Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.sa.ki.tan] | کساکيتن

Definisi : 1. perihal sakit, menderita sakit (susah dll): raja itu pun terlentang selaku orang ~ sangat; 2. sengsara, kesusahan hidup; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.sa.ki.tan] | کساکيتن

Definisi : 1 menderita sakit: Anak itu menjerit-jerit ~ kerana dipukuli ayahnya. 2 keadaan atau hal sakit; kesukaran hidup; kesengsara­an. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sakit (adjektif)
1. Bersinonim dengan uzur: gering, lesu, lemah,
Berantonim dengan sihat

2. Bersinonim dengan pedih: sengal, ngilu, sebal, sebak, bengkak, kebas, nyeri, remai, bisa,
Berantonim dengan selesa

3. Bersinonim dengan seksa: sengsara, azab, derita, merana, kecewa duka, lara, susah, payah, sukar, sulit,
Berantonim dengan bahagia

Kata Terbitan : bersakit, bersakit-sakit, menyakiti, menyakitkan, kesakitan, penyakit, berpenyakit, pesakit,

Peribahasa

Bagai beruk kena ipuh.

Bermaksud :

Menggeliang-geliut (kerana kesakitan dan sebagainya). ipuh = racun.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SINDROM KESAKITAN RESPIRASI

Sindrom kesakitan respirasi ialah suatu

penyakit paru-paru yang menyerang bayi pramasa.

Bayi seperti ini dilahirkan sebelum akhir tempoh

kehamilan sembilan bulan yang normal. Penyakit ini

mempunyai hubung kait dengan paru-paru bayi

yang belum cukup matang ini. Kerosakan pundi

udara di dalam paru-paru, menyebabkan kesesakan

atau kesukaran bernafas, dan dalam beberapa kes,

akan mati lemas. Sindrom kesakitan respirasi antara

penyebab utama kematian di kalangan bayi

pramasa. Walau bagaimanapun, penyakit ini

menyerang hanya sebilangan kecil sahaja bayi yang

dilahirkan selepas sembilan bulan kehamilan.

UMUM 
NEURALGIA

Neuralgia ialah rasa sakit teruk yang berlaku di

bahagian saraf. Punca kesakitan ini tidak diketahui.

Kesakitan mungkin terhad pada satu bahagian

saraf sahaja, atau boleh merebak ke cabang saraf

yang lain. Ia boleh berlaku dengan rasa sakit

seperti dicucuk berulang kali di gigi, sinus, mata,

muka, lidah, atau kerongkong.

UMUM 
AKUPUNKTUR

Akupunktur ialah kaedah rawatan tradisional

Cina purba untuk melegakan kesakitan dan

mengubati beberapa jenis penyakit dengan cara

mencucuk jarum ke beberapa bahagian badan.

Mengikut falsafah Cina, penyakit dan kesakitan

terjadi akibat ketidakimbangan antara dua kuasa

semula jadi utama yang dikenali yin dan yang .

Orang Cina percaya akupunktur mengembalikan

imbangan ini.

UMUM 
SIATIKA

Siatika ialah rasa kesakitan di sepanjang saraf

siatik. Saraf siatik ialah saraf yang memanjang ke

bawah dari pelvis hingga ke belakang kaki. Saraf

yang besar ini mengawal deria rasa dan pergerakan

pada kaki.

UMUM 
SAKIT BELAKANG

Sakit belakang ialah kesakitan yang berlaku

di bahagian tulang belakang. Ia merupakan

gangguan biasa yang paling kerap menjejaskan

bahagian belakang sebelah bawah tetapi boleh

melibatkan mana-mana terus tulang belakang.

UMUM 
DIATERMI

Diatermi ialah satu kaedah rawatan untuk

kerosakan otot dan sendi dan juga penyakit lain

dengan menghasilkan tenaga haba dalam tisu di

bawah kulit. Diatermi khususnya digunakan untuk

menghilangkan kesakitan pada otot, ketegangan

otot dan kesakitan, serta radang sendi.

UMUM 
MORFIN

Morfin ialah sejenis dadah yang digunakan

untuk melegakan kesakitan yang amat sangat dan

untuk mengubati beberapa masalah perubatan

yang lain. Sesetengah orang menggunakan morfin

kerana ia membuatkan mereka merasa lebih

bahagia.

UMUM 
RACUN

Racun ialah sebarang bahan yang boleh

membunuh atau menyebabkan kesakitan kepada

benda hidup. Ia memasuki badan dengan cara

menelan, menyedut baunya, suntikan dan diserap

oleh membran kulit. Kajian tentang racun dikenali

sebagai toksikologi, dan banyaknya racun disebut

toksin.

UMUM 
REUMATISME

Reumatisme ialah istilah umum bagi gangguan

yang melibatkan kekakuan atau kesakitan pada otot

dan sendi.

UMUM 
SINDROM SALURAN KARPAL

Sindrom saluran karpal ialah gangguan biasa

yang menyebabkan kesakitan, dan mengganggu

penggunaan tangan. Ia disebabkan oleh tekanan

pada saraf median apabila saraf ini melalui saluran

yang dibentuk oleh tulang dan ligamen pada

pergelangan tangan. Saluran ini dikenali sebagai

saluran karpal. Pelbagai keadaan boleh

menyebabkan saluran karpal menjadi sempit dan

memberi tekanan pada saraf median. Ini termasuk

kecederaan, seperti fraktur pergelangan tangan;

artritis yang menjadi teruk kerana bengkak tendon

dalam saluran karpal; kehamilan, yang boleh

menyebabkan sinovium (membran) di sekeliling

tendon menjadi tebal; dan ketaknormalan kelenjar,

seperti diabetes dan gangguan tiroid. Kerja yang

melibatkan pergerakan pergelangan tangan yang

berulang-ulang juga boleh menyebabkan sindrom

saluran karpal.

UMUM 
123

Kembali ke atas