Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ring] | کريڠ

Definisi : 1. tidak berair atau sudah tidak berair lagi (bkn saluran air, parit, dll): saluran air yg membekalkan air ke sawah semuanya hampir ~ disebabkan kemarau panjang; 2. tidak basah (lagi) atau lembap (lagi): digosoknya dgn sehelai kain yg ~ hingga berkilat; sudah pun ~ kain yg dijemur itu; ikan ~ ikan yg telah dijemur hingga kering (setelah dibubuh garam dll); kuih ~ sj kuih yg dibuat drpd tepung pulut dan telur (digoreng dan disira dgn air gula); 3. tidak mendapat hujan yg agak mencukupi (bkn daerah, kawa­san, dsb), tidak turun hujan utk jangka waktu yg berpanjangan (bkn musim), kemarau: kawasan ~; musim ~; 4. sudah tidak datang haid lagi; 5. tidak berwang (lagi), habis (wang dll): saya tidak dapat meminjamkan wang kerana saya sendiri pun ~ sekarang ini; 6. habis, putus: sejarah tidak ~ dgn peristiwa; ~-~ air tidak kering sama sekali, lembap; ~ darah(nya) tersirap darahnya (sangat ter­kejut); ~ embun pagi hari kira-kira pukul 8 ­9 pagi; tak ~ gusi tak putus-putus ketawa atau mudah ketawa (kerana kelucuan dll); ~-kelontang (-kerontang, -kontang) kering sama sekali atau tidak berair sedikit pun (bkn tempayan, perigi, dll); ~ kersang kering tidak subur (bkn tanah); ~ ringkai kering sekali (bkn sesuatu yg dijemur); mengering menjadi kering; mengeringi membiarkan supaya menjadi kering (tidak berair), membiarkan kering; mengeringkan menjadikan kering, meng­usahakan (dgn menjemur dll) supaya kering: mereka menggali parit kerana hendak ~ tanah-tanah paya; ikan-ikan itu dikeringkan atau dibubuhi garam sebelum dibawa ke bandar; ~ darah menyirapkan darah (sangat memeranjatkan, mengejutkan); kekeringan 1. perihal (keadaan, sifat) kering; 2. sudah menjadi kering, tidak basah (berair) lagi: semua parit ~ dlm musim kemarau itu; tekak masing-masing ~ kerana kehausan; 3. tidak lagi di laut dll (bkn perahu), terletak di darat (bkn perahu); 4. kehabisan wang; pengeringan perihal (perbuatan dsb) menge­ringi atau mengeringkan: ~ tanah sawah; pengering alat utk mengeringkan (udara dll): ~ rambut alat utk mengeringkan rambut yg basah (selepas mandi dsb); balang ~ balang utk mengeringkan bahan kimia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ring] | کريڠ

Definisi : bunyi spt bunyi loceng basikal; berkering berbunyi spt bunyi loceng basikal. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ring] | کريڠ

Definisi : sj ikan laut, Centriscus scutatus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ring] | کريڠ

Definisi : 1 tidak berair: daun ~; Baju yg dijemur itu sudah ~. 2 tidak turun hujan; kemarau: musim ~. 3 ki habis wangnya; tidak berwang. mengering menjadi kering. mengeringkan menjemur (dsb) sesuatu supaya kering; menjadikan kering: Ikan yg tidak habis dijual dibubuhi garam dan dikeringkan. kekeringan 1 sifat atau keadaan kering. 2 (telah) menjadi kering: Tekak masing-masing ~. 3 ki kehabisan wang. pengeringan perihal (perbuatan dsb) mengering atau mengeringkan: Getah keping itu dijadikan beralur-alur atau berbunga utk mempercepat proses ~. pengering alat utk mengeringkan sesuatu: ~ rambut; balang ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kering (adjektif)
1. Bersinonim dengan kemarau: kontang, ringkai, timpas, usang, cerin, cering, kasang, kesang, dangkal, tohor, tidak berair, tidak turun hujan tidak basah, tidak lembap lagi,
Berantonim dengan basah

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan pokai, habis duit, tidak berwang lagi,

3. Dalam konteks durian
bersinonim dengan dengkel, tidak berisi,

Kata Terbitan : mengeringkan, kekeringan,

Puisi
 

Kucing kurus menggaru papan,
     Papan bernama papan jati;
Kurus kering bukan tak makan,
     Kurus kering memakan hati.


Lihat selanjutnya...(25)
Peribahasa

Kering tempayan,
     cebok pun jauhlah.

Bermaksud :

Setelah harta ibu bapanya habis, anak-anak pun menjauhkan diri.

 

Lihat selanjutnya...(40)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
dry-spunpintal kering, spin keringPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
dry-spunpintal kering, spin keringKesenianTiadaTiada
dry summer subtropical climateiklim hampir tropika musim panas keringGeografiTiadaIklim kering zon subtropika merupakan perantaraan di antara iklim tropika kering dan iklim sederhana kering.
dry matter intakepengambilan bahan keringVeterinarTiadaSejumlah bahan kering daripada sesuatu makanan yang dimakan oleh haiwan. Jumlah bahan kering yang dimakan berbeza mengikut jenis haiwan. Pengambilan bahan kering bagi lembu dianggarkan sebanyak 2.5% daripada berat badan manakala bagi kambing pula ialah sebanyak 3.5% daripada berat badan. Haiwan yang memakan konsentrat biasanya mendapat jumlah bahan kering yang lebih tinggi daripada ternakan yang memakan foraj.
dry adiabatic processproses adiabatik keringSainsHidrometeorologiProses tukaran suhu kering di dalam sistem udara kering. Kesemua rumusan proses ini berada dalam keadaan hanmpiran cukup bagi kebanyakan tujuan sekiranya udara itu lengas dan tidak tepu. Contohnya, penurunan udara, selalunya dianggap sebagai suatu proses adiabatik kering.
animal fodderfoder haiwanGeografiTiadaBahan makanan kering seperti rumput kering, jerami dsb.nya untuk binatang seperti lembu dan kuda.
mulchperapanBiologiEkologiLapisan kepingan kayu, daun kering, jerami padi, rumput kering, carikan plastik atau bahan-bahan lain, yang diletakkan di atas tanah di sekeliling tumbuhan untuk mengekalkan kelembapan dan memperkaya tanah.
relative growth index (RGI)kadar pertumbuhan relatifBotaniTiadaSalah satu komponen analisis pertumbuhan yang membandingkan biojisim kering tanaman dengan biojisim kering asal dalam satu tempoh. Lihat juga kadar pertumbuhan tanaman analisis pertumbuhan.
humid regionkawasan lembapGeografiTiadaKawasan - kawasan yang mengalami iklim jenis lembap sederhana tanpa musim kering, lembap sederhana dengan musim sejuk kering dan lembap sederhana musim panas kering.
dry adiabatic lapse ratekadar tukaran suhu adiabatik keringSainsHidrometeorologiKadar pengurangan suhu mengikut ketinggian sesuatu kompok udara kering yang terangkat secara adiabatik melalui atmosfera dalam keseimbangan hidrostatik. Kadar tukaran ini ialah dengan ialah pecutan graviti dan ialah haba spesifik udara kering pada tekanan malar; nilai ini bersamaan 9.767 oC per km atau lebih kurang 5.4 oF per ribu kaki.
12345678910...

Kembali ke atas