Cikgu, tolong tengok ayat di bawah ini dan tentukan ayat yang manakah ialah penggunaan kata sendi nama yang betul. 1. Kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung KEPADA orang lain. 2. Kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung PADA orang lain. Huruf-huruf yang telah dibesarkan dalam ayat ialah kata sendi nama di mana saya hendak tuan menentukan penggunaannya yang betul dan memberikan penerangan. | Ayat yang betul ialah Kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung pada orang lain. | Tatabahasa | 13.05.2014 |
Terima kasih atas bimbingan dan kesanggupan tuan meluangkan masa menjawab soalan saya selama ini. Soalan saya kali ini ialah : (a) Betulkah ayat "Saya berlatih berlari" kerana kata kerja wujud berturutan ? | Puan Wong, Ayat puan boleh dibina dengan tepat seperti yang berikut: (a) Saya sedang berlatih lumba berlari. Nota: Ayat yang puan berikan (saya berlatih berlari) lazimnya merupakan ayat berdailog/lisan bukan ayat dalam bentuk penulisan. Tambahan pula, kata berlatih ada hubungkaitnya dengan sukan lumba seperti berlari, berenang, perahu dan sebagainya. Oleh hal yang demikian, dalam penulisan perlu dinyatakan jenis sukan tersebut, iaitu lumba berlari sebagai kenyataan keterangan kata kerja/perbuatan. | Tatabahasa | 15.04.2009 |
makna kesediaan | Kesediaan ialah perihal sedia, kesanggupan, kerelaan: contohnya mereka menampakkan kesediaan utk berjuang demi bangsa dan negara. | Makna | 02.08.2007 |
Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera. Adakah tepat untuk menterjemah secara langsung istilah pelaburan "risk appetite" kepada "selera risiko"? Terima kasih. | Kami mencadangkan padanan istilah dalam bahasa Melayu seperti yang berikut: risk appetite - kesanggupan ambil risiko Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu | Lain-lain | 28.06.2021 |
Salam sejahtera! Mengenai perkataan bisa, rujukan di kamus menunjukkan bahawa ianya mempunya makna berikut: bisa II tidak ada halangannya; dpt melaksanakan sesuatu; mampu; dapat: Saya ~ melanjutkan pelajaran saya hingga ke peringkat universiti dgn perbelanjaan sendiri. (Kamus Pelajar Edisi Kedua) bisa II Id boleh, dapat, mungkin: tenaga masih ~ dipergunakan; saya ~ melanjutkan sekolah; ~ jadi; mana ~ kita menang;sebisanya sedapat-dapatnya;kebisaan kesanggupan, kecekapan. (Kamus Dewan Edisi Keempat) Adakah perkataan bisa diterima di dalam perbendaharaan Melayu, walaupun seringkali digunakan di dalam pertuturan/penulisan bahasa Indonesia? Apakah ianya sudah dimelayukan and ianya menjadi perkataan Melayu yang rasmi, seperti di dalam Kamus Dewan Edisi Kedua. Saya dapati bahawa ada sekumpulan perkataan/istilah Indonesia yang disenariakan di dalam kamus. Apakah sebabnya perkataan ini disenaraikan, manakali yang lain pula dikecualikan? Maaf jika soalan saya ini dianggap terlalu kasar/tidak beralas. Sekian, terima kasih! | Untuk makluman tuan, Kamus Dewan berfungsi merakam perkataan yang banyak digunakan dalam kalangan masyarakat dengan merujuk data korpus. Semua perkataan yang dimasukkan dalam Kamus Dewan tidak semestinya diterima sebagai baku dan boleh digunakan untuk tujuan rasmi. Dalam penulisan di Malaysia, sewajarnya menggunakan bahasa Melayu yang rasmi dengan pemilihan kata yang bersesuaian. | Tatabahasa | 12.05.2020 |
saya Artikoh Kuno, sedang di Universiti Fatoni kelas dasar, saya ingin bertanya DBP tentang bahasa melayu, apakah makna ''Qurban'' apakah artinya | Ejaan yang betul ialah korban daripada bahasa Arab yang membawa maksud: 1. amalan menghampirkan diri kpd Allah dgn menyembelih binatang ternakan (lembu, kambing, kerbau, dll) pd 10 Zulhijjah atau tiga hari selepasnya (hari tasyrik) dgn mengagihkan sebahagian drpd daging itu kpd fakir miskin: majlis ~; 2. persembahan spt haiwan atau manusia kpd dewa dlm pemujaan; 3. pemberian (kesanggupan melakukan atau menanggung sesuatu) sbg tanda kebaktian (kasih dll): kerana kasih, ia sanggup menderita, kerana erti kasih itu kepadanya ialah ~; 4. (orang) yg menanggung penderitaan akibat sesuatu (perbuatan dll), mangsa: kau mahu kesenangan, mereka dijadikan ~; 5. = ~ jiwa = ~ manusia kematian kerana nahas (disebabkan sesuatu malapetaka dll): nahas itu mengakibatkan banyak ~ jiwa; berkorban 1. (sedang) menawarkan sesuatu sbg korban (kpd yg disembah): penganut agama tersebut ~ kpd dewa-dewa dan melontar korban-korban ke laut; 2. menanggung penderitaan utk keselamatan (kebahagiaan, kepentingan) orang dll, menyerahkan sesuatu utk tanda bakti (cinta dll): banyak ia ~ utk menawan hati gadis belasan tahun itu; kerana negara, mereka sanggup ~ apa saja; 3. dgn (disertai, berserta) korban: nahas jalan raya sering ~ jiwa; mengorbankan 1. mempersembahkan sbg korban: ada orang Cina yg ~ makanan kpd topekong; 2. menyerahkan sesuatu (spt wang dll) utk sesuatu tujuan (kepentingan dll): ~ nyawa utk mempertahankan negara; 3. menyebabkan menderita, memusnahkan (merosakkan): mereka sanggup ~ bangsa utk mencapai kemahuan mereka; terkorban terbunuh, termusnah (kepentingan dll): sepuluh orang askar telah ~ dlm serangan hendap itu; pengorbanan perihal mengorbankan (berkorban): tugu itulah tanda penghargaan negara terhadap ~ askar-askar yg terbunuh kerana menentang pengganas-pengganas. | Makna | 22.09.2014 |
semangat bekerjasama atau semangat kerjasama? nilai berdedikasi atau nilai dedikasi? | Penggunaan yang betul ialah semangat bekerjasama dan nilai berdedikasi. Semangat bekerjasama merujuk pada kemahuan untuk berbuat sesuatu secara bekerja bersama-sama atau dengan cara saling membantu (menyumbang) bergotong-royong. Imbuhan beR- dalam bekerjasama membawa pengertian bersama-sama. Manakala berdedikasi merujuk pada sifat pemikiran yang tinggi atau kesanggupan mengorbankan tenaga, masa dan lain-lain untuk sesuatu. Imbuhan beR- dalam berdedikasi membawa pengertian mempunyai. Rujuk Tatabahasa Dewan berkaitan aspek makna awalan beR-. | Tatabahasa | 10.03.2014 |