Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata keseluruhannya


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
RAVEN

Raven ialah burung besar berwarna hitam

keseluruhannya, dalam famili gagak. Terdapat

beberapa spesies raven. Raven biasa di Hemisfera

Utara paling meluas taburannya. Spesies lain

termasuk raven Australia, raven leher perang di

Afrika dan Timur Tengah, dan raven leher putih di

timur dan selatan Afrika.

UMUM 
ILLAWARRA TANDUK PENDEKIllawarra tanduk pendek ialah baka lembu
tenusu yang keseluruhannya terdapat di Australia
dan merupakan baka lembu kedua terbanyak di
Australia selepas baka Jersey. Hampir satu per tiga
daripada semua lembu tenusu di Australia adalah
daripada baka illawarra tanduk pendek.
UMUMUmum
DENMARK

Denmark ialah sebuah kerajaan yang kecil di

utara Eropah yang hampir keseluruhannya

dikelilingi air. Negara ini terdiri daripada sebuah

semenanjung dan 482 buah pulau berdekatan.

UMUM 
TASIK LADOGA

Tasik Ladoga, di bahagian barat laut Rusia, ialah

tasik yang terbesar yang terletak keseluruhannya di

Eropah. Tasik ini meliputi kawasan seluas 17 703

kilometer persegi. Tasik Ladoga terletak 64

kilometer ke timur laut St. Petersburg. Untuk

lokasinya, lihat Rusia (peta rupa bumi). Tasik

Ladoga membentuk sebahagian daripada sistem

terusan yang menghubungkan Laut Baltik dengan

Laut Putih bersama-sama dengan Tasik Onega yang

terletak di timur laut (lihat Tasik Onega ).

UMUM 
SUNGAI THAMES

Sungai Thames ialah sungai paling penting di

England. Sungai Thames juga merupakan sungai

terpanjang yang keseluruhannya terletak di

England. Sungai Severn, sebahagian di England

dan sebahagian lagi di Wales adalah lebih

panjang. Sungai Thames mengalir 346 kilometer

dari Cotswold Hills di selatan tengah England

hingga ke tenggara England dan menuju ke Laut

Utara. Sungai ini menjadi laluan perdagangan

utama England. Untuk lokasinya, lihat United

Kingdom (peta muka bumi).

UMUM 
TEMBOK BESAR CHINA

Tembok Besar China ialah struktur terpanjang

yang pernah dibina. Panjangnya kira-kira 6400

kilometer, dan keseluruhannya dibina dengan

tangan. Tembok itu merentasi utara China antara

pantai timur dengan utara tengah China. Untuk

lokasi, lihat China (peta politik).

UMUM 
TEORI SET

Teori set ialah satu cara untuk menyelesaikan

masalah matematik dan penaakulan. Dengan

mengkaji teori set, anda boleh memahami

aritmetik dan matematik secara keseluruhannya

dengan lebih baik.

UMUM 
THE WEST COUNTRY

The West Country ialah bahagian barat daya

England . Ia merangkumi kaunti Somerset, Devon

dan Cornwall. Sesetengah orang turut

memasukkan Avon dan Gloucestershire. The West

Country pada keseluruhannya ialah kawasan luar

bandar yang rendah. Pertanian dan pelancongan

ialah pekerjaan utama, tetapi kawasan ini

mempunyai pelbagai jenis industri pembuatan,

perlombongan dan kejuruteraan.

UMUM 
OSTEOPOROSIS

Osteoporosis ialah kehilangan tisu tulang. Tulang

yang normal terdiri daripada siri plat nipis, bersilang

yang dikelilingi oleh cangkerang yang tebal. Dalam

osteoporosis, plat ini dipenuhi dengan lubang — atau

mungkin hilang keseluruhannya. Cangkerang juga

sering menjadi semakin nipis. Tulang menjadi amat

rapuh, dan boleh retak sekalipun akibat kecederaan

kecil. Walaupun osteoporosis mengambil masa

bertahun-tahun untuk terjadi, biasanya tiada amaran

tentang kewujudannya sehinggalah berlaku

kecederaan.

UMUM 
TASIK MICHIGAN

Tasik Michigan ialah kumpulan air tawar yang

terbesar di Amerika Syarikat. Tasik ini merupakan

tasik yang ketiga terbesar antara Tasik-tasik Besar

dan satu-satunya tasik daripada kumpulan tersebut

yang terletak keseluruhannya di Amerika Syarikat.

Tasik Michigan membentuk satu hubungan yang

penting dalam sistem jalan air yang besar yang

menganjur ke timur menuju ke Lautan Atlantik dan

ke selatan melalui Sungai Mississippi menuju ke

Teluk Mexico.

UMUM 
123

Kembali ke atas