Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.sa.ki.tan] | کساکيتن

Definisi : 1. perihal sakit, menderita sakit (susah dll): raja itu pun terlentang selaku orang ~ sangat; 2. sengsara, kesusahan hidup; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.sa.ki.tan] | کساکيتن

Definisi : 1 menderita sakit: Anak itu menjerit-jerit ~ kerana dipukuli ayahnya. 2 keadaan atau hal sakit; kesukaran hidup; kesengsara­an. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sakit (adjektif)
1. Bersinonim dengan uzur: gering, lesu, lemah,
Berantonim dengan sihat

2. Bersinonim dengan pedih: sengal, ngilu, sebal, sebak, bengkak, kebas, nyeri, remai, bisa,
Berantonim dengan selesa

3. Bersinonim dengan seksa: sengsara, azab, derita, merana, kecewa duka, lara, susah, payah, sukar, sulit,
Berantonim dengan bahagia

Kata Terbitan : bersakit, bersakit-sakit, menyakiti, menyakitkan, kesakitan, penyakit, berpenyakit, pesakit,

Peribahasa

Bagai beruk kena ipuh.

Bermaksud :

Menggeliang-geliut (kerana kesakitan dan sebagainya). ipuh = racun.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Glosari Dialek Negeri Sembilan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
monggoliten[mN.g.li.ten]kata adjektifkesakitan yang ditunjukkan secara tiba-tiba.Bilo topogang cerek paneh yo, tangane monggoliten.[bi.l t.p.gAN tSE.ÄE/ pA.nEh j tA.NAn.E mN.gi.li.ten]Bila terpegang cerek panas, mengelitin tangannya.

Kembali ke atas