galak III | kerap; ~ kali kerap kali. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berulang-ulang | 1 beberapa kali; kerap kali: Ayat itu dibacanya ~ supaya difahaminya. 2 selalu berulang-alik; selalu pergi balik. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
ulang | 1 beberapa kali; kerap kali: Ayat itu dibacanya ~ supaya difahaminya. | Kamus Pelajar |
berulang-ulang | 1 beberapa kali; kerap kali: Ayat itu dibacanya ~ supaya difahaminya. | Kamus Pelajar |
sering kali | acap kali, kerap kali. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengulangi | 1. = mengulang-ulang, mengulang-ulangi selalu benar melakukan (sesuatu), kerap kali mengulang: dia ~ pertanyaannya yg masih belum berjawab; 2. = mengulang-ulangi selalu pergi ke (utk menengok, menziarah, dll), kerap kali mendatangi: sejak dia menanam tebu, pegawai-pegawai pertanian selalu ~ ladang-nya; 3. mempelajari kembali (apa-apa yg telah diajarkan), menghafal kembali (pelajaran): setelah makan malam, aku duduk di meja kerja ~ pelajaran sekolah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berkali-kali | beberapa kali (berturut-turut), berulang kali, kerap kali, sering kali: mereka membunyikan hon lori itu ~; ~ sudah saya ingatkan dia; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
biasa | 1. spt sediakala, seperti yg sudah-sudah: keadaan huru-hara di negeri itu pulih spt ~; kelakuannya tidak spt ~ pd hari itu; 2. kerap kali atau selalu terjadi, lazim: kekalahan merupakan perkara ~ dlm pertandingan; spt ~, dia membaca akhbar sebelum makan pagi; 3. tidak asing lagi kerana sudah kerap kali bergaul (bersama dsb): dia tidak kekok lagi bergaul dgn orang-orang kenamaan kerana sudah ~; 4. tidak istimewa drpd yg lain: corak batik itu ~ sahaja; 5. seperti yg selalu dan sepatutnya berlaku atau wujud (bkn sesuatu keadaan dsb): suhu ~ badan manusia; 6. sudah ada mengalami (melakukan, melihat, menikmati, dsb), pernah: saya ~ tidur di masjid; luar ~ berlainan drpd biasa; alah bisa tegal (kerana, oleh) ~ prb segala kesukaran dsb tidak lagi terasa sesudah biasa (mengalami, melakukan, dsb sesuatu); biasanya spt yg selalu dilakukan atau yg sudah teradat, selalunya: kursus itu ~ dijalankan selama dua minggu; membiasakan 1. menjadikan umum (lazim, teradat, dll): pepatah ini ialah mengenai perkara yg telah teradat atau peraturan yg sudah dibiasakan; 2. menjadikan biasa (utk mengerjakan sesuatu), melatih supaya biasa: Basir berdiri sebentar utk ~ pemandangannya di dlm dewan yg kelam itu; ~ diri bergaul dgn orang atasan; 3. menjadikan biasa (dgn keadaan cuaca, suasana, dsb), menyesuaikan: dia tidak dapat ~ dirinya dgn cuaca yg terlalu panas di Mekah; terbiasa telah menjadi biasa (umum, lazim, dll): di negerinya, bermadu itu sudah lazim ~, tersimpul dlm adat; keterbiasaan perihal (keadaan) terbiasa; kebiasaan hal yg biasa dilakukan: adat ~; sudah menjadi ~ bagi tuan rumah itu utk datang tepat pd awal bulan; ~nya adatnya, biasanya;pembiasaan perbuatan atau hal membiasakan, pelaziman. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berulang | 1. kembali (ke), pulang (ke): kami selalu juga ~ ke mari kerana ayahanda bonda ada lagi; 2. dilakukan dll sekali lagi, berlaku (terjadi) lagi: kita tidak mahu tuduhan itu ~ lagi; ~ kali kerap kali, berkali-kali; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ulang-alik | kerap kali pergi dan balik; mundar-mandir. berulang-alik berpergian dan kembali pula (berulang-ulang), pergi (ke sesuatu tempat) dan balik semula: Perahu besar di Kuala Terengganu itu bukan sahaja ~ ke Pahang, tetapi juga ke Siam. pengulang-alik ist peranti elektrik yg menukarkan kuasa mekanikal kpd kuasa elektrik dan membekalkan arus ulang-alik. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |