Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kertas yg digunakan utk menguji asid atau alkali; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : kertas turas yg berisi tepu dgn litmus dan digunakan sbg penunjuk asid-alkali dlm kimia analisis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : kertas yg pdnya terdapat litmus dan digunakan utk menentukan sama ada sesuatu bahan itu asid atau bes. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kertas litmus


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
litmus paperkertas litmusKimiaTiadaKertas yang ditepukan dengan larutan litmus, iaitu larutan yang sebatian terlarutnya diperoleh daripada liken, dan kemudiannya dikeringkan. Kertas inidigunakan sebagai penunjuk pH. Kertas litmus berwarna merah di dalam larutan berasid tetapi berwarna biru di dalam larutan beralkali. Lihat juga litmus.
litmus paperkertas litmusKomunikasi MassaTiadaTiada
litmus paperkertas litmusKimiaTiadaTiada
litmus paperkertas litmusKimiaKimia AnalisisKertas penunjuk yang mengalami perubahan warna daripada biru ke merah apabila dikenakan asid, dan akan bertukar kembali menjadi biru jika dikenakan bes.
acid solutionlarutan asidKimiaTiadaLarutan akueus yang mengandungi lebih ion hidroksonium daripada ion hidroksil dan menukarkan kertas litmus biru kepada merah.
acidasidKimiaTiadaSebatian kimia yang larut dalam air untuk menghasilkan larutan bernilai pH kurang daripada 7, dan mengubah warna kertas litmus menjadi merah.
acidasidKimiaBiokimiaSebatian kimia yang larut dalam air untuk menghasilkan larutan bernilai pH kurang daripada 7, dan mengubah warna kertas litmus menjadi merah. Sebatian ini mengandungi atom hidrogen yang dapat digantikan dengan unsur-unsur positif, juga dapat bertindak sebagai penderma proton (asid Bronsted) atau penerima pasangan elektron (asid Lewis).
litmus paperkertas litmusKimiaBiokimiaKertas turas yang diisi tepu dengan larutau litmus, berwarna ungu pada keadaan neutral (pH 7.0), berwarna biru pada keadaan alkali (pH 8.0) dan berwarna merah pada keadaan asid (pH 6.0). Kertas ini digunakan sebagai penunjuk dalam kimia analisis. lih. litmus.
alkaline solutionlarutan beralkaliKimiaTiadaLarutan yang mengandungi lebih ion hidroksil, OH-, daripada ion hidroksonium, H3O+, yang diperoleh dengan melarutkan ini mempunyai pH lebih daripada 7, dan dengan itu menukarkan kertas litmus merah kepada warna biru. Larutan ini pahit rasanya, dan dapat mengakis kulit. Misalnya, larutan kalsium hidroksida, Ca(OH)2.
litmuslitmusKimiaBiokimiaSerbuk amorfus berwarna biru yang larut di dalam air dan berubah warna kepada merah pada nilai pH 4.5, atau berubah warna kepada biru pada nilai pH 8.3. Serbuk ini diperoleh daripada liken, terutama daripada spesies Variolaria lecanora dan Variolaria rocella, dan digunakan sebagai penunjuk dalam kimia analisis, lih.kertas litmus.
12

Kembali ke atas