Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.sa.ya.ngan] | کسايڠن

Definisi : 1. perasaan kasih sayang (cinta dll), cinta kasih: ~ Mak Wati kpd anaknya bertambah dalam; 2. yg disukai, kesukaan: itu memang sudah ~ mereka berbuat begitu; 3. yg disayangi (dicintai, dikasihi), kekasih: baginda terpaksa membelakangi isteri ~nya kerana semata-mata hendak menjaga hati ayah bondanya; 4. perasaan kesal (rugi dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.sa.ya.ngan] | کسايڠن

Definisi : 1 rasa kasih dan sayang; perasaan sayang; cinta kasih: ~nya terhadap cucunya itu amat mendalam. 2 apa-apa yg disayangi atau yg disukai: Dia terpaksa meninggalkan anak dan isteri ~nya utk melanjutkan pelajaran ke luar negara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sayang
1. Bersinonim dengan kasih
( cinta, rindu, asyik, mahsyuk, berahi, )
(adjektif:)
Berantonim dengan berahi

2. Bersinonim dengan suka
( gemar, minat, ghalit, )
(adjektif:)
Berantonim dengan benci

3. Bersinonim dengan kasihan
( simpati, belas, timbang rasa, )
(kata nama:)

4. Bersinonim dengan kekasih
( jantung hati, buah hati, )
(kata nama:)

5. Dalam konteks rugi
bersinonim dengan kesal, hampa, kecewa, terkilan,
(adjektif:)

Kata Terbitan : bersayangan, bersayang-sayangan, menyayangi, kesayangan, penyayang,

Peribahasa

Elok basa 'kan bekal hidup,
     elok budi bekal mati.

Bermaksud :

Orang yang baik bahasanya jadi kesayangan orang selagi hidup, sesudah mati jadi kenang-kenangan. basa = tegur sapa.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Kalau ibu kaya anak jadi puteri, kalau anak kaya ibu jadi budak.Perbezaan antara kesayangan ibu dengan kesayangan anak.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Elok basa 'kan bekal hidup, elok budi bekal mati.Orang yang baik bahasanya jadi kesayangan orang selagi hidup, sesudah mati jadi kenang-kenangan. basa = tegur sapa.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas