Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.sam.pai.an] | کسمڤاين

Definisi : 1. ketibaan, tibanya, sampai­nya: orang ramai di situ tidak menghiraukan ~ mereka; 2. tercapai (maksud, cita-cita, dll), terlaksana: janji-janjinya tidak pernah ~; 3. sampai-menyampai; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.sam.pai.an] | کسمڤاين

Definisi : 1 hal tibanya (sampainya) sesuatu atau seseorang; ketibaan: ~ kami tidak disambut oleh sesiapa. 2 tercapai atau terlaksana apa-apa yg dimaksudkan dll: Janji-janjinya tidak pernah ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kesampaian


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah ayat ini salah? : Impiannya untuk melancong ke Eropah tidak kesampaian kerana kesempitan wang.Ayat ini betulTatabahasa15.07.2011
1)Hasrat Pak Cik Badrul memagari kawasan rumahnya dengan tembok agar tidak dimasuki pencuri tidak kesampaian apabila wang simpannya hilang.2)Seri Rama membawa kijang yang ditangkapnya dengan kandang yang diperbuat daripada buluh.TOLONG BETULKAN.Kedua-dua ayat tersebut betul, sebaliknya jika tuan menyatakan ayat tersebut salah, sila nyatakan kesalahannya untuk kita bincangkan.Tatabahasa25.07.2012
Selamat malam, saya ada beberapa soalan nak kemukakan. Soalan 1: Kedua-dua orang peluncur itu dikatakan hilang selepas_______ dalam runtuhan salji. Apakah jawaban yang sesuai digunakan dalam ayat tersebut? terkambus atau tertimbus? Soalan 2 Hasrat Ali untuk meneruskan pengajian ke luar negara tidak kesampaian kerana keputusan peperiksaan kurang memberangsangkan. Adakah perkataan "memberangsangkan" sesuai digunakan dalam ayat tersebut. Soalan 3: Adakah frasa "menjatuhi penjenayah itu hukuman penjara" betul? Menurut Kamus Dewan, maksud "menjalani" ialah jatuh mengenai sesuatu. Jadi. adakah penggunaan frasa itu betul? Soalan 4 Semasa berada di tempat orang, jagalah ________ kamu. Jawaban "tataetika" atau "tataadab" lebih sesuai digunakan? Sekian, terima kasih.

1) Kedua-dua orang peluncur itu dikatakan hilang selepas_______ dalam runtuhan salji. Dalam Kamus Dewan, terkambus sama makna dengan tertimbus, kedua-duanya boleh menjadi jawapan kepada soalan tersebut.

2) Memberangsangkan bermaksud;  1. membangkitkan keberanian, memberanikan; dan 2. membangkitkan kemarahan. Oleh itu, perkataan memerangsangkan tidak sesuai digunakan dalam ayat tersebut.

3) Adakah frasa "menjatuhi penjenayah itu hukuman penjara "betul? - menjatuhi dalam ayat ini boleh digunakan. Menjatuhi bermaksud  menyebabkan seseorang atau sesuatu ditimpa oleh sesuatu yang lain.

4) Semasa berada di tempat orang, jagalah ________ kamu. Kata tataetika dan tataadab boleh menjadi jawapan soalan tersebut kerana kedua-duanya bermaksud budi bahasa.

Tatabahasa19.11.2010
Assalamualaikum. Tuan/Puan, Saya dapati laman web PRPM sering tidak dapat diakses. Lihat lampiran yang menunjukkan ralat yang diterima. Saya percaya perkara ini bukanlah satu isu yang baharu, tetapi sebenarnya sudah lama dan berulang kali terjadi. Adakah pihak DBP tidak mengambil apa-apa tindakan untuk menyelesaikan isu ini? Fungsi laman web prpm tidak kesampaian jika isu teknikal ini dibiarkan sahaja. Saya pasti jika pihak DBP benar-benar prihatin akan perkara ini, masalah kecil sebegini tentu sudah lama diperbetulkan kerana ia menjejaskan bukan sahaja perkhidmatan DBP tetapi imej DBP juga. Terima kasih.Waalaikumussalam.

Terima kasih di atas keprihatinan pihak puan. Kami sedang giat mengambil tindakan bagi mengatasi permasalahan yang sedang berlaku pada sistem PRPM bagi menjamin kemudahan para pengguna dan dijangkakan sistem akan kembali stabil dalam masa yang terdekat. Maaf di atas segala kesulitan.

Terima kasih.
Lain-lain26.01.2023
Selamat pagi tuan/puan, saya ingin mengajukan soalan tentang penggunaan perkataan sinonim yang sesuai bagi teks/ayat dibawah. 1. Ketibaan Perdana Menteri di perhimpunan rakyat itu disambut dengan meriah sekali. Berdasarkan ayat diatas, terdapat dua jawapan yang mengelirukan iaitu 1. Kehadiran 2. Kedatangan. Ramai guru menjawab soalan tersebut dengan jawapan 1. Kehadiran. Adakah jawapan 1. kehadiran sesuai dengan perkataan Ketibaan? Segala kerjasama pihak tuan/puan amatlah dihargai dan didahulukan dengan ucapan terima kasih.

Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, kata “ketibaan” membawa maksud perihal tiba (sampai), kesampaian, kedatangan.   Makna kata “kehadiran” pula ialah perihal hadir (di sesuatu per­jumpaan, mesyuarat, dan sebagainya), perihal berada (di sesuatu tempat dan lain-lain), adanya, kedatangan. Walau bagaimanapun, kesesuaian penggunaan perkataan ini perlu dilihat berdasarkan konteks ayat atau wacana ayat tersebut digunakan.

Contoh ayat:

       i.        Kedatangan pelajar di dalam kelas dicatat pada setiap hari.

     ii.         Ketibaan pelajar dalam Perhimpunan Bulanan KPM disambut oleh urus setia.

    iii.         Kehadiran kuasa besar boleh membawa kesan buruk kepada negara-negara Asia Tenggara.

    iv.         Kehadiran Perdana Menteri dalam perhimpunan rakyat itu disambut dengan meriah sekali.


Tatabahasa03.04.2020

Kembali ke atas