Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.sem.pi.tan] | کسمڤيتن

Definisi : 1. perihal sempit (susah, sesak, dll): kita dlm ~, kekurangan dan ketiadaan; kerana ~ ruangan maka berita itu tidaklah dapat disiarkan; 2. dlm keadaan terdesak, tersesak: dia tidak dapat bergerak lagi kerana ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.sem.pi.tan] | کسمڤيتن

Definisi : 1 keadaan atau hal sempit. 2 mengalami keadaan sempit; kekurangan (wang dsb). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sempit (adjektif)
1. Dalam konteks pakaian
bersinonim dengan ketat, kecil, kupit, ketang, ketat, kopet, kincup, terik, sepan, sendat,
Berantonim dengan longgar

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan cetek, picik, dangkal, singkat, pendek, tidak panjang, cupet,
Berantonim dengan luas.

3. Dalam konteks lipatan
bersinonim dengan khusus, terhad, kecil, terbatas,
Berantonim dengan merata

4. Bersinonim dengan miskin: sesak: susah, payah, sukar, picik, serba kekurangan, miskin, papa, teruk, terhimpit, tersepit, terdesak, sulit, rumit, berat, gawat,
Berantonim dengan kaya

Kata Terbitan : bersempit-sempit, menyempit, menyempitkan, mempersempit, kesempitan, penyempitan,

Peribahasa

Bak rasa di liang lahad.

Bermaksud :

Dalam kesempitan. lahad = lubang kubur.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, saya nak tanya "kesuntukan wang" atau "kesempitan wang" manakah yang lebih gramatis? Terima kasih.Kedua-duanya boleh digunakan. Namun begitu, kesempitan wang penggunaanya lebih gramatis. Contoh ayat, Aina tidak membeli pakaian itu kerana dia kesempitan wang.
Tatabahasa01.05.2021
Sani tidak membeli pakaian itu kerans wangnya sempit..betul atau tidak penggunaan kata sempit?Penggunaan yang frasa betul ialah "kesempitan wang". 

Sani tidak membeli pakaian itu kerana dia kesempitan wang.
Tatabahasa24.08.2013
1.kaum kulit hitam di afrika pernah ( diperkota-katikkan, ditindas) oleh kaum kulit putih di bawah dasar apatheid. 2. ( kegetiran, kesempitan, kepahitan) hidup akan memaksa seseorang melakukan sesuatu yang ( mencanggahi, menyalahi) undang-undang. 3.peristiwa malang itu tetap ( menodai, mengganggu, menghantui jiwanya. 4. pemimpin telah memberi amaran kepada pihak pembangkang supaya tidak ( mengheboh-heboh, menggembar-gembarkan, membesar-besar) isu perkauman yang sensitif. sila beri jawapan yang betul.terima kasih

1. Kaum kulit hitam di afrika pernah ditindas oleh kaum kulit putih di bawah dasar apatheid.

2. Kesempitan hidup akan memaksa seseorang melakukan sesuatu yang menyalahi undang-undang.

3. Peristiwa malang itu tetap menghantui jiwanya.

4. Pemimpin telah memberi amaran kepada pihak pembangkang supaya tidak membesar-besarkan isu perkauman yang sensitif.

Tatabahasa22.07.2011
Adakah ayat ini salah? : Impiannya untuk melancong ke Eropah tidak kesampaian kerana kesempitan wang.Ayat ini betulTatabahasa15.07.2011
I Pesuruh-pesuruhjaya negara ASEAN yang bermesyuarat di negara kita diraikan dalam satu majlis makan malam. II Pengambilahlian syarikat itu oleh pengurusan baharu bertujuan untuk memantapkan pengurusan. III Adik begitu lancar bila menyebut perkataan yang diucapkan oleh ibu. IV Untuk mengatasi masalah kesempitan wang, Amir melakukan kerja sambilan selepas waktu pejabat. Antara ayat di atas, yang manakah tidak mempunyai sebarang kesalahan?Ayat yang gramatis ialah ayat IV Untuk mengatasi masalah kesempitan wang, Amir melakukan kerja sambilan selepas waktu pejabat.Tatabahasa13.06.2012
Harap dapat memberitahu adakah ayat-ayat tersebut betul dan penjelasannya. 1. Orang ramai (berebut-rebut / berduyun-duyun) masuk ke dalam stadium sebaik sahaja pintu utama dibuka oleh pengawal keselataman. ( mana yang tepat ) 2.Marina terpaksa menangguhkan niatnya menyambung pelajaran kerana kesempitan wang. 3. Serina menamai kucingnya Putih kerana bulu kucingnya itu putih. 4. Ikhwan dan Alif gemar betul membaca buku cerita. 5. Novel yang paling tebal itu tidak terbaca oleh saya dalam tempoh dua hari. 6. Mereka membincangkan lain-lain perkara dalam mesyuarat agung itu. 7. Yang muda hendaklah dinasihati dan yang tua hendaklah disayangi. Sekian, terima kasih.1. Orang ramai (berebut-rebut / berduyun-duyun) masuk ke dalam stadium sebaik sahaja pintu utama dibuka oleh pengawal keselamatan. ( mana yang tepat )
Orang ramai berebut-rebut/berasak-asak masuk ke dalam stadium sebaik sahaja pintu utama dibuka oleh pengawal keselamatan. (tepat) - dalam konteks ayat ini, situasi pintu dibuka oleh pengawal.
2.Marina terpaksa menangguhkan niatnya menyambung pelajaran kerana kesempitan wang. (Tepat)
3. Serina menamai kucingnya Putih kerana bulu kucingnya itu putih. (tepat)
4. Ikhwan dan Alif gemar betul membaca buku cerita. (TEPAT)
5. Novel yang paling tebal itu tidak terbaca oleh saya dalam tempoh dua hari. (TEPAT)
6. Mereka membincangkan lain-lain perkara dalam mesyuarat agung itu. frasa yang betul ialah perkara-perkara lain.
7. Yang muda hendaklah dinasihati dan yang tua hendaklah disayangi.(Tepat)
Tatabahasa13.08.2012

Kembali ke atas