Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata keretapi


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah ejaan yang betul bagi 'kereta api'? 'Kereta api' atau 'keretapi'. Kebanyakan nama stesen kereta api di Malaysia menggunakan nama seperti Stesen Keretapi Gemas, Stesen Keretapi Pasir Mas, dan sebagainya. Setahu saya ejaan 'keretapi' adalah ejaan lama.kereta api- dieja terpisah.

Tetapi apabila sudah didaftarkan sebelum penyelarasan sistem ejaan baharu, 

Tetapi jika nama khas, apatah lagi nama yang digazetkan, walaupun ejaannya tidak mengikut Sistem Ejaan Rumi, hendaklah ditulis mengikut ejaannya yang telah digazetkan. Contohnya: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, Keretapi Tanah Melayu (KTM), Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS). Percanggahan ejaan berlaku disebabkan oleh faktor sejarah bahasa. Sistem Ejaan Rumi Baharu Bahasa Malaysia dirasmikan penggunaannya pada 16 Ogos 1972. Kemudian, pada tahun 1975, DBP menerbitkan buku Pedoman Umum Ejaan Bahasa Malaysia (1975) dan buku Daftar Ejaan Rumi Bahasa Malaysia (1981). Nama Keretapi Tanah Melayu (sejak 1948) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (sejak Feb 1972) wujud sebelum 16 Ogos 1972, oleh itu tidak terikat dengan Sistem Ejaan Rumi Baharu BM. Nama-nama yang wujud terkemudian tetapi mengekalkan ejaan Bandaraya, misalnya Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, Majlis Bandaraya Shah Alam, Majlis Bandaraya Ipoh dll mungkin bertujuan untuk penyelarasan nama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Sama juga dengan situasi nama stesen kereta api di Malaysia.

Ejaan14.09.2012
Keretapi dieja secara rapat atau dieja secara jauh dan apakah sebabnyaJawapan yang betul ialah Kereta api. Perkataan tengah hari,  pasar raya,  kereta api, alat tulis merupakan kata majmuk, iaitu perkataan yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih dan bentuk yang terhasil membawa makna yang khusus. Kata majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 72.   Lain-lain16.11.2023
keretapi atau kereta apikereta apiEjaan12.05.2011
Mohon pertanyaan ayat yang mana lebih tepat untuk digunakan bagi papan tanda. Stesen keretapi atau stesyen keretapi. Mohon penjelasan pihak tuan.Frasa yang lebih tepat ialah Stesen Kereta Api. Untuk lebih jelas, mohon rujuk di sini http://prpm.dbp.gov.my/Ejaan03.10.2016
bagaimana perkataan ini dieja. perlu dieja dekat atau dijarakkan 1. sekaligus atau sekali gus 2. keretapi atau kereta api 3. penambahbaikan atau penambah baikan 4. lalu lintas atau lalulintas 5.kemas kini atau kemaskini 6.Projek Landasan Keretapi Berkembar atau dieja dengan huruf kecil 7. pempiawaian atau pemiawaian 8. Rangkaian Kereta api Ekspres atau dieja dengan huruf kecil rangkaian Kereta api ekspres 9. Sistem Transit Aliran Ringan dieja dengan huruf kecil sistem transit aliran ringan 10.adakah Projek Landasan Keretapi Berkembar sebagai nama khas 11.adakah Rangkaian Kereta api Ekspres (ERL) sebagai nama khas1. sekali gus. 2.kereta api. 3.penambahbaikan. 4. lalu lintas. 5. kemas kini. 6. Projek Kereta Api Berkembar. 7. pemiawaian. 8. Rangkaian Kereta APi Ekspres. 9. Sistem Transit Aliran Ringan. 10. Kata nama khas. 12. Kata nama khas.Tatabahasa20.05.2010
Kata majmuk kereta api atau keretapi?kereta apiEjaan07.02.2013
Salam... adakah teks ini betul...ini adalah pengumuman di stesen keretapi " Panggilan untuk atau kepada?? Penumpang tren no# bla3.... dipersilakan ke platform # gate # untuk perlepasan. Tren akan berlepas atau membuat perjalanan??? Pada jam bla3... Terima kasih atas bantuan.1. Panggilan kepada... 
2. Penumpang tren nombor....dipersilakan ke platform...pintu...untuk pelepasan.
3. Tren akan berlepas pada pukul...
Tatabahasa22.12.2015
ejaan yang betul bagi perkataan berikut jasa baik atau jasabaik keretapi atau kereta api walau bagaimana pun atau walau bagaimanapunEjaan yang betul bagi perkataan:
1. jasa baik
2. kereta api
3. walau bagaimanapun
Ejaan08.07.2014
Salam, Tuan, 1.Mana yang betul di kalangan atau dalam kalangan. 2. Kenapa kereta api bukan keretapi? 3. urus setia apabila menerima apitan keurusetiaan, kenapa tidak keurussetiaan.

1. Yang betul ialah dalam kalangan.

2. kereta api ialah kata nama majmuk yang ditulis sebagai dua perkataan.

3. Urus setia apabila menerima apitan ke-...-an menjadi keurussetiaan, bukan keurusetiaan.  

Tatabahasa29.07.2010
Assalamualaikum.saya seorang akan menduduki SPM tahun ini.bagaimana saya boleh tahu perkataan pada ejaan yang betul.contohnya:keretapi/kereta api,samada/sama adaSalam, ejaan yang betul ialah kereta api dan sama ada. Tuan/Puan boleh rujuk melalui  http://prpm.dbp.gov.my/Default.aspx (Pusat Rujukan Persuratan Melayu) untuk menyemak ejaan yang betul.Ejaan06.01.2015
123

Kembali ke atas