Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.sa.ya.ngan] | کسايڠن

Definisi : 1. perasaan kasih sayang (cinta dll), cinta kasih: ~ Mak Wati kpd anaknya bertambah dalam; 2. yg disukai, kesukaan: itu memang sudah ~ mereka berbuat begitu; 3. yg disayangi (dicintai, dikasihi), kekasih: baginda terpaksa membelakangi isteri ~nya kerana semata-mata hendak menjaga hati ayah bondanya; 4. perasaan kesal (rugi dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.sa.ya.ngan] | کسايڠن

Definisi : 1 rasa kasih dan sayang; perasaan sayang; cinta kasih: ~nya terhadap cucunya itu amat mendalam. 2 apa-apa yg disayangi atau yg disukai: Dia terpaksa meninggalkan anak dan isteri ~nya utk melanjutkan pelajaran ke luar negara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sayang
1. Bersinonim dengan kasih
( cinta, rindu, asyik, mahsyuk, berahi, )
(adjektif:)
Berantonim dengan berahi

2. Bersinonim dengan suka
( gemar, minat, ghalit, )
(adjektif:)
Berantonim dengan benci

3. Bersinonim dengan kasihan
( simpati, belas, timbang rasa, )
(kata nama:)

4. Bersinonim dengan kekasih
( jantung hati, buah hati, )
(kata nama:)

5. Dalam konteks rugi
bersinonim dengan kesal, hampa, kecewa, terkilan,
(adjektif:)

Kata Terbitan : bersayangan, bersayang-sayangan, menyayangi, kesayangan, penyayang,

Peribahasa

Elok basa 'kan bekal hidup,
     elok budi bekal mati.

Bermaksud :

Orang yang baik bahasanya jadi kesayangan orang selagi hidup, sesudah mati jadi kenang-kenangan. basa = tegur sapa.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah MABBIM

Istilah SumberIstilah IndonesiaIstilah BruneiIstilah MalaysiaBidang
pet foodpakan hewan kesayanganmakanan haiwan kesayanganpakan haiwan kesayanganPenternakan
pet geriatric nutritionnutrisi geriatrik hewan kesayanganpemakanan geriatrik haiwan kesayanganpemakanan geriatrik haiwan kesayanganPenternakan
pet food nutrition adequacykecukupan nutrisi makanan hewan kesayangankecukupan pemakanan haiwan kesayangankecukupan pemakanan haiwan kesayanganPenternakan
favourite sonanak kesayangananak kebanggaananak kebanggaanSains Politik

Kembali ke atas