berterusan Untuk makluman pihak tuan, program yang ingin dibangunkan adalah berkenaan program pendidikan berterusan yang berorientasikan teknikal dan mestilah bersifat lestari. Lestari yang dimaksudkan adalah sifat-sifat pembangunan lestari iaitu pembangunan yang memenuhi kehendak generasi masa kini tanpa mengorbankan keperluan generasi yang akan datang dari aspek alam sekitar, ekonomi, sosial dan budaya. Cadangan daripada pihak tuan amat dialu-alukan. Terima kasih. | Cadangan : Melestarikan Kerangka Reka Bentuk Program Pendidikan Berterusan (Berorientasikan Teknikal). | Lain-lain | 29.02.2008 |
Apakah perbezaan di antara kerangka kerja dan rangka kerja? | Istilah bahasa Melayu untuk framework ialah rangka kerja (bukan kerangka kerja). Istilah rangka kerja digunakan dalam bidang Teknologi Maklumat dan juga bidang yang lain. | Tatabahasa | 13.02.2013 |
Mohon penjelasan bagi membezakan pengunaan istilah "pelan" dan "kerangka" | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud pelan ialah: 1. Tanah lapang, lapangan 2. Rajah yang menggambarkan bentuk (ukuran, letak) sesuatu bangunan atau rancangan yang sudah diatur untuk dilaksanakan. 3. Bahasa Percakapan bagi perlahan Manakala maksud kerangka pula ialah: 1. Rangka-rangka untuk rumah, kapal dan lain-lain, tulang-tulang (binatang atau manusia) yang tersusun mengikut keadaan yang sebenarnya. 2. Garis kasar atau rangka untuk karangan, lukisan dan lain-lain. 3. rancangan atau garis kasar (karangan, lukisan, lain-lain) 4. ki masih dalam peringkat permulaan (belum sempurna)
| Makna | 05.11.2019 |
Unified Secured Transaction Legal Framework - Kerangka Undang-undang Transaksi Bersekuriti Disatukan Movable Assets Collateral Registry - Daftar Cagaran Aset Alih Pohon pandangan tuan tentang terjemahan ini. Terima kasih. | Sekiranya bersesuaian dengan konteks penggunaan tuan, kami mencadangkan padanan bahasa Melayu adalah seperti yang berikut: 1. Unified Secured Transaction Legal Framework – Kerangka Undang-undang Urus Niaga Bersekuriti Disatukan 2. Movable Assets Collateral Registry - Daftar Cagaran Aset Alih
| Penyemakan dan penterjemahan | 30.10.2022 |
apakah istilah bahasa melayu bagi conceptual framework. | Untuk makluman tidak terdapat istilah bahasa yang khusus untuk "conceptual framework". Walau bagaimanapun, terdapat istilah bahasa Melayu untuk "conceptual", iaitu konseptual atau konsep. Istilah untuk "framework" pula ialah kerangka atau rangka. Oleh itu, istilah bahasa Melayu yang dicadangkan ialah kerangka konseptual. | Istilah | 12.03.2013 |
Saya ingin bertanya tentang terjemahan satu kerangka teori dalam bidang psikologi di mana dalam bahasa Inggeris ialah "Precaution Adoption Process Model". Adakah sesuai jika saya terjemah dalam bahasa Melayu kepada "Model Proses Adopsi Pengawasan"? | Kami mencadangkan Precaution Adoption Process Model diterjemahkan kepada Model Proses Penerimagunaan Pengawasan dan dalam penulisan singkatan PAPM boleh disertakan, seperti Model Proses Penerimagunaan Pengawasan (PAPM). | Penyemakan dan penterjemahan | 17.07.2023 |
MDF ROOM (LOW VOLTAGE) | BILIK KERANGKA AGIHAN UTAMA | Istilah | 03.03.2011 |
1. Adakah sesuai penggunaan alih bahasa bagi perkataan framework kepada "kerangka" atau ada perkataan lain yang lebih sesuai. | Istilah bahasa Melayu untuk framework ialah rangka kerja (untuk maklumat lanjut sila rujuk laman web prpm.dbp.gov.my | Makna | 27.07.2020 |