Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.sa.te.ria] | کساتريا

Definisi : 1. perajurit yg gagah berani; golongan ~ golongan masyarakat yg terdiri drpd perajurit; 2. orang yg gagah berani; kekesateriaan sifat-sifat kesateria, watak kesateria: pelajaran juga menyedarkan bangsawan feudal akan kebaikan perasaan belas kasihan dan ~; sateria. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.sa.te.ria] | کساتريا

Definisi : 1 golongan bangsawan dr kasta tentera dlm masyarakat Hindu. 2 orang yg gagah berani spt perajurit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kesateria


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
salam, sy nk tanya kalau bg pahlawan perempuan, diberikan perkataan srikandi, kalu bagi pahlawan lelaki, adakah ada nama lain utk menggantikan pahlawan?Pahlawan bersinonim dengan wira, pendekar, sateria, kesateria, perwira dan panglima.Tatabahasa07.01.2013
Tuan, Saya inginkan mendapatkan isitilah yang betul bagi perkataan berikut: 1. The Order of Chivalry 2. The Order of hospitaller 3. Crusaders 4. HospitallerSalam sejahtera,

Padanan yang dicadangkan:

a. The order of chivalry: Susunan kesateriaan

b. The order of hospitaller: Susunan kesateria hospital

c. Crusaders: Salibi/ mujahid

d. Hospitaller: Kesateria hospital

Sekian, terima kasih.
Lain-lain03.04.2019
maksud perkataan Perwira dan SatriaBerdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan perwira merupakan istilah sastera lama yang bermaksud berani, gagah: ia seorang perajurit agung lagi ~; ~ perkasa = gagah ~ gagah perkasa; 2. sl orang yg gagah berani, pahlawan: maka oleh segala ~ itu dibawanya keris itu ke barung-barung; 3. Id pegawai tentera (drpd leftenan muda ke atas): kerana keberaniannya ia diangkat menjadi ~ pertama dgn berpangkat leftenan dua; ~ laut pegawai dlm angkatan laut; ~ menengah pegawai tentera drpd kapten hingga ke brigedier (meliputi mejar, leftenan kolonel); ~ penghubung pegawai tentera yg menghubungkan pasukan dll dgn pasukan lain; ~ pertama = ~ rendah pegawai (pangkat leftenan dan kapten); ~ tinggi pegawai yg lebih tinggi drpd kolonel. Bagi satria pula, ejaan yang betul ialah sateria yang ditakrifkan sebagai kesateria yang bermaksud perajurit yg gagah berani; golongan ~ golongan masyarakat yg terdiri drpd perajurit; 2. orang yg gagah berani;Istilah18.06.2009

Kembali ke atas