Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.sa.ya.ngan] | کسايڠن

Definisi : 1. perasaan kasih sayang (cinta dll), cinta kasih: ~ Mak Wati kpd anaknya bertambah dalam; 2. yg disukai, kesukaan: itu memang sudah ~ mereka berbuat begitu; 3. yg disayangi (dicintai, dikasihi), kekasih: baginda terpaksa membelakangi isteri ~nya kerana semata-mata hendak menjaga hati ayah bondanya; 4. perasaan kesal (rugi dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.sa.ya.ngan] | کسايڠن

Definisi : 1 rasa kasih dan sayang; perasaan sayang; cinta kasih: ~nya terhadap cucunya itu amat mendalam. 2 apa-apa yg disayangi atau yg disukai: Dia terpaksa meninggalkan anak dan isteri ~nya utk melanjutkan pelajaran ke luar negara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sayang
1. Bersinonim dengan kasih
( cinta, rindu, asyik, mahsyuk, berahi, )
(adjektif:)
Berantonim dengan berahi

2. Bersinonim dengan suka
( gemar, minat, ghalit, )
(adjektif:)
Berantonim dengan benci

3. Bersinonim dengan kasihan
( simpati, belas, timbang rasa, )
(kata nama:)

4. Bersinonim dengan kekasih
( jantung hati, buah hati, )
(kata nama:)

5. Dalam konteks rugi
bersinonim dengan kesal, hampa, kecewa, terkilan,
(adjektif:)

Kata Terbitan : bersayangan, bersayang-sayangan, menyayangi, kesayangan, penyayang,

Peribahasa

Elok basa 'kan bekal hidup,
     elok budi bekal mati.

Bermaksud :

Orang yang baik bahasanya jadi kesayangan orang selagi hidup, sesudah mati jadi kenang-kenangan. basa = tegur sapa.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Gadis Kesayangan Jadi LawanUzala, W. SHarian Nasional14.03.1984
Chuchu Kesayangan DatokAhmad MahmudBerita Minggu05.10.1969
Cicit Kesayangan AkiFahmi KassimWatan16.04.1978
Kemelut KesayanganAffrini AdhamMingguan Wanita30.11.1991
Wang gedek kesayangan Pak MajidMuhammad Arif Nizam AbdullahUtusan Malaysia08.09.2006
Budiman akhbar kesayangan sayaSiow Siew SingBudiman15.09.1980
Tok Kenali ulama kesayangan rakyatKhairul Anuar Abdul SamadBerita Minggu18.03.2007
Memandang Sebuah Taman KesayanganHasyuda AbadiUtusan Borneo03.07.1996
Buku tua ... menjadi kesayangan Zainal Abidin WahidNoor Hazani MusaUtusan Malaysia30.05.1998
Benawi Sudah Lupakan Kesayangan IbuGhazali Ngah AziaUtusan Zaman21.10.1984
12

Kembali ke atas