Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : keratan yg melintang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
kerat (kata kerja)
Bersinonim dengan penggal, potong, pancung, hiris, kabung, sayat;,
Kata Terbitan : mengerat, terkerat, keratan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
DAYA INERSIAKuantiti yang dihasilkan daripada hasil darab halaju purata aliran dengan luas keratan rentas aliran tersebut.KEJURUTERAANKonsep
TEKNOLOGI VAKUM

Tekanan atmosfera boleh diterangkan dalam beberapa unit seperti berat turus raksa (Hg) pada suatu unit luas keratan rentas dengan ketinggian 760 mm.

FIZIKProses/Tindak Balas
PERGUNUNGAN ANDES

Pergunungan Andes ialah rangkaian gunung di

atas aras laut yang terpanjang di dunia.

Pergunungan ini menganjur di sepanjang seluruh

pantai barat Amerika Selatan dari Tanjung Horn ke

Panama dan Venezuela bagi jarak sejauh 7200

kilometer. Hanya pergunungan Himalaya di utara

India dan Tibet yang lebih tinggi daripada

Pergunungan Andes. Banyak puncak Andes

mencecah ketinggian melebihi 6100 meter. Ukuran

keratan rentas bahagian Andes yang paling lebar

adalah kira-kira 650 kilometer. Dalam bahasa

Sepanyol, Andes dikenali sebagai Cordillera de los

Andes , Rangkaian Pergunungan Andes.

UMUM 
TARKINGTON, BOOTH

Tarkington, Booth (1869–1946) ialah penulis

novel dan drama Amerika. Karyanya dianggap

sebagai salah satu gambaran yang terbaik bagi

keseluruhan aspek kehidupan di barat tengah,

Amerika Syarikat. Karya Tarkington meliputi

pelbagai jenis daripada Monsieur Beaucaire (1900)

yang sentimental dan romantik kepada Penrod

(1914) yang penuh jenaka, dan Alice Adams (1921)

sebuah karya realisme. Karya novel triloginya

berjudul Growth (1927) memaparkan keratan

rentas kehidupan di bandar seperti yang

terdapat di bandar kelahirannya, Indianapolis, Indiana,

Amerika Syarikat. Novel triloginya merangkumi

The Turmoil (1915), The Magnificent Ambersons

(1918), dan The Midlander (1923). Penrod, Penrod and Sam

(1916), dan Seventeen (1916) memaparkan

kegembiraan dan masalah golongan muda.

UMUM 

Kembali ke atas