Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kerusi ayun (kerusi yg boleh digerakkan berbuai-buai); (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : kerusi yg boleh bergoyang-goyang apabila diduduki orang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
kerusi (kata nama)
1. Bersinonim dengan jawatan: kedudukan

2. Bersinonim dengan seliri: bangku, sofa, amben, balai,

3. Bersinonim dengan takhta: singgahsana

Kata Terbitan : mempengerusikan, pengerusi,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
kerusi goyangkerusi ayun (kerusi yg boleh digerakkan berbuai-buai);Kamus Dewan Edisi Keempat
kerusi goyangkerusi yg boleh bergoyang-goyang apabila diduduki orang;Kamus Dewan Edisi Keempat
goyangI 1. bergerak, berayun-ayun: pohon kelapa itu ~ kerana ditiup angin kencang; kerusi ~ kerusi ayun (kerusi yg boleh digerakkan berbuai-buai); 2. ki tidak tetap (pendirian, keyakinan, dll), selalu berubah-ubah, goncang (keadaan politik dll): kedudukannya sbg menteri ~ kerana tidak ada kepercayaan drpd rakyat; keyakinan yg tidak ~ terhadap peperangan yg ditempuhi; bergoyang 1. berayun-ayun, bergerak-gerak: daun yg ~ spt melambai-lambai aku memberi selamat bahagia; 2. sedang membuai-buaikan (mengayun-ayunkan); ~ kaki a) berayun kaki; b) ki bersenang-senang (hidup dgn tidak bekerja); ~ kepala bergeleng kepala (sebab sangat hairan dll); ~ lutut duduk dgn menggerak-gerakkan lutut; menggoyang = menggoyangkan; menggoyangkan 1. menggoncangkan, mengayunkan: ia ~ buaian itu utk anaknya; 2. menyebabkan selalu berubah-ubah (keyakinan, pendirian, dsb), menggoncangkan (kedudukan dsb); tergoyang terayun, tergoncang; goyangan goncangan, ayunan; kegoyangan perihal goyang, kegoncangan.Kamus Dewan Edisi Keempat
kerusi1. sj tempat duduk yg ada kaki dan tempat bersandar (dan biasanya juga tempat meletakkan tangan); 2. ki kedudukan (dlm persidangan, Parlimen, dll), jawatan: parti pembangkang mendapat beberapa buah ~ dlm Majlis-Majlis Undangan Negeri; Malaysia telah melantik wakilnya utk menduduki ~ dlm Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu; berebut ~ berebut (menerusi pilihan raya dll) utk mendapat kedudukan dlm Parlimen (majlis undangan, persidangan, dll); 3. (Eko) keahlian seseorang atau organisasi dlm sesuatu bursa saham; ~ anjal sj kerusi yg dapat melentingkan juruterbang keluar dr pesawat ketika kecemas­an; ~ elektrik kerusi bercas elektrik tempat penjenayah menjalani hukuman mati; ~ goyang kerusi yg boleh bergoyang-goyang apabila diduduki orang; ~ lenting kerusi anjal; ~ malas kerusi yg menganjur panjang (utk berbaring); ~ panas ki a) kedudukan seseorang dlm sesuatu jawatan tertinggi yg me­merlukan seseorang itu memikul tanggung­jawab yg berat, berisiko tinggi serta perlu membuat keputusan dan tindakan dgn segera; b) jawatan atau kedudukan tertinggi dlm sesuatu persatuan, pertubuhan, pertandingan dll yg menjadi rebutan atau selalu bertukar ganti penjawatnya: ~ panas pengurus skuad badminton negara; ~ panjang kerusi yg panjang (digunakan sbg pembaringan atau tempat duduk bagi dua atau tiga orang); ~ rehat = ~ seti kerusi atau tempat duduk panjang (utk dua atau tiga orang); ~ roda sj kerusi beroda utk kegunaan orang cacat anggota atau orang sakit; ~ serang (Marin) sj kerusi kayu yg digunakan utk menurunkan atau menaikkan pekerja ketika menyenggara atau mengecat kapal; ~ tangan kerusi yg mempunyai pemegang di sisinya (utk meletakkan tangan); ~ urut kerusi yg direka bentuk khas utk mengurut bahagian tertentu badan secara getaran; mempengerusikan 1. menjadi atau berlaku sbg ketua persidangan (perhimpunan, me­syuarat, dsb), memimpin, atau mengendalikan mesyuarat dsb (supaya segala perbincangan dan urusan berjalan dgn licin dan teratur): Perdana Menteri membuat pengumuman demikian sejurus setelah ~ sidang mingguan kabinet; 2. mengetuai dan memimpin (per­tubuhan, suruhanjaya, jawatankuasa, dll): Suruhanjaya ini di pengerusikan oleh Hakim Besar; pengerusi 1. ketua atau pengendali persidangan (mesyuarat dsb): Perdana Menteri menjadi ~ mesyuarat Jemaah Menteri; 2. pemimpin atau ketua jawatankuasa (pertu­buhan dll): ~ Lembaga Pengarah.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas