Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ris] | کريس

Definisi : sj senjata bermata dua yg tajam (bilahnya lurus dan berkelok-kelok): ~ Bugis, ~ Majapahit dll; ~ (anak) alang keris yg sederhana panjang bilahnya; ~ berapit keris yg pd sarungnya dibubuhi dawai mas atau perak; ~ berlok (berkeluk) keris yg berkeluk-keluk (tidak lurus) bilahnya; ~ cerita keris yg bilahnya berkeluk sembilan atau lebih; ~ harubi = ~ merubi = ~ bawang sebongkol sj keris yg berhulukan emas (khas utk raja-raja); ~ pandak (pendek) keris yg pendek bilahnya; ~ panjang keris yg panjang bilahnya; ~ parung sari = ~ sempana keris yg bilahnya berkeluk tujuh atau kurang; ~ pendua keris yg digunakan sbg keris cadangan (bukan keris utama); ~ penyalang keris yg digunakan utk menyalang (sbg menjalankan hukuman bunuh); ~ sepukal keris yg lurus bilahnya; ~ panjang berkeluk, ke mana dibawa ke mana elok prb orang yg boleh dipergunakan utk sebarang tujuan; ~ pedang (lembing) tiada tajam, lebih tajam mulut manusia prb kata-kata lebih tajam drpd senjata; ~ tersisip di dinding, pedang tajam dlm sarungnya prb perbuatan bodoh; berkeris 1. memakai (menggunakan) keris: maka Tun Bija Sura memakai cara Jawa, ~di belakang; 2. bertikam-tikaman dgn keris; berkeras tidak ~ prb bertindak keras tetapi tidak berupaya mempertahankan diri; mengeris menikam dgn keris. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ris] | کريس

Definisi : senjata tajam bermata dua dan bilahnya ada yg lurus dan ada yg berkeluk-keluk: ~ Majapahit. berkeris bertikam-tikaman dgn menggunakan keris; memakai keris; memiliki keris. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata keris

Puisi
 

Keris kecil menikam ular,
     Keris besar menikam singa;
Dari kecil tak hendak belajar,
     Sudah besar tertanya-tanya.


Lihat selanjutnya...(23)
Peribahasa

Keris pedang (= lembing) tiada tajam,
     lebih tajam mulut manusia.

Bermaksud :

Kata-kata lebih tajam daripada senjata.

 

Lihat selanjutnya...(16)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Keris PekakaKeris PekakaKerisTiadaKeris yang mempunyai hulu berbentuk seperti kepala burung pekaka. Keris ini berasal dari Patani, Thailand. Sin. Keris Pekakak, Keris Tajun, Keris Terajang, Keris Vlu Pekakak.
Keris SundangKeris SundangKerisTiadaKeris yang berasal dari daerah Sulu, Filipina Selatan dan mempunyai mata yang panjang, lurus atau berkeluk, tebal atau lebar. Keris ini mempunyai hulu, mata, dan sarung yang berukuran lebih besar berbanding dengan keris-keris lain. Keris ini juga digunakan untuk tujuan menetak dan mengibas dan bukan digunakan untuk menikam. Sin: Keris Suluk.
Keris UIu KencanaKeris UIu KencanaKerisTiadaKeris yang mempunyai hulu yang dibuat daripada emas. Sin: Keris Berulukan Emas, Keris Harubi, Keris Merubi.
Keris PenduaKeris PenduaKerisTiadaKeris yang digunakan sebagai keris yang kedua, Sin: Keris Pendus,
Keris BerkalukKeris BerkalukKerisTiadaKeris yang mempunyai keluk dengan bilangan angka ganjil seperti lima, tujuh, sembilan, dan sebagainya. Sin. Keris Berlok, Keris Lok.
Keris LombokKeris LombokKerisTiadaKeris yang berasal dari Lombok dan menyerupai Keris Bali atau Keris Madura.
Keris TetarapanKeris TetarapanKerisTiadaKeris yang mempunyai lekuk di sepanjang bahagian matanya. Keris ini akan memberi kesan luka yang lebih parah daripada keris jenis biasa.
Keris Jenis SemenanjungKeris Jenis SemenanjungKerisTiadaKeris yang berasal dari Semenanjung Tanah Melayu. Keris ini mempunyai hulu yang berbentuk jawa demam. Sin: Keris Jenis Utara.
Keris SepukalKeris SepukalKerisTiadaKeris yang mempunyai mata yang lurus. Sin: Keris Sempana Bisu.
Keris PicitKeris PicitKerisTiadaKeris yang mempunyai mata yang nipis serta lebar. Keris ini ditempa dengan cara memicit dengan menggunakan ibu jari dan biasanya dilakukan oleh orang pertapaan.
12345678910...

Kembali ke atas