Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.réng.sa.an] | کريڠساءن

Definisi : 1. rasa lemah badan (tidak bertenaga), kelesuan; 2. keadaan atau rasa gatal-gatal, pedih, merah, panas dsb pd sesuatu bahagian badan, iritasi: ini akan menimbulkan ruam dan ~ pd kulit; tempat suntikan yg berulang-ulang boleh menyebabkan ~; 3. mengalami keadaan rengsa: perbezaan ini kelihatan kecil, tetapi sebenarnya kulit bayi lebih mudah terjejas, mudah ~ dan terdedah kpd kerosakan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.réng.sa.an] | کريڠساءن

Definisi : keadaan atau rasa terganggu (tidak senang): Ubat itu dpt menghilangkan ~ pd mata. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kerengsaan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SODA BIKARBONAT

Soda bikarbonat (NaHCO3), juga dikenali

sebagai serbuk penaik atau natrium bikarbonat

ialah pengalkali perut dan melegakan kerengsaan

kulit. Soda bikarbonat adalah sumber karbon

dioksida dalam serbuk penaik dan sesetengah

pemadam api.

Lihat juga Serbuk penaik.

UMUM 
KLORIN

Klorin ialah gas beracun, berwarna hijau

– kekuningan dengan bau yang kuat dan tidak

menyenangkan. Klorin menyebabkan kerengsaan

kepada hidung, kerongkong dan paru-paru.

Namun demikian, apabila digabungkan dengan

logam natrium, klorin menjadi natrium klorida,

atau garam biasa.

UMUM 
TALASEMIA

Talasemia ialah penyakit darah secara keturunan

yang menyebabkan anemia. Penyakit ini terjadi

terutamanya pada kanak-kanak yang keturunannya

berasal dari kawasan Mediterranean. Talasemia

juga terjadi pada orang Amerika kulit hitam dan

sesetengah orang Asia dan Timur Tengah.

Tubuh kanak-kanak yang menghidap talasemia

tidak dapat menghasilkan hemoglobin yang

mencukupi, iaitu pigmen yang memberikan warna

merah pada sel darah. Hemoglobin juga membawa

oksigen ke tisu tubuh. Kekurangan hemoglobin

menyebabkan organ mangsa kekurangan oksigen

yang diperlukan. Gejala talasemia wujud semasa

kelahiran atau muncul kira-kira enam bulan

kemudian. Gejala ini termasuk kulit pucat, keletihan,

kerengsaan, selera terjejas, dan pertumbuhan

terencat. Kanak-kanak yang terlibat mempunyai

jantung, hati dan limpa yang membesar. Penyakit ini

juga mencacatkan dan melemahkan tulang tertentu,

khususnya tulang di bahagian muka.

UMUM 

Kembali ke atas