Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kertas yg digunakan utk menguji asid atau alkali; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : kertas turas yg berisi tepu dgn litmus dan digunakan sbg penunjuk asid-alkali dlm kimia analisis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : kertas yg pdnya terdapat litmus dan digunakan utk menentukan sama ada sesuatu bahan itu asid atau bes. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kertas litmus


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
kertas litmuslitmus paperKertas untuk menguji sesuatu larutan sama ada asid atau alkali. Kertas litmus biru digunakan sebagai penunjuk kimia kehadiran asid dalam sesuatu bahan. Kertas litmus merah digunakan sebagai penunjuk kimia kehadiran alkali dalam sesuatu bahan. Lihat RajahSekolah Rendah
kertas litmuslitmus paperKertas yang digunakan untuk menguji sama ada sesuatu larutan itu berasid atau beralkali. Kertas litmus akan bertukar daripada warna biru kepada merah jika larutan itu berasid. Kertas litmus merah akan bertukar kepada biru jika larutan itu beralkali.Menengah Rendah
asidacidBahan yang menukarkan warna kertas litmus biru menjadi merah dan biasanya berasa masam. Contohnya, buah tomato. Lihat RajahSekolah Rendah
alkalialkaliBahan yang menukarkan warna kertas litmus merah menjadi biru, dan biasanya berasa pahit dan licin.Sekolah Rendah
alkalialkaliBahan yang larut dalam air, menukarkan kertas litmus merah menjadi biru, berasa pahit dan mempunyai nilai pH antara 8 - 14. Alkali akan membentuk garam dan air apabila bertindak balas dengan asid.Menengah Rendah
besbaseSebatian yang berasa pahit yang menukarkan kertas litmus merah lembap kepada biru. Ia bertindak balas dengan asid untuk membentuk garam dan air.Menengah Atas
neutralneutralSifat bahan yang bukan asid dan bukan alkali dan tidak menukarkan warna kertas litmus merah dan biru. Contohnya, air, larutan gula dan minyak. Lihat RajahSekolah Rendah
alkalialkalineBahan yang larut dalam air dan menghasilkan ion hidroksida (OH–). Ia menukarkan kertas litmus merah menjadi biru, berasa pahit, dan mempunyai nilai pH yang lebih daripada 7. Alkali bertindak balas dengan asid membentuk garam dan air.Menengah Atas
asidacidBahan yang bersifat mengakis, mempunyai nilai pH yang kurang daripada 7 dan menukarkan warna kertas litmus biru kepada merah. Asid membentuk garam dan air apabila bertindak balas dengan alkali.Menengah Rendah
asidacidBahan yang larut dalam air dan menghasilkan ion hidrogen (H+). Ia bersifat mengkakis, mempunyai nilai pH kurang daripada 7 dan menukarkan kertas litmus lembap biru kepada merah.Menengah Atas

Kembali ke atas