Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kertas (bercorak atau bergambar) yg dilekatkan pd dinding (utk menghiasi bilik dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kertas dinding


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
wall paperkertas dindingTatabahasa26.02.2009
SILA PERIKSA BANNER INI, UNTUK MEMOHOM LESENSila buat pembetulan perkataan HP kepada TB, simbol & perlu dieja penuh menjadi dan, Pelekat Dinding kepada Kertas Hias Dinding.

Sila ke ruangan Khidmat Pengesahan Bahasa untuk kelulusan setelah membuat pembetulan.
Tatabahasa12.06.2013
Salam sejahtera. "Gunakan gam untuk lekatkan/melekatkan kertas ini pada dinding." Dalam ayat ini, perkataan "letatkan" atau "melekatkan" lebih sesuai dari segi tatabahasa. Sila berikan tunjuk ajar dalam konteks ini. Sekian, terima kasih.Salam sejahtera. Jawapan yang sesuai ialah "melekatkan"Tatabahasa20.10.2014
Tuan, Salam sejahtera. 1. "Gunakan gam untuk melekatkan kertas ini pada dinding." Dalam ayat ini, mengapakah imbuhan "me" digunakan dalam perkataan "melekatkan" tetapi perkataan "gunakan" tidak memerlukan imbuhan "meng"? Apakah perbezaannya? Terima kasih. 2. Apakah maksud yang didukung oleh perkataan "terguris'? Adakah perkataan ini wujud dalam bahasa Malaysia kerana sering kali rangkai kata "hati terguris" digunakan dalam penulisan sedangkan perkataan tersebut tidak tercari maknanya dalam kamus? Sila berikan tunjuk ajar. Terima kasih.1. Biasanya kata kerja yang menerima akhiran -kan (seperti gunakan dalam ayat contoh yang diberi) menerima juga awalan meN- atau di- dan hadir dalam ayat aktif transitif atau pasif. Untuk maklumat, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 185.
2. Ejaan yang betul bagi perkataan terguris ialah "ergores". Oleh itu ungkapan yang betul ialah tergores hati.
Tatabahasa21.10.2014
Yang manakah betul? Abu melukis mural yang cantik (di, pada) dinding bangunan sekolah.Jawapan yang tepat ialah "Abu melukis mural yang cantik pada dinding bangunan sekolah. 
Menurut buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 275, kata sendi nama "pada" digunakan sebagai perkataan yang terletak di hadapan kata nama yang menunjukkan tempat bagi perbuatan sesuatu kata kerja, Contohnya:
1. Kaki lembu itu digantung pada cangkuk besi
2. Tulis nama pada kertas itu.
3. Pemberitahuan itu ditampal pada papan kenyataan.
Tatabahasa07.09.2016
Apakah kesalahan yang terdapat dalam ayat berikut, tolong jelaskan mengapa: 1. Para penduduk Taman Harmoni sangat berpuas hati dengan program Hari Keluarga yang diadakan itu. 2. Ibu saya berpuas hati dengan baju yang dijahit oleh pekerja di Raihan Butik. 3. Usah conteng dinding. 4. Cikgu Raihan perhatikan murid-murid bersenam di padang. 5. Murid-murid dikehendaki supaya menghantar kertas soalan. Terima kasih.Ayat yang betul ialah:
1. Penduduk Taman Harmoni sangat berpuas hati dengan program Hari Keluarga yang diadakan itu.
2. Ibu saya berpuas hati dengan baju yang dijahit oleh pekerja di Butik Raihan.
3. Jangan conteng dinding.   
4. Cikgu Raihan memerhatikan murid-murid bersenam di padang.
5. Murid-murid dikehendaki menghantar kertas soalan.
Sila bandingkan ayat asal dan ayat baharu dan tuan akan dapat mengesan kesalahan dalam ayat tersebut.
Tatabahasa09.09.2015
Bagaimanakah hendak membezakan penjuru dan tepi?Untuk membezakan kata penjuru dan kata tepi, anda perlu tahu makna yang terkandung dalam kata tersebut. Sila fahami takrif kedua-dua kata ini seperti yang terakam dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) di bawah:

penjuru 1 kata nama
1 tempat bertemunya dua garisan, sisi atau permukaan; sudut.
Contoh penggunaan:
Dia mengambil talam yang terletak di penjuru meja.
Kertas itu dicampakkannya ke dalam bakul sampah yang terletak di penjuru bilik.

2
tempat yang paling hujung dan terpencil di sesebuah kampung, negeri dan sebagainya; ceruk.
Contoh penggunaan:
Bangunan pencakar langit dan hutan batu memenuhi setiap penjuru bandar raya.

3
bahasa kiasan
ruang dalam fikiran, hati dan sebagainya:
Contoh penggunaan:
Kemelut yang berlegar-legar di penjuru fikirannya membuatkan dia gelisah.
Kata-kata itu tertancap terus ke penjuru hatinya.

tepi kata nama
1 bahagian bidang, permukaan dan sebagainya yang di luar sekali.
Contoh penggunaan:
Bahagian tepi kain dikemas dan dikelepet bertindih.
Salutkan permukaan dan tepi kek dengan krim mentega.

2
bahagian yang terletak di kiri atau di kanan seseorang atau sesuatu:
Contoh penggunaan:
Hanya bunyi kiut gerakan dayung dan tamparan ombak memukul tepi perahu.

3 tempat atau kawasan berhampiran dengan dinding, sawah, air laut dan lain-lain.
Contoh penggunaan:
Ramai juga yang membuat khemah dan unggun api di tepi pantai.
Mereka berehat melepaskan lelah di tepi sawah.

4 sempadan di antara satu dengan yang lain:
Contoh penggunaan:
tepi hutan; tepi kota; tepi langit;

5 sesuatu yang dipasang pada pinggir baju, kain dan lain-lain supaya tidak retas:
Contoh penggunaan:
Tiba-­tiba kakinya tersadung tepi permaidani.
tepi langsir;

6 Matematik garisan yang menyambungkan satu poligon atau yang menemukan dua muka dalam pepejal tiga dimensi, misalnya kuboid mempunyai 12 tepi dan piramid bertapak sisi empat mempunyai 8 tepi.

Setiap kata mempunyai makna yang tertentu mengikut konteks dan penggunaannya.

Untuk carian pantas berkaitan kata dalam bahasa Melayu, sila layari prpm.dbp.gov.my.

Makna19.09.2023

Kembali ke atas