Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.sal] | کسل

Definisi : 1. berasa kecewa atau tidak senang hati (di atas sesuatu perkara, perbuatan, dll), berasa sebal, berasa jengkel: penduduk-penduduk di situ ~ kerana tidak ada hospital atau klinik di daerah itu; katanya ia tidak ~ tentang apa yg berlaku ke atas dirinya kerana itu adalah suatu takdir; 2. perasaan kecewa (sesal, tidak senang hati), perasaan jengkel: ia mengisahkan dgn ~ tentang perceraiannya dgn isterinya; mereka berbuat sesuatu dgn tidak berfikir, kemudian timbul pula ~; mengesali berasa kesal (tidak senang) akan: menteri itu ~ sikap setengah-setengah parti pembangkang dlm hal ini; beliau ~ pergaulan bebas pemuda-pemudi; mengesalkan menyebabkan berasa kesal (kecewa, tidak senang hati), menimbulkan (membangkitkan) kesal: hal itu sangat ~ hati mereka berdua; kesalan rasa kesal: raut mukanya yg berkerut-kerut itu menunjukkan ~nya di atas segala-gala yg telah berlaku; kekesalan perihal (perasaan) kesal, keke­cewaan, kesebalan, kejengkelan: mereka yg tidak berjaya kembali dgn penuh ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.sal] | کسل

Definisi : , = ~ hati berasa tidak senang hati atau berasa kecewa kerana sesuatu perkara atau perbuatan; berasa sebal; berasa kecewa bercampur marah; masyghul: Dia ~ kerana permohonannya utk masuk ke universiti ditolak. mengesali berasa kesal atau berasa kecewa akan: Beliau ~ tindakan pemuda-pemuda liar itu. mengesalkan menimbulkan rasa kesal; menyebalkan: Perbuatan mereka yg tidak sopan itu sangat ~nya. kekesalan perasaan tidak senang hati atau perasaan kecewa; kesebalan: Tindakan guru yg membabi buta itu telah menimbulkan ~ di hati murid-murid. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kesal (adjektif)
Bersinonim dengan sesal, ralat, berat hati, tidak sedap hati, pegal hati, kecewa, musykil, tidak puas hati, pedar hati;,
Kata Terbitan : kekesalan, menyesali,

Puisi
 

Kalau ubi hendak dijual,
     Jual sekali pegaga di sawah;
Berdetak di hati terbit kesal,
     Manalah terduga akannya padah.


Lihat selanjutnya...(4)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
jamil teramat kesal akan kelakuan isterinya....betul atu tidak penggunaan kata teramat kesal?betul.

Dalam buku Tatabahasa Dewan, ada diterangkan tentang ungkapan Darjah Penghabisan dapat dilakukan mengikut cara-cara yang berikut:
i. Se- + kata adjektif + gandaan + nama (sepandai-pandai tupai)
ii. Ter- + kata adjektif (terpandai)
iii. Paling + kata adjektif (paling pandai)
iv. Ter- + amat/sangat + kata adjektif (teramat/tersangat cantik)
v. Amat/sangat/sungguh + kata adjektif + sekali (amat/sangat/sungguh cantik sekali)
Untuk maklumat lanjut, rujuk halaman 245 dan 260.
Tatabahasa03.09.2012
Assalam Tuan Saya ada sedikit kemusykilan di sini .. Apakah perbezaan antara perkataan sesal dan kesal. Dan abila mendapat imbuhan me-N ...i adakah sesal akan menjadi menyesali dan kesal akan menjadi mengesali? Terima kasih. Azura

Sesal bermakna perasaan tidak senang kerana telah melakukan sesuatu yg tidak baik seperti dosa dan lain-lain. Kesal pula ialah berasa kecewa atau tidak senang hati (di atas sesuatu perkara, perbuatan dan sebagainya), berasa sebal, berasa jengkel. Kedua-dua perkataan tersebut membawa maksud yang sama.

Kata akar bagi mengesali ialah kesal manakala sesal merupakan kata akar menyesali.

Tatabahasa19.04.2020
apakah beza perkataan sesal dan kesalMerujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, sesal bermakna perasaan tidak senang kerana telah melakukan sesuatu yg tidak baik (dosa dll), keinsafan telah bersalah. Kesal pula ialah berasa kecewa atau tidak senang hati (di atas sesuatu perkara, perbuatan, dll), berasa sebal, berasa jengkel. Untuk ketarangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Makna11.05.2009
Apakah peribahasa yang sesuai untuk petikan di bawah? Ketua kampung kesal akan sikap penduduk yang membisu semasa mesyuarat diadakan, tetapi mula bersuara apabila projek sudah dijalankan. Ada-ada sahaja yang tidak kena. Mereka bersikap umpama _____ (i)______. Mereka tidak sepatutnya mengemukakan pendapat dengan sesuka hati dan tidak mengeluarkan kata-kata yang dapat menyinggung perasaan orang lain. Hal ini demikian kerana ______ (ii)_____. Walaubagaimanapun sebagai ketua, beliau akan berusaha untuk menyelesaikan masalah anak buahnya bagai _______(iii)_____ supaya penyelesaian yang dibuat dapat memuaskan hati semua pihak.Menurut data kami, peribahasa yang sesuai ialah i. rumah siap pahat berbunyi iii. bagai menarik rambut dalam tepung. Manakala tiada jawapan ditemukan bagi soalan ii, sila rujuk kamus peribahasa.Lain-lain19.10.2018
Saudara, Apakah gunanya diwujudkan ruang Khidmat Nasihat DBP ini seandainya soalan-soalan yang dikemukakan tidak pun dijawab? Saya berasa amat kesal.

Khidmat Nasihat DBP merupakan salah satu saluran untuk membantu pelanggan dalam hal kebahasaan, kesusasteraan dan penerbitan. Jawapan yang kami berikan berdasarkan maklumat dalam sumber rujukan kami. Sebagai pengguna bahasa kita boleh merujuk sumber primer dan sekunder termasuk institusi lain seperti ITNM, pusat bahasa di IPTA, pakar bahasa selain buku tatabahasa.  

Lain-lain18.04.2012
Apakah perbezaan perkataan-perkataan berikut: 1.bena,bina2.colek,culik3.dokong,dukung4.endah,indah5.golong,gulung6.kendaraan,keinderaan7.lancong,lancung8.lengkung,lingkung9.kesal,sesal10.undang,undang-undang11.satu,suatu12.mesti,pasti12.fakto,faktor13.babit,libat14.fanatik,pejuang15.tentang,mengenai Yang manakah betul mengambil perhatian atau memberikan perhatian ? Yang manakah betul,pendingin hawa atau pengawa dingin atau penyaman udara ? Yang manakah betul,walaubagaimanapun atau walau bagaimanapun ?1. Bena
Maksud bena ialah peduli; acuh: Janganlah buat tak ~ kpd anak yatim piatu itu. ~ tak ~ acuh tak acuh; tidak peduli. membenakan mengambil sikap mahu mengetahui; mempedulikan: Sbg orang yg berani, ia tidak ~ lawannya.
   Bina
Maksud bina ialah  membina 1 membuat sesuatu bangunan, spt rumah supaya tegak berdiri: Siapakah yg ~ masjid yg seindah ini? 2 mengusahakan supaya maju dan lebih baik; membaiki: Kita mesti bekerja keras utk menyusun dan ~ suatu masyarakat yg adil dan makmur. binaan sesuatu yg dibina; hasil drpd membina: Taj Mahal merupakan ~ yg terindah di dunia. pembinaan perbuatan atau hal membina; pembangunan: ~ masjid itu memakan masa lebih kurang dua tahun. pembina orang yg membina; pembangun: Siapakah ~ bangunan Taj Mahal yg masyhur itu?

2. Colek
Maksud colek ialah /colék/; mencolek 1. mencalit (mengambil, menyentuh) dgn hujung jari: ~ kapur. 2. mencecah kuah, sambal dsb dgn sesuatu (spt ketupat, ulam dll): Dia ~ sambal belacan itu dgn ulam petai. 3. mencungkil (dgn hujung jari dll utk mengeluarkan sesuatu): ~ tahi telinga. ~ hati menggelikan hati (kerana lucu atau jenaka). mencolekkan 1. mencalitkan sesuatu pd; memalitkan. 2. mencecahkan barang makanan (spt ketupat, ulam dll) pd kuahnya, sambal dsb: ~ ketupat pd rendang daging. secolek sebanyak yg dipalit atau disentuh dgn hujung jari dsb.
   Culik
Maksud culik ialah menculik melarikan orang (anak-anak atau orang dewasa) dgn paksaan utk tujuan memperoleh wang tebusan dsb. penculikan perbuatan menculik. penculik orang yg menculik.

DBP hanya boleh memberikan beberapa makna sahaja. Makna dan perbezaan untuk perkataan-perkataan lain boleh dicari dalam Kamus Dewan Edisi Keempat.

Bagi perkataan pendingin hawa, penghawa dingin dan penyaman udara, perkataan yang tepat ialah penyaman udara.
Yang akhir sekali perkataan yang betul ialah "walau bagaimanapun".

Mengambil perhatian dan memberikan perhatian, kedua-duanya betul bergantung kepada konteks ayat.
Lain-lain07.10.2014
Apakah perbezaan antara mengesali dengan menyesali ?Menurut data kami, kedua-dua perkataan tersebut membawa maksud yang sama. Kata akar bagi mengesali ialah sesal manakala kesal merupakan kata akar menyesali.Tatabahasa14.10.2019
assalamualaikum dan selamat sejahtera, apa yg saya ingin tuliskan di sini ialah mengenai dewan kosmik terbitan pihak dbp. alhamdulillah banyak input yang kami, sebagai pelajar dapat daripada majalah tersebut. namun apa yang saya kesal kan di sini ialah mengenai harga dan saiz. seperti mana yang diketahui karangkraf telah memberikan hakmilik dewan kosmik kepada pihak dbp semula.harga yang ditetapkan pihak dbp terlalu mahal. mmg lah ilmu itu penting. namun rm 6 dengan harga rm4.80(harga lama) mcm x munasabah. selain itu, jika dibandingkan kosmik lama dan baru, kosmik baru lebih pendek. dan pengisian agak kurang berbanding yg lepas. di harap pihak dbp dapat mempertimbangkan apa yang saya komenkan ini.terima kasih

Terima kasih dan syabas atas penghargaan saudara  kepada majalah Dewan Kosmik. Sebenarnya Karangkraf tidak memberikan hak milik Dewan Kosmik kepada DBP, seperti yang saudara sebutkan. Hak milik Dewan Kosmik ialah DBP kerana majalah ini diterbitkan mengikut Akta DBP. Saiz majalah Dewan Kosmik mengikut spesifikasi mesin cetak. Komen saudara tentang harga dan pengisiannya diambil maklum.

Lain-lain15.01.2008
Adakah ayat dibawah adalah betul? sekirannya salah,tolong jelaskan.. +Para tetamu menyesal sikap penaja jamuan kerana makanan yang telah disediakan tidak enak.. terima kasih

Saudara,

Ayat yang betul ialah ' Para tetamu kesal dengan sikap penaja jamuan kerana makanan yang disediakan tidak enak.

Tatabahasa20.08.2010
Mel Ahmad TUES 17:56 Mel Ahmad Mel salam boleh saya tahu penggunaan tanda sempang yang betul?Tanda sempang digunakan untuk memisahkan keterangan bagi sesuatu idea, seperti Novel yang dibacanya itu meninggalkan berbagai-bagai kesan pada dirinya - sedih, gembira marah, kesal.Tatabahasa03.01.2017
12

Kembali ke atas