Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ras] | کرس

Definisi : 1. kuat dan padu serta tidak mudah pecah (patah, bengkok, dll) atau berubah bentuknya, tidak lembut (empuk, lunak): hanya tulang-tulangnya yg ~ sahaja masih tinggal tidak hancur; keluli lebih ~ drpd besi; daging ini sangat ~; pakaian ~ pakaian berkanji dan berseterika; 2. dgn giat atau bersungguh-sungguh, dgn sepenuh tenaga atau usaha, dgn sungguh-sungguh hati (meminta, mendesak, dsb): beberapa orang yg cekap dan sanggup bekerja ~ diperlukan; mereka meminta ~ supaya ia sendiri datang; 3. dgn tidak berganjak atau berubah sikap, teguh, kukuh, kuat: berpegang ~ kpd faham dan kepercayaan kuno; kemahuan yg ~; 4. tidak dgn sikap bertolak ansur (bkn bantahan, tentangan, dsb), tegas: ibunya membantah ~ niatnya hendak mengahwini gadis itu; 5. tidak secara sembarangan atau mahu tidak mahu, rapi (pemeriksaan, kawalan, dll), ketat, sungguh-sungguh: terlalu ~ pemeriksaannya sehingga tiap-tiap helai kain dan baju dikira; tempat itu dikawal ~ oleh askar-askar yg bersenjata; 6. berat akibatnya, tidak berdasar­kan belas kasihan (bkn tindakan dsb), tegas, tidak berkira-kira: tindakan ~ akan diambil terhadap pegawai dan kakitangan yg curang; 7. dgn sesungguhnya (tanpa sebarang kelonggaran, kekecualian, dsb): dilarang ~ masuk tanpa urusan rasmi; penonton-penonton dilarang ~ merokok; 8. membahayakan dan mungkin membawa maut (bkn penyakit), teruk, berat: terburu-buru ia balik ke kampungnya kerana bapanya sakit ~; 9. kuat (tidak lemah), tidak mudah ditewaskan (dikuasai dsb), hebat: inilah tanda patik membunuh perajurit yg terlalu ~ itu; diberinya oleh raja Siam ketumbukan yg ~; terlalulah banyak orang mati dan sakit kerana gajah itu sangat ~ jembalangnya; 10. kencang, deras (angin dll), sangat lebat (hujan): angin pun bertiup terlalu ~; gajah kenaikan dibawa oleh Laksamana dgn ~nya; hujan amat ~nya; 11. nyaring, kuat (suara, bunyi, dll): kedengaran suara ~ pegawai askar itu memberi perintah kpd orang-orangnya; sesetengahnya tidur berdengkur dgn ~; 12. tidak lemah lembut atau sopan santun (bkn kata-kata), (boleh) menyinggung perasaan: oleh kerana marahnya itu dikeluarkannya kata-kata yg ~; 13. dapat memabukkan (bkn minuman spt bir, wain, wiski, dsb), terasa kesan tembakaunya apabila dihisap (bkn rokok atau cerutu), berat, sangat kuat kesannya (bkn ubat), terasa benar sama ada wangi atau busuk dsb (bkn bau), rangsang (bkn bau): kesihatannya merosot kerana kerap meminum minuman ~; rokok ini agak ~ bagi orang yg belum biasa merokok; terlalu ~ bau gas ini; 14. ketat (sumbat botol dll), tidak mudah dilentur (bkn spring dsb), tegang; 15. tidak baik kerana (kononnya) ada penung­gunya, berpuaka, atau berhantu: tempat ini ~ kerana ada puaka; ~ batang leher berpegang teguh pd pendirian atau pendapat sendiri (tidak mahu mengalah) tegar hati, mengotot; ~ genjur keras sekali (bkn sikap, tabiat); ~ hati a) tidak mahu menurut kata orang, (sangat) degil; b) tidak mudah berasa kecewa (terus berusaha bersungguh-sungguh); ~ hidung menurut sesuka hati (sangat sempit fikirannya); ~ kaku = ~ kematu = ~ membatu sangat keras (tidak lunak); ~ kejur tidak dapat dilentukkan (dilenturkan), kejang, kaku; ~ kekung (kelengkung) Kl, Tr sangat keras (spt batu); ~ keng Kl, Tr keras kepala; ~ kepala tidak mahu mengalah atau menurut, degil, tegar; ~-~kerak tidak teguh dan tidak dapat diubah dgn pujukan dsb (bkn kemahuan, ketabahan, dsb seseorang); ~ lidah tidak dapat melafazkan kata-kata asing dgn mudah, susah hendak menyebut sesuatu (tidak pandai berkata-kata); ~-makas = ~-mangkas terlalu keras (bkn buah-buahan dll); ~ mulut a) tidak mahu dan tidak mudah kalah dlm perdebatan (kuat bertengkar); b) tidak mudah diken­dalikan (kuda dll); ~ bagai batu, tinggi bagai langit prb tidak mahu menurut perintah orang atasan; ~ ditakik, lunak disudu prb Mn hendaklah diberikan segala perintah dgn bijaksana (dgn lemah lembut kpd yg menurut dan dgn memaksa kpd yg melawan); lunak tak tersudu, ~ tak tertakik prb perkataan orang yg bijak­sana baik dgn lemah lembut atau dgn kasar tidak dapat disangkal (dianjak-anjak) kebenarannya; berkeras 1. tidak berganjak drpd pendirian (kemahuan dsb), tidak mahu mengalah (bertolak ansur), mengotot: kalau ia ~ tidak mahu menjual tanahnya kita tidak boleh buat apa-apa; ia ~ tidak mahu mengikut suaminya berpindah; 2. bertindak (bersikap) keras: kalau awak hendak berkasar dan ~ kelak keselamatan awak akan binasa; ~ batang leher keras batang leher; ~ hati keras hati; ~ hidung keras hidung; ~ kepala keras kepala; berkeras-kerasan sama-sama enggan ber­lemah lembut atau bertolak ansur (dlm per­tengkaran, perkelahian, dll); bersikeras berkeras, mengotot; mengeras 1. menjadi keras (tidak lembut, tidak lemah lembut, dsb): lama-kelamaan kalsium karbonat yg di lapisan luar ~ dan membentuk batu kapur; sebentar kemudian terdengar suara orang bercakap melembut dan ~; 2. tidak mahu bertolak ansur, berkeras; mengerasi 1. memaksa, menggagahi: maka dikerasi oleh tuanku Dato’ Batin Alam suruh ia memukat juga; 2. bertindak (bersikap) keras kpd, memperlakukan dgn keras (dgn menggunakan paksaan): Esah cukup berjaga-jaga agar tidak pula tertipu ataupun dikerasi oleh anak muda itu; keras-~ berkeras­kerasan; mengeraskan 1. menjadikan keras (tidak lembik): ~ tanah liat menjadi periuk belanga, batu bata, dll; 2. ki menguatkan, menyaring­kan (suara), memperhebat (tindakan, sikap, dsb), menggiatkan (usaha), memperteguh (azam, cita-cita, dsb): Cikgu Hashim bertanya dgn suara yg agak dikeraskan; ~ hati menabahkan (memberanikan) hati; 3. me­maksa: ia ~ budak itu tinggal bersamanya; memperkeras menjadikan bertambah keras (kuat, teguh, giat, hebat, dll): perasaan malu umumnya diperkeras oleh sesuatu pendidikan atau adat; terkeras terkuat (bkn suara, bunyi), terkasar (bkn tindakan, sikap, dll): suaranya sekali ini agak ~ sedikit; kekerasan perihal (sifat dsb) keras (dlm berbagai-bagai erti spt kekuatan, kekasaran, keazaman, kegiatan, dll), paksaan (dlm se­suatu tindakan): dgn ~ sukar dicapai penyelesaian; kumpulan jahat yg bertujuan hendak menumbangkan kerajaan dgn ~ telah dapat ditumpaskan; pengerasan perihal mengeraskan atau me­ngerasi (tindakan keras, pemaksaan, dll); pengeras 1. jampi utk memperkuat diri atau utk menakutkan (memaksa, menundukkan) orang; 2. bayaran kpd pawang kerana berubat atau menuntut ilmu daripadanya; 3. alat utk mengeraskan atau menguatkan (suara dll); 4. sesuatu (spt jarum, duit syiling, dll) yg diberikan kpd tukang urut atau bomoh selepas berurut atau berubat dengannya (sbg imbalan); berpengeraskan menggunakan sesuatu sbg pengeras: dgn hanya ~ duit tujuh sen dan sebatang jarum tembaga. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ras] | کرس

Definisi : ; ~ tulang Jw sj tumbuhan (herba), manik, muni, rami hutan, sambau paya, sembau, sigueh putih, Chloranthus officinalis; buah ~ sj tumbuhan (pokok dan buahnya), buah keminbing, kemiri, Aleurites moluccana; buah ~ laut sj tumbuhan (pokok), baru­baru, baru laut, waru, Thespesia populnea; bagai buah ~ di dalam sekul prb percakapan yg kelam-kabut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ras] | کرس

Definisi : ; ~ ekor sj ikan laut, Megalaspis cordyla. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ras] | کرس

Definisi : 1 kuat lagi kukuh dan tidak mudah pecah atau tidak mudah berubah keadaannya: Keluli lebih ~ drpd besi. 2 dgn sungguh-sungguh; dgn giat; kuat: Dia terpaksa bekerja ~ utk mengumpulkan wang. 3 bersifat memaksa; tidak bertolak ansur (bkn peraturan dll): Merokok di gudang kertas dilarang ~. 4 kuat dan nyaring (bkn suara, bunyi): Dia bercakap dgn suara yg ~ kpd orang-orangnya. 5 dpt memabukkan (bkn minuman dll); sangat kuat kesannya (bkn ubat dll); rangsang (bkn bau dll): Dia mabuk kerana terlalu banyak minum minuman ~. Terlalu ~ bau gas ini. ~ hati tidak mahu mengikut kata orang; degil. ~ kepala tidak mahu mengalah atau tidak mahu menurut. berkeras tidak mahu mengalah atau tidak mahu bertolak ansur; tidak berganjak dr pendiriannya: Dia ~ tidak mahu mengikut suaminya berpindah. mengeras menjadi keras: Agar-agar itu ~ apabila disejukkan. mengerasi 1 bertindak keras terhadap; memperlakukan dgn keras: Anaknya terlalu manja kerana tidak pernah dikerasi. 2 menyuruh dgn paksa; memaksa; menggagahi: Dia tidak suka ~ orang-orang bawahannya. mengeraskan 1 menjadikan keras: Mereka ~ tanah liat itu dgn cara pembakaran. 2 menyaringkan suara; menguatkan usaha dll. memperkeras menjadikan lebih atau bertambah keras. kekerasan 1 perbuatan yg keras; kekuatan: Orang-orang yg bertujuan hendak menumbangkan kerajaan dgn ~ telah ditangkap. 2 keadaan atau sifat keras; kekuatan; kekukuhan: ~ kulitnya menyebabkan buah itu sukar dikupas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
keras
1. Bersinonim dengan kuat
( kukuh, teguh, tegap, liat, )
(adjektif:)
Berantonim dengan lembut

2. Bersinonim dengan bersungguh-sungguh
( giat, tekun, tekal, ceka, nekad, tabah, sepenuh hati, penuh minat, )
(adverba:)
Berantonim dengan sambil lewa

3. Bersinonim dengan tegas
( teguh pendirian)
(adjektif:)
Berantonim dengan tolak ansur

4. Dalam konteks kawalan
bersinonim dengan ketat, rapi,
(adjektif:)
Berantonim dengan longgar

5. Dalam konteks penyakit
bersinonim dengan teruk, tenat, berat, payah, yang membahayakan,
(adjektif:)
Berantonim dengan ringan

6. Bersinonim dengan hebat
( kuat, gagah, berani, )
(adjektif:)
Berantonim dengan lemah

7. Dalam konteks angin
bersinonim dengan kencang, deras, kuat, laju,
(adjektif:)

8. Dalam konteks suara bunyi
bersinonim dengan nyaring, kuat,
(adjektif:)
Berantonim dengan lembut, lunak

9. Dalam konteks kata-kata
bersinonim dengan kesat, kasar, tidak sopan, biadap,
(adjektif:)
Berantonim dengan lembut

10. Bersinonim dengan berpuaka
( berhantu, berpenunggu, )
(kata kerja:)

11. Dalam konteks minuman
bersinonim dengan memabukkan, beralkohol,
(kata kerja:)

12. Dalam konteks kritikan
bersinonim dengan pedas, tajam,
(adjektif:)

Kata Terbitan : berkeras, mengeras, mengerasi, mengeraskan, terkeras, kekerasan, pengerasan,

Puisi
 

Anak enggang terbang sepuluh,
     Hinggap mari dahan berduri;
Sungguh keras buku buluh,
     Dimakan bubuk habis sekali.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Keras ditakik,
     lunak disudu.

Bermaksud :

Perintah haruslah dilakukan dengan segala kebijaksanaan.

 

Lihat selanjutnya...(39)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
buah keras lautbuah keras lautPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama biasa di malaysia bagi pokok dan kayu Hernandia nymphaefolia daripada famili Hernandiaceae. Nama tempatanya di Semenanjung ialah baru laut. Gubal dan teras kayunya sukar dibezakan, dan biasanya berwarna putih atau perang buah zaitun. Tekstur kayunya agak kasar dengan ira yang lurus. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 350 hingga 435 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu keras yang ringan dan lembut. Kayu ini sesuai untuk peraboit, pelampung jaring kayu, dan terompah.
teraju kerasteraju kerasKesenianTiadaKeadaan simpulan teraju bawah yang paling bawah daripada pusat sayap.
Smilax myosotifoliaUbi jagaPertanianTiadaTumbuhan jenis melilit menggunakan sulur paut dalam famili Smilacaceae. Tumbuhan ini hidup di hutan dan belukar yang separa terlindung. Batangnya kecil dan keras, daunnya keras dengan urat daun selari. Batang dalam tanah menghasilkan ubi. Akar pada ubi keras seperti dawai. Ubi digunakan sebagai afrodisiak oleh kaum lelaki, melancarkan perjalanan darah dan membaiki organ pembiakan.
hard diskcakera kerasTeknologi MaklumatTiadaMedia storan sekunder yang dapat merekod dan menyimpan data pukal (lebih daripada 60GB). Cakera keras diperbuat daripada bahan tegap seperti substrat aluminium yang bersalut bahan bermagnet yang sensitif dan diletakkan di dalam bekas kedap udara berserta mekanisme baca/tulis. Cakera keras biasanya merujuk kepada cakera keras tetap (dalaman). Masa capaian data cakera keras lebih pantas berbanding cakera liut kerana kepala yang membaca data terapung di permukaan cakera keras. Lihat cakera. Banding cakera liut dan cakera optik.
hardwoodskayu kerasPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanTumbuhan Angiospermae kumpulan dikotiledon yang menghasilkan kayu. Istilah ini merupakan pengelasan, dan tidak ada kaitan dengan nilai kekerasan sebenar sesuatu kayu. Kayu keras biasanya mempunyai struktur anatomi yang lebih kompleks daripada kayu lembut, dan mengandungi vesel atau liang, gentian dan parenkima. Contoh kayu keras ialah ok, cengal, dan jelutung. Di negara yang kayu lembutnya tidak mempunyai nilai dagangan yang penting, seperti Malaysia, istilah ini tidak mempunyai kaitan dengan makna asalnya. Misalnya kayu keras yang ringan dan lembut seperti jelutung dirujuk sebagai kayu lembut, walaupun sebenarnya kayu ini termasuk dalam kumpalan tumbuhan Angiospermae. Mengikut Peraturan Penggredan Kayu Keras Gergaji Malaysia 1984, kayu-kayu Malaysia dikelaskan kepada kayu kerat berat, kayu keras sederhana, kayu keras ringan dan kayu lembut.
nutkekeras; natPentadbiran PerniagaanTiadaKekeras: Buah atau biji berkulit keras seperti buah keras dan badam.,nat: Gelang yang bahagian dalamnya berbenang yang cocok dengan benang skru.
ligth hardwoodskayu keras ringanPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanSingkatan KKR. Kumpulan Kayu Keras Malaysia yang ringan dan lembut berdasarkan Peraturan Penggredan Kayu Keras Gergaji Malaysia 1984, yang mempunyai ketumpatan yang biasanya berjulat antara 400 hingga 750 kg/m3 pada kandungan lembapan 15 peratus. Kumpulan kayu ini lebih dikenali sebagai kayu untuk kegunaan am, mempunyai nilai ketahanan semula jadi yang rendah, dan perlu diawet sebelum digunakan. Terdapat lebih daripada 50 spesies dagangan yang utama, dan antaranya ialah meranti merah tua, meranti merah muda, jelutung, dan nyatuh.
heavy hardwoodskayu keras beratPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanSingkatan KKB. Kumpulan Kayu Keras Malaysia yang berat dan sangat berat, berdasarkan Peraturan Penggredan Kayu Keras Gergaji Malaysia 1984, yang mempunyai ketumpatan yang biasanya berjulat antara 800 hingga 1200 kg/m3 pada kandungan lembapan 15 peratus. Kumpulan kayu ini mempunyai ketahanan semula jadi yang tinggi kerana teras kayunya mengandungi sebatian kimia dan ekstraktif, yang boleh mengusir agen perosak seperti kulat pereput dan anai-anai. Kayu ini boleh digunakan tanpa diawet. Terdapat sepuluh spesies dagangan yang utama seperti cengal, balau dan belian.
medium hardwoodskayu keras sederhanaPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanSingkatan KKS. kumpulan kayu keras Malaysia yang sederhana berat hingga berat, berdasarkan Peraturan Penggredan Kayu Keras Gergaji Malaysia 1984, yang mempunyai ketumpatan yang biasanya berjulat antara 700 hingga 900 kg/m3 pada kandungan lembapan 15 peratus. Setengah-tengah kayu dalam kumpulan ini cukup kuat dan berat, tetapi nilai ketahanan semula jadinya tidak begitu baik. Kebanyakannya sederhana tahan dan perlu diawet sebelum digunakan, terutamanya apabila digunakan di kawasan tropika dan bersentuhan dengan tanah. Terdapat lebih kurang 14 spesies kayu dagangan utama, seperti kapur, keruing, dan kempas.
hard clad silica fibregentian silika salut kerasKejuruteraanTiadaGentian optik yang berteras silika disaluti polimer keras atau bahan serupa yang lebih keras daripada bahan salut biasa.
12345678910...

Kembali ke atas