Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ker.dip] | کرديڤ

Definisi : ; berkerdip berkedip, berkelip (mata, lampu neon, dll); berkerdipan berkelipan atau berkedip secara berterusan; mengerdip berkedip (bkn mata, lampu dll): hanya kelihatan bintang-bintang ~ di langit bersih; mengerdipkan mengelipkan (mata), meng­gerakkan kelopak mata (ke atas dan ke bawah): ~ mata; kerdipan; ~ mata kedipan mata; ®kedip, kelip I. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ker.dip] | کرديڤ

Definisi : ; berkerdip sekejap terbuka sekejap tertutup (bkn lampu, mata dll); berkelip. mengerdipkan menjadikan sekejap terbuka dan sekejap tertutup; mengelipkan. kerdipan cahaya yg berkerdip; gerakan kelopak mata utk pejam celik; kelipan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kerdip (kata kerja)
Bersinonim dengan kerlip, kerdip, kersip;,
Kata Terbitan : berkerdip, mengerdipkan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
salam. saya ingin tahu apakah perbezaan kerdip dan kerlip?Menurut Kamus Pelajar,  kerdip ditakrifkan sebagai  berkerdip sekejap terbuka sekejap tertutup (bkn lampu, mata dll); berkelip. mengerdipkan menjadikan sekejap terbuka dan sekejap tertutup; mengelipkan. kerdipan cahaya yg berkerdip; gerakan kelopak mata utk pejam celik; kelipan.

Manakala kerlip ditakrifkan sebagai berkerlip, mengerlip sekejap terbuka sekejap tertutup; berkedip-kedip; berkelip-kelip:Di langit kelihatan bintang ~. sekerlip;~ mata sekejap mata.

Berdasarkan takrifan tersbeut, kedua-dua perkataan tersebut mempunyai makna yang sama.
Makna19.03.2014

Kembali ke atas