Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.sa.ya.ngan] | کسايڠن

Definisi : 1. perasaan kasih sayang (cinta dll), cinta kasih: ~ Mak Wati kpd anaknya bertambah dalam; 2. yg disukai, kesukaan: itu memang sudah ~ mereka berbuat begitu; 3. yg disayangi (dicintai, dikasihi), kekasih: baginda terpaksa membelakangi isteri ~nya kerana semata-mata hendak menjaga hati ayah bondanya; 4. perasaan kesal (rugi dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.sa.ya.ngan] | کسايڠن

Definisi : 1 rasa kasih dan sayang; perasaan sayang; cinta kasih: ~nya terhadap cucunya itu amat mendalam. 2 apa-apa yg disayangi atau yg disukai: Dia terpaksa meninggalkan anak dan isteri ~nya utk melanjutkan pelajaran ke luar negara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sayang
1. Bersinonim dengan kasih
( cinta, rindu, asyik, mahsyuk, berahi, )
(adjektif:)
Berantonim dengan berahi

2. Bersinonim dengan suka
( gemar, minat, ghalit, )
(adjektif:)
Berantonim dengan benci

3. Bersinonim dengan kasihan
( simpati, belas, timbang rasa, )
(kata nama:)

4. Bersinonim dengan kekasih
( jantung hati, buah hati, )
(kata nama:)

5. Dalam konteks rugi
bersinonim dengan kesal, hampa, kecewa, terkilan,
(adjektif:)

Kata Terbitan : bersayangan, bersayang-sayangan, menyayangi, kesayangan, penyayang,

Peribahasa

Elok basa 'kan bekal hidup,
     elok budi bekal mati.

Bermaksud :

Orang yang baik bahasanya jadi kesayangan orang selagi hidup, sesudah mati jadi kenang-kenangan. basa = tegur sapa.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam...terdapat sesetengah peniaga ingin membuka kedai haiwan kesayangan. Tetapi inginkan papan iklan dengan nama "KEDAI MAKANAN HAIWAN KESAYANGAN". Mohon pandangan tuan adakah ayat ini sesuai digunakan.

Keterangan aktiviti yang sesuai ialah "Kedai Haiwan Peliharaan/Kesayangan", manakala "Kedai Makanan Haiwan Kesayangan" juga betul bagi menerangkan aktiviti kedai yang menjual makanan haiwan tersebut.

Tatabahasa17.10.2011
Saya ingin membuka kedai dengan nama Kedai Haiwan Kesayangan. Adakah perkataan Kedai Haiwan Kesayangan ini diluluskan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka seperti yang dikehendaki oleh Majlis Perbandaran Ampang Jaya. Sekian Terima KasihAssalamualaikum...
Penggunaan nama kedai yang sesuai bagi Kedai Haiwan Kesayangan ialah Kedai Haiwan Peliharaan.
Lain-lain06.12.2017
Adakah tepat jika penggunaan istilah berikut dalam penulisan Bahasa Melayu jika istilah asal bahasa Inggeris adalah seperti berikut :- a. petshop premis - premis kedai haiwan kesayangan b. boarding premis - premis penjagaan haiwan ( istilah ini dirujuk kepada 'boarding premis' yang digunakan untuk menempatkan haiwan kesayangan sementara seperti masa pemilik haiwan kesayangan pergi bercuti dan sebagainya. c. breeding premis - premis pembakaan ( juga merujuk kepada 'breeding premis' untuk membiakkan haiwan kesayangan Sekian terima kasihSoalah saudara akan diajukan kepada Bahagian Peristilahan.  Jawapan akan diberi melalui e-mel dan mungkin mengambil masa sedikit.Penyemakan dan penterjemahan29.08.2014
Assalamualaikum, Mohon jasa baik pihak tuan/puan mengenal pasti penggunaan ayat manakah yang lebih tepat. 1. Suami kesayangan saya ini sudah menderita akibat penyakit kanser paru-paru selama lebih dua setengah tahun. 2. Suami kesayangan saya ini sudah menderita akibat penyakit kanser paru-paru selama lebih dua tahun setengah. Jasa baik dan perhatian daripada pihak tuan/puan didahului dengan ucapan Terima Kasih:)

Yang betul adalah yang pertama, iaitu Suami kesayangan saya ini sudah menderita akibat penyakit kanser paru-paru selama lebih dua setengah tahun.

Tatabahasa21.11.2011
Ayat mana yg betul 1. Pak Ali menurut sahaja kemahuan isterinya yang hanya mahu mengikis hartanya. 2. Kucing kesayangan Ali telah dilanggar oleh kereta pada pagi tadi.

Ayat pertama adalah betul. Ayat kedua perlu dibetulkan seperti yang berikut:

Kucing kesayangan Ali telah dilanggar kereta pagi tadi.
Tatabahasa08.05.2019
saya ingin bertanya karangan yang bertajuk Haiwan kesayangan saya termasuk dalam kategori karangan jenis apa? biografi atau keperihalan?Kategori karangan tersebut ialah keperihalan.Tatabahasa14.10.2014
Tuan, saya mendapati bahawa kata "cinta", "kasih" dan "sayang" dapat bertaraf dua, iaitu kata nama dan kata sifat. Jika "cinta", "kasih" dan "sayang" sudah berdarjat nama yang bermaksud rasa suka sangat, mengapakah ditokokkan apitan ke-...-an pada ketiga-tiga kata nama tersebut untuk membentuk kata nama "kecintaan", "kekasihan" dan "kesayangan" lagi? Saya berpendapat bahawa "kecintaan", "kekasihan" dan "kesayangan" tidak diperlukan kerana "cinta", "kasih" dan "sayang" sudah sedia kata nama, jadi "kekasihan", "kecintaan" dan "kesayangan" terbitan lebihanlah. Mungkin orang salah menganggap bahawa "cinta" hanya bergolongan satu, kata sifat, jadi untuk menamakan sifat "cinta", apitan ke-...-an ditokokkan pada "cinta" untuk membentuk nama "kecintaan". Sebenarnya pengimbuhan ke-...-an itu tidak diperlukan sama sekali kerana "cinta" sudah sedia nama dan juga dapat bekerja sifat bergantung pada cara penggunaan dalam ayat. Kesimpulannya, "cinta", "kasih" dan "sayang" berdwigolongan kata, iaitu sifat dan nama. Betulkah faham saya ini?Ketiga-tiga perkataan yang dikemukakan terdapat dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. Sekiranya tuan tidak bersetuju dengan kewujudan perkataan tersebut, sila kemukakan pertanyaan kepada Bahagian Perkamusan, DBP.  Tatabahasa18.12.2016
'Hamster' dalam bahasa Melayu ialah 'tikus belanda'?Hamster ialah sj binatang kecil seakan-akan tikus yg badannya agak montok dan ekornya pendek, dipelihara di rumah sbg binatang kesayangan. Tikus Belanda ialah istilah Indonesia.Istilah05.04.2010
Apakah istilah bahasa melayu yang paling tepat untuk istilah 'preloved' dan 'brainstorming'

Padanan bagi istilah preloved ialah barang kenangan, barang kesayangan dan barang terpakai. Manakala padanan bagi brainstorming ialah perah otak, percambahan minda dan sumbang saran.

Penyemakan dan penterjemahan28.08.2020
KAMI AKAN BERTOLAK KE ALOR SETAR SEBENTAR LAGI. MACAM MANA TUKAR KE AYAT PASIF?Ayat "Kami akan bertolak ke Alor Star sebentar lagi" ialah ayat yang menggunakan kata kerja aktif tak transitif tanpa pelengkap. Ayat ini tidak boleh dipasifkan.  Ayat ini hanya boleh dibuat penyongsangan.
Untuk menjadikan sesebuah ayat aktif itu menjadi ayat pasif, ayat tersebut haruslah terbina daripada kata kerja aktif transitif.  Kata kerja aktif transitif ialah kata kerja yang mengandungi objek yang terdiri daripada frasa nama untuk melengkapkan maksudnya.  Contohnya: Kami membaiki kereta kesayangan ayah.  "Membaiki" ialah kata kerja aktif transitif, manakala "kereta kesayangan ayah" ialah objek yang menjadi penyambut atau pelengkap.  Apabila dipasifkan, ayat pasifnya berbunyi "Kereta kesayangan ayah kami baiki".
Lain-lain19.05.2016
12

Kembali ke atas