Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ran.jang] | کرنجڠ

Definisi : sj bakul besar yg dianyam kasar­kasar: Amir datang dgn sebatang kayu pengandar dan dua buah ~; ~ orang bakul tempat diisi orang; ~ sampah bakul sampah; bola ~ Id permainan bola yg menggunakan keranjang sbg gol; mata ~ ki sangat suka melihat perempuan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ran.jang] | کرنجڠ

Definisi : bakul besar yg dianyam drpd buluh atau rotan tempat menyimpan barang-barang: ~ sampah bakul besar tempat sampah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata keranjang

Puisi
 

Nenek Lowek menjual sirih,
     Sirih dijual Jambatan Panjang;
Cantik molek kami tak pilih,
     Asallah jangan mata keranjang.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Hendak dimasukkan ke dalam sumpit tak maut;
     ke dalam keranjang longgar.

Bermaksud :

Sesuatu yang tidak sempurna menyebabkan keadaan menjadi sukar.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Glosari Dialek Pulau Pinang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
   4. merempuh dalam permainan seperti bola sepak, ragbi, bola keranjang dan sebagainyaDia kena buang padang pasai dok handaih pemaen lawan masa maen bola.[di.jA k«.nA bu.wAN pA.dAN pA.sAj do/ hAn.dAC p«.mAen lA.wAn mA.sA mAen b.lA]Dia dibuang padang sebab asyik merempuh pemain lawan semasa perlawanan bola sepak.

Kembali ke atas