Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ré.la.ti.fan] | کريلاتيفن

Definisi : perihal (keadaan dsb) relatif. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kerelatifan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
relativitykerelatifanFizikAtom dan NuklearTeori yang diutarakan oleh Albert Einstein untuk mengambil kira penyimpangan daripada mekanik Newton. Terdapat dua teori, iaitu teori kerelatifan khas dan teori kerelatifan am. Teori kerelatifan khas merujuk kepada rangka rujukan tidak terpecut dan teori kerelatifan am merujuk kepada sistem terpecut.
relativistic Hamiltoniankerelatifan HamiltonanFizikMekanikHamiltonan yang bersesuaian dengan teori kerelatifan khas atau teori kerelatifan teritlak. Sebagai contoh, Hamiltonan untuk zarah tunggal diungkapkan sebagai (V = keupayaan, c = halaju cahaya, ? = halaju zarah)
relativistic mechanics(ilmu) mekanik kerelatifanFizikMekanikIlmu mekanik yang bersesuaian dengan teori kerelatifan khas atau teori kerelatifan umum yang dikemukakan oleh Einstein.
relativitykerelatifanFizikMekanikTeori fizik yang mengambil kira sifat sejagat dari rambatan cahaya, yakni halaju cahaya sentiasa malar manakala ruang, masa dan ukuran fizik yang lain bergantung pada halaju pencerap. Teori ini dapat dikelaskan kepada teori kerelatifan khas dan teori kerelatifan itlak.
general relativitykerelatifan amKimiaTiadaTeori kegravitian yang memperluas teori khas kerelatifan untuk merangkumi pemecutan dan menghasilkan kesimpulan bahawa daya kegravitian adalah setara dengan daya disebabkan oleh pemecutan.
relativistic red shiftanjakan merah kerelatifanMatematikTiadaTeori kerelatifan am Einstein yang menyatakan bahawa apabila tenaga dan jisim adalah setara, cahaya yang dipancarkan oleh bintang dipengaruhi oleh medan graviti bintang, dan akan mengalami kehilangan tenaga yang kecil dengan garis spektrum teranjak ke arah merah.
relativistic mass equationpersamaan jisim kerelatifanKejuruteraanTiadaPersamaan bagi jisim kerelatifan suatu zarah atau jasad pada jisim rehat dan halaju tertentu.
special theory of relativityteori kerelatifan khasFizikMekanikCabang teori kerelatifan mengenai pencerap yang bergerak dengan halaju relatif malar, dan mengenai postulat-postulat yang merumuskan hukum-hukum alam adalah sama bagi semua pencerap seperti itu.
relativistic kinetic energytenaga kinetik kerelatifanKejuruteraanTiadaTenaga kinetik bagi zarah kerelatifan.
relativistic quantum theoryteori kuantum kerelatifanFizikMekanik KuantumTeori kuantum zarah yang konsisten dengan teori kerelatifan khas dan boleh menghuraikan zarah yang bergerak hampir kelajuan cahaya.
123456789

Kembali ke atas