Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.re.ma/] | کرمق

Definisi : sj tumbuhan (rumpai), kermak,kermak bukit, bayam pasir (tanah), daun serapati, kelama hijau, kerak nasi paya, kernau, ketung pulut, rumput kulang pulut, Alternanthera triandra (sessilis); ~ hutan = ~ jantan sj tumbuhan (rumpai), ari(ng)-aring, rumput kuning putih, urang-uring, Eclipta alba; ~ rusa sj tumbuhan (herba), lutut ayam, Mygrophila quadrivalvis; ~ susu sj tumbuhan (herba) ara tanah, gelang susu, Euphorbia hirta; akar ~ sj tumbuhan (pokok memanjat), akar kangkung laut, akar lanar, keledek hutan, Ipomea digitata. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata keremak


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Euphorbia hirtaAra TanahPertanianTiadaTumbuhan dalam famili Euphorbiaceae ini juga dikenali sebagai keremak susu, gelang susu, ambin jantan, lancang dan gendong anak. Tumbuhan ini jenis herba bersaiz kecil dan berbulu. Daunnya tersusun bertentang dan berbentuk lonjong, tangkai daunnya sangat pendek. Bunganya sangat kecil dan berbulu. Getahnya mengandungi alkohol mirikil, tarakserol, fridelin, flavonoid dan tanin. Tumbuhan ini hidup liar di merata tempat. Getahnya digunakan secara luaran untuk merawat sakit mata, kudis, bisul, ketumbit dan puru. Air rebusan atau seduhan digunakan untuk merawat lelah, bronkitis, disentri, bengkak dalam perut, bengkak payudara, diarea, kencing berdarah, sakit kepala, mengeluarkan kahak, melawas kencing dan sebagai ubat kumur untuk mengubati sakit gigi. Tumbuhan ini mempunyai sedikit kesan narkotik, hemostatis, penenang (sedative) dan sudorifik.
Euphorbia hirtaara tanahHerbaBotani dan BioteknologiTumbuhan dalam famili Euphorbiaceae yang dikenali juga sebagai keremak susu, gelang susu, ambin jantan, lancang dan gendong anak. Tumbuhan ini jenis herba bersaiz kecil dan berbulu. Daunnya tersusun bertentang dan berbentuk lonjong, dan tangkai daunnya sangat pendek. Bunganya sangat kecil dan berbulu. Getahnya mengandungi alkohol mirikil, tarakserol, friedelin, flavonoid dan tanin. Tumbuhan ini hidup liar di merata tempat. Getahnya digunakan secara luaran untuk merawat sakit mata, kudis, bisul, ketumbit dan puru. Air rebusan atau seduhannya digunakan untuk merawat lelah, bronkitis, disentri, bengkak dalam perut, bengkak payudara, cirit-birit, kencing berdarah, sakit kepala, mengeluarkan kahak, melawaskan kencing dan sebagai ubat kumur untuk mengubati sakit gigi. Tumbuhan ini mempunyai sedikit kesan narkotik, hemostatis, penenang dan sudorifik.

Kembali ke atas