Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.rang.ka] | کرڠک

Definisi : 1. rangka-rangka (kapal, rumah, dll), tulang-tulang (yg dapat menunjukkan susuk tubuh binatang dll): ~ rumah; ~ gajah; 2. rangka (lukisan dsb), lakar(an), rancangan atau garis kasar (karangan, lukisan, dll), rangka: falsafah yg mendasari pembentukan ~ teori penyelidikan; ~ utama komputer yg berkuasa tinggi yg biasanya digunakan dlm sistem pemprosesan data pukal (dgn peng­guna yg ramai); terkerangka 1. masih dalam bentuk rangka­nya (bkn binaan rumah dsb); 2. ki masih dlm peringkat permulaan (belum sempurna). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.rang.ka] | کرڠک

Definisi : 1 rangka-rangka utk rumah, kapal dll; tulang-tulang (binatang atau manusia) yg tersusun mengikut keadaan yg sebenarnya. 2 garis kasar atau rangka utk karangan, lukisan dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kerangka (kata nama)
1. Bersinonim dengan rangka-rangka: tulang-tulang, rongkong,

2. Bersinonim dengan draf: rangka, konsep, lakaran, garis kasar,

Kata Terbitan : terkerangka,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
longitudinallongitud/membujurKejuruteraanTiadaGalang yang merentasi bahagian luar kerangka kapal udara tegar. Ia menghubungkan gelang-gelang luar bagi kerangka-kerangka melintang.
bracket floorlantai pendakapPelayaranTiadaKepingan besi atau papan di bahagian bawah kapal yang disambung antara kerangka-kerangka dengan pendakap.
light-gauge steel studstad keluli ringanKejuruteraanKejuruteraan BangunanStad yang nipis, memanjang dan tegar yang digunakan di dalam kerangka-kerangka dinding.
frame spacingjeda kerangkaKejuruteraanTiadaJarak di antara satu kerangka dengan kerangka yang lain.
bevel boardpapan serongPelayaranTiadaPapan yang digunakan untuk menanda garisan-garisan kerangka untuk menentukan serongan kerangka semasa proses penempaan kerangka.
timber framekerangka kayuKesenianSeni BinaKerangka yang dibina melalui sambungan kayu bersama-sama dengan pelbagai sendi, biasanya daripada sambungan tanggam. Kerangka kayu merupakan bentuk dasar bagi binaan pasang siap. Kerangka kayu terdiri daripada beberapa jenis reka bentuk dan salah satu jenis yang sering digunakan ialah daripada jenis kerangka kotak.
balloon framekerangka belonKesenianSeni BinaKerangka yang mengandungi anggota-anggota struktur yang terletak berdekatan antara satu sama lain. Anggota-anggota struktur ini terdiri daripada kepingan papan tegak yang dipasang dari ambang ke plat atas pada aras cucur atap. Pada binaan yang berasaskan kerangka kayu, kerangka belon terdiri daripada belebas (kayu panjang yang dipasang secara melintang pada dinding, pintu dan sebagainya) bermula daripada kayu plat rasuk lantai bawah hingga ke kayu plat bumbung dengan rasuk lantai aras atas yang dipakukan pada belebas dan disokong oleh kayu penghadang di antara belebas.
mechanism framekerangka mekanismeMekanikGunaanPautan yang tetap dalam sesuatu mekanisme. Pautan yang tetap itu boleh diubah-ubah, iaitu mana-mana satu pautan rangkaian kinematik boleh diambil kira sebagai pautan kerangka. mengubah pautan kerangka akan mengubah gerakan mutlak pautan dalam mekanisme berkenaan.
redundant framekerangka lelebihKejuruteraanKejuruteraan BangunanKerangka yang mengandungi anggota yang berlebihan daripada yang diperlukan bagi membentuk kerangka sebenar.
cant framekerangka lajurSukanTiadaKerangka yang satah sokongannya kepada struktur kapal tidak tegak lurus kepada garisan luan buritan, seperti kerangka di butiran kapal.
12345678910...

Kembali ke atas