Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.sa.ki.tan] | کساکيتن

Definisi : 1. perihal sakit, menderita sakit (susah dll): raja itu pun terlentang selaku orang ~ sangat; 2. sengsara, kesusahan hidup; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.sa.ki.tan] | کساکيتن

Definisi : 1 menderita sakit: Anak itu menjerit-jerit ~ kerana dipukuli ayahnya. 2 keadaan atau hal sakit; kesukaran hidup; kesengsara­an. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sakit (adjektif)
1. Bersinonim dengan uzur: gering, lesu, lemah,
Berantonim dengan sihat

2. Bersinonim dengan pedih: sengal, ngilu, sebal, sebak, bengkak, kebas, nyeri, remai, bisa,
Berantonim dengan selesa

3. Bersinonim dengan seksa: sengsara, azab, derita, merana, kecewa duka, lara, susah, payah, sukar, sulit,
Berantonim dengan bahagia

Kata Terbitan : bersakit, bersakit-sakit, menyakiti, menyakitkan, kesakitan, penyakit, berpenyakit, pesakit,

Peribahasa

Bagai beruk kena ipuh.

Bermaksud :

Menggeliang-geliut (kerana kesakitan dan sebagainya). ipuh = racun.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
akai-rai Ibamboi! aduh! (seruan menandakan kehairanan, keluhan atau kesakitan).“Akai-rai,” kata Tedung. “Lemah betullah aku ini. Hendak mencari umbut pun tak terdaya lagi.”Antologi Cerita Rakyat IbanGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
burung berua Ibkeadaan burung yang berbuai di atas akar-akar yang berjuntai semasa seseorang sedang berhuma. Suatu petanda tidak baik iaitu akan ditimpa kesakitan sama ada dia sendiri ataupun salah seorang ahli keluarganya.Semasa seseorang sedang berhuma dan dia nampak burung berua di atas akar-akar yang berjuntai, ini tidak baik. Ini menunjukkan tali ayun manang semasa upacara belian untuk dia sendiri ataupun salah seorang ahli keluarganya yang sakit.Novel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
gagas Bdrangka untuk lantai daripada belahan buluh atau nibung.Ketika itu baru dia sedar. Si anak sudah terduduk terjelepok di atas lantai gagas teresak-esak sambil mengadoi-adoi kesakitan.Cerpen Burung, Anak Dan KenanganGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas