Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.se.ju.kan]/[ke.se.ju/.kan] | کسجوقن

Definisi : 1. perihal sejuk, kedinginan: di tengah-tengah ~ yg menjadi-jadi itu, Hayati merasai kedua-dua pipinya basah; 2. kena (mendapat) sejuk, masuk angin: kaki tangan­nya menggeletar ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.se.ju.kan]/[ke.se.ju/.kan] | کسجوقن

Definisi : 1 keadaan atau hal sejuk. 2 menderita sejuk; kena sejuk: Dia menggigil ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sejuk (adjektif)
1. Bersinonim dengan dingin: adem
Berantonim dengan panas

2. Bersinonim dengan nyaman: segar, seronok, selesa, nikmat, enak, indah, sihat, naim,
Berantonim dengan pengap

3. Bersinonim dengan tenang: sejahtera, aman, makmur, senang, tenteram, lega, berbahagia, sentosa, damai, karar, rukun, sakinat, jernih, selesa,
Berantonim dengan huru-hara

Kata Terbitan : bersejuk, menyejukkan, kesejukan, penyejukan, pendingin,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. Adik ______ kesejukan selepas mandi agak lama di dalam kolam renang. A. menggigil B. menggeletar Apakah perbezaan antara menggigil dengan menggeletar?Buku Kamus Pelajar memberikan makna perkataan menggigil sebagai bergoncang badannya kerana kesejukan, ketakutan; menggeletar: Contoh ayat : Malam itu dia menggigil kesejukan; manakala perkataan menggeletar diberikan maksud bergerak-gerak anggota badannya kerana kesejukan atau ketakutan; terketar-ketar; mengigil. Contoh ayat:  Apabila mendengar kata-kata pegawai polis itu, maka penyeludup itu pun terperanjat, menggeletar badannya kerana takut.Makna23.06.2014
Rayson menggigil kesejukan kerana( berhujan/kehujanan) semasa berjalan pulang dari sekolah. Soalan:Adakah kedua-duanya betul? Soalan:Bolehkah kita guna “tertarik akan “ Terima kasih1. Rayson menggigil kesejukan kerana kehujanan semasa berjalan pulang dari sekolah.
2. Frasa "tertarik akan" boleh digunakan.
Tatabahasa13.03.2018
apa beza penggunaan kata sejuk dan dingin? contoh; kesejukan air sungai atau kedinginan air sungai? mana satu yg betul? saya perlukan penjelasan tetntang perbezaan penggunaannyaSejuk bermaksud tidak panas atau tidak hangat, rendah suhunya dan dingin. Maksud dingin ialah tidak panas, sejuk. Ini bermakna, sejuk dan dingin merupakan kata sinonim dan kedua-duanya boleh digunakan berdasarkan contoh soalan yang telah diberikan.Makna10.11.2020
1.Anak anjing yg baru lahir itu menyalak kesejukan....anak anjing menyalak digantikan dgn menciap boleh diterima atau tidak 2.Sultan berangkat ke dalam istana dengan diiringi hulubalang hulubalang yang membawa .........kebesaran diraja. Iram-iram atau panji panji...Perkataan menciap ialah bunyi untuk anak ayam/burung. Oleh yang demikian, perkataan menciap tidak sesuai digunakan untuk bunyi bagi anak anjing. Perkataan yang betul ialah Sultan berangkat ke dalam istana dengan diiringi hulubalang-hulubalang yang membawa panji kebesaran diraja.Tatabahasa07.03.2019
Hello DBP, Bolehkah kata ganti diri 'mereka' digunakan untuk haiwan? Misalnya: Anak-anak ayam itu berteduh di bawah rumah ketika hujan lebat. Mereka kelihatan kesejukan.Kata mereka ialah kata ganti nama diri orang ketiga (dalam bentuk jamak) hanya digunakan untuk manusia. Boleh ubah suai ayat menjadi  “Anak-anak ayam yang berteduh di bawah rumah ketika hujan lebat itu kelihatan kesejukan .Tatabahasa20.03.2014

Kembali ke atas