Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.réng.sa.an] | کريڠساءن

Definisi : 1. rasa lemah badan (tidak bertenaga), kelesuan; 2. keadaan atau rasa gatal-gatal, pedih, merah, panas dsb pd sesuatu bahagian badan, iritasi: ini akan menimbulkan ruam dan ~ pd kulit; tempat suntikan yg berulang-ulang boleh menyebabkan ~; 3. mengalami keadaan rengsa: perbezaan ini kelihatan kecil, tetapi sebenarnya kulit bayi lebih mudah terjejas, mudah ~ dan terdedah kpd kerosakan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.réng.sa.an] | کريڠساءن

Definisi : keadaan atau rasa terganggu (tidak senang): Ubat itu dpt menghilangkan ~ pd mata. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kerengsaan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
benzine poisoningkeracunan benzinaKimiaForensikKeracunan akibat pendedahan kepada benzina, iaitu hidrokarbon petroleum. Tanda utama keracunan ialah kerengsaan pulmonari dan penekanan sistem saraf pusat. Keracunan akut akibat penyedutan atau pengingesan menyebabkan loya dan muntah, batuk, kerengsaan pulmonari yang berubah menjadi edema pulmonari, kahak berdarah, dan pneumonia bronkus dengan demam dan batuk. Pengingesan dalam jumlah yang lebih besar, iaitu melebihi I cm3/kg menimbulkan gejala penekanan sistem saraf pusat dan kerengsaan, termasuklah keadaan lemah, pening, pernafasan perlahan dan singkat, tidak sedar, konvulsi dan koma. Keracunan kronik akibat penyedutan menyebabkan pening, keadaan lemah, hilang berat badan, anemia, kerisauan, gementar, sakit dalam anggota, rasa kebas pada bahagian hujung anggota, dan parestesia. Penemuan makmal menunjukkan pengiraan sel darah merah kurang, sumsum tulang mungkin menunjukkan hipoplasia, dan air kencing mungkin mengandungi protein dan sel darah merah. Penemuan patologi dalam keracunan akut termasuk edema pulmonari, pneumonia bronkus, dan kerengsaan gastrousus. Perubahan degeneratif dalam hati dan buah pinggang dan hipoplasia sumsum tulang terjadi selepas penyedutan lama pada kepekatan yang tinggi.
acetaldehyde poisoningkeracunan asetaldehidKimiaForensikKeracunan akibat pendedahan kepada asetaldehid (formula kimia, C2H4O) pada dos yang tinggi. Had pendedahan individu terhadap bahan ini ialah 100 ppm. Tanda utama keracunan ialah kerengsaan dan koma. Dalam keracunan akut, pendedahan kepada wap menyebabkan kerengsaan teruk membran mukus, kemerahan pada kulit, batuk, edema pulmonari dan narkosis. Pengingesan menyebabkan loya dan muntah, cirit-birit, narkosis dan kegagalan pernafasan. Dalam keracunan kronik, pendedahan berulang kepada wap menyebabkan dermatitis dan konjunktivitis. Penemuan patologi dalam kes kematian ialah kerengsaan pulmonari dan edema.
irritationkerengsaanGerontologiTiadaTindak balas beberapa tisu terhadap rangsangan luar.
irritabilitykerengsaanBiologiFisiologiKeupayaan untuk bergerak balas dengan cara yang tertentu terhadap perubahan persekitaran.
irritabilityketeriritasian/kerengsaanPerhutananTiadaTiada
irritabilityketeriritasian/kerengsaanPerubatanTiadaKeupayaan asas semua organisma untuk menerima dan bergerak balas terhadap rangsangan luar melalui aktiviti kompleks.
irritabilityketeriritasian/kerengsaanPertanianTiadaTiada
cysterethismsisteretismePerubatanTiadaKerengsaan pundi.
ammonia gaseous poisoningkeracunan gas ammoniaKimiaForensikKeracunan akibat pendedahan kepada gas ammonia (formula kimia, NH3), iaitu gas toksik dan perengsa yang digunakan sebagai baja dan dalam sintesis organik. Had toleransi ialah 25 ppm dalam udara. Penyedutan wasap yang pekat mungkin membawa maut. Gas ini merosakkan sel secara langsung dan menyebabkan kerengsaan yang sakit kepada semua membran mukus. Tanda utama keracunan akut ialah kerengsaan teruk. Pengingesan ammonia menyebabkan sakit teruk dalam mulut, dada, dan abdomen, berserta batuk, muntah, dan pengsan. Tebukan gastrik atau esofagus mungkin berlaku kemudian, dengan sakit abdomen, demam, dan kejang abdomen yang bertambah teruk. Kerengsaan paru-paru dan edema plilmonari mungkin terjadi dengan segera atau selepas 12 - 24 jam. Penyedutan wasap ammonia (1000 ppm) menyebabkan kerengsaan mata dan bahagian atas saluran pernafasan, dengan batuk, muntah, konjunktiva menjadi merah dan pedih, dan kemerahan membran mukus bibir, mulut, hidung, dan farinks. Pada kepekatan yang lebih tinggi ammonia menyebabkan bengkak pada bibir dan konjunktiva, buta sementara, keresahan, sesak dada, kahak berbuih yang menandakan edema pulmonari, sianosis, dan nadi cepat tetapi lemah. Penyentuhan kulit pada tempoh melebihi beberapa minit menyebabkan pedih yang teruk dan kerosakan korosif. Penyentuhan mata menyebabkan sakit segera yang teruk, diikuti edema konjuktiva dan kelegapan kornea. Pembentukan katarak dan atrofi retina dan iris mungkin terjadi kemudian. Penemuan patologi akibat penyedutan ialah edema pulmonary, kerengsaan pulmonary, dan pneumonia. Penemuan patologi akibat pengingesan adalah sama dengan kesan alkali, tetapi lazimnya kurang teruk.
lithonephritislitonefritisPerubatanTiadaKeradangan pada ginjal disebabkan kerengsaan batu karang.
1234567

Kembali ke atas